Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Friday, September 3, 2010

Rumah Imran Ajmain Dirompak

Share








Malang tidak berbau. Itulah yang berlaku terhadap Imran Ajmain apabila rumahnya dipecah masuk kira-kira jam 11.00 pagi tadi. Dalam kejadian itu, Imran kehilangan BlackBerry, komputer riba, dan dompet yang mengandungi wang tunai dan beberapa kad bank serta kad pengenalan Singapuranya.



Menurut Imran , dia langsung tidak sedar kediamannya dimasuki perompak walaupun tidur di ruang tamu. Malah, Imran juga memberitahu yang dia sangat terperanjat dengan kejadian yang berlaku kerana setahunya sistem keselamatan kondominium yang didudukinya itu sangat ketat.



“Saya pun tidak faham macamana perkara ini boleh berlaku sedangkan bukan mudah untuk orang luar memasuki kondominium ini. Paling memeningkan kepala, tiada sebarang kesan pecah masuk. Sebaliknya, perompak itu hanya membiarkan pintu hadapan dan pintu jeriji rumah terbuka begitu sahaja.



Sebaik terjaga daripada tidur, saya dapati komputer riba saya tidak ada. Saya ingat Pengurus saya, Faliq Imran yang sembunyikan kerana pintu rumah terbuka. Ingatkan dia dah bangun. Tetapi jangkaan saya itu meleset sama sekali apabila Faliq memberitahu yang dia tidak tahu apa-apa.



Selepas periksa seluruh rumah, saya dapati perompak itu turut mengambil dompet, serta BlackBerry kepunyaan saya. Namun, perompak itu tidak mengambil wang tunai yang saya simpan dalam sampul surat yang diletak bersebelahan komputer riba. Mungkin dia tidak perasan dalam sampul itu ada sejumlah wang tunai,” keluh Imran.



Jelas Imran lagi, dia masih tidak membuat sebarang laporan polis berhubung kejadian itu kerana sibuk menguruskan perkara-perkara penting dahulu.



“Selepas pasti perompak itu mengambil dompet, tanpa membuang masa saya terus menghubungi pihak bank untuk menghentikan semua urusan transaksi. Mujurlah passport saya tidak diambil sama, kalau tidak pasti jadi masalah untuk saya pulang berhari raya ke Singapura.



Selain itu, saya juga berasa cukup terkilan dan sedih dengan kehilangan komputer riba. Banyak kertas kerja yang saya simpan dalam komputer itu dan saya tidak simpan back-up di tempat lain. Ada di antara kertas kerja itu saya ambil masa kira-kira tiga bulan untuk siapkannya. Segala usaha keras saya selama ini hilang begitu sahaja. Nampaknya, kenalah buat balik semua kertas kerja yang penting-penting itu,” luah Imran lagi.

Sensasi: Hmmm,rompakan yang takda tanda2 pecah rumah?mungkin pencuri tue adalah kenalan imran kot,dan dia buat kunci pendua (duplicate) kunci rumah Imran ker.. Habis hasil kerja selama 3 bulan harus dibuat semula...dugaan bulan puasa.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-