Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Tuesday, September 7, 2010

Pihak TV3 mohon maaf atas Iklan Raya berunsur Krismas

Share








Pihak TV3 memohon maaf di atas keterlanjuran mereka menyiarkan iklan Hari Raya Aidilfitri menerusi saluran stesen televisyen itu pada 3 September lalu yang telah menyinggung perasaan orang ramai.

Ini berikutan maklum balas yang diberi oleh penonton-penonton TV3 selepas penyiaran iklan tersebut yang dikatakan menghina agama Islam.

Pihak TV3 dalam satu kenyataan di sini, Isnin mengambil tindakan segera dengan menghentikan penyiaran iklan tersebut dan memohon maaf secara terbuka menerusi siaran Buletin Utama pada hari yang sama.

"Kami menghargai maklumbalas yang diterima daripada para penonton dan orang ramai. Justeru, langkah mengehentikan iklan tersebut diambil untuk mengelakkan daripada berulangnya perkara yang sama pada masa akan datang," menurut kenyataan itu.


Sensasi:Setelah kecoh dibuatnyer dengan iklan yang penuh makna tersirat dah seolah olah menyambut perayaan Krismas Pihak TV3 bukan sahaja telah menarik balik iklan tersebut malah membuat permohonan maaf kepada semua warga Islam Malaysia yang telah tersinggung melihat iklan tersebut.

Musykil,siapa lah agaknya yang me"reka" dan menerbitkan iklan tue?adakah dia seorang muslim?

Lihat isu tentang iklan ini sebelumnya"
Iklan Raya TV3 yang Paling bodoh ditarik balik oleh TV3 semalam

2 comments:

Anonymous said...

Kenapa x individu yang bertanggungjawab meluluskan iklan untuk disiarkan yang minta maaf, kenapa diwakilkan sahaja kepada pembaca berita?

Anonymous said...

TV3 tolong ler prihatin ! stesten TV lain ambil iktibar.

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-