Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Friday, September 3, 2010

Paramore Live in KL pada 19 Oktober 2010

Share







Peminat kumpulan rock Amerika di Malaysia iaitu Paramore pasti akan berasa teruja menantikan bulan Oktober nanti. Dibawakan oleh Tune Talk, Paramore akan mengadakan persembahan mereka, "Paramore Live In Kuala Lumpur 2010" pada hari Selasa, 19 Oktober 2010 bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Tune Talk iaitu Jason Lo, mereka berasa amat teruja untuk membawakan Paramore bukan hanya untuk peminat di Malaysia malah telah berjaya membawa mereka terus ke Kuala Lumpur dengan menaiki syarikat penerbangan AirAsia X. Tune Talk telah memberikan sokongan yang tidak terhingga terhadap industri muzik tidak kira tempatan mahupun antarabangsa. "Dengan adanya "Paramore Live In Kuala Lumpur 2010" ini kami berharap dapat berkongsi muzik mereka yang penuh berinspirasi dengan peminat disini dan di serata dunia", tambah beliau lagi.

Tiket-tiket bagi "Paramore Live In Kuala Lumpur 2010" akan dijual dengan harga RM358 dan RM268 (Rock Zone, bebas berdiri) dan RM168 dan RM98 (bebas duduk). Dapatkan 10% diskaun ke atas semua jenis tiket apabila anda membuat pembelian mulai 1 September 2010 hingga 15 September 2010. Tiket-tiket boleh didapati dari laman web rasmi AirAsia RedTix dan laman web rasmi TicketPro termasuklah di cawangan kedai muzik Rock Corner. Pintu akan dibuka mulai jam 7 malam dan persembahan akan dimulakan pada jam 8.30 malam.


No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-