Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Sunday, September 19, 2010

Pembunuh Datuk Sosilawati,Patmanaban guna gelaran Datuk palsu

Share








Polis mengesahkan peguam K. Patmanaban tidak pernah dikurniakan gelaran Datuk.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin berkata, daripada semakan, Patmanaban didapati menggunakan gelaran Datuk palsu.

"Dia tidak pernah dianugerahkan gelaran Datuk oleh mana-mana negeri," kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.

Difahamkan, Patmanaban sebelum ini pernah cuba membeli gelaran itu dari sebuah negeri, namun dia menjadi mangsa penipuan walaupun selepas menyerahkan sejumlah wang yang dianggarkan beratus ribu ringgit untuk tujuan mendapatkan anugerah itu.

Malah dia ketika itu dikatakan menerima surat penganugerahan daripada pihak istana, namun pada saat-saat akhir namanya tidak tersenarai.

Dalam pada itu, Bakri berkata, aset Patmanaban yang ditahan untuk membantu siasatan kes pembunuhan Sosilawati telah dibekukan, namun buat masa ini berapa jumlah aset peguam itu yang dibekukan belum dapat diumumkan.


Sensasi:Ceh..memalukan..satu persatu penipuan Patmanaban terbongkar ...Memang jantan durjana...kejam,syaitan,lebih hina dari haiwan..itu lah perkataan yang paling layak utk gelaran Patmanaban ,bukan gelaran datuk yg di"beli " tue..

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-