Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Tuesday, September 21, 2010

Nora Danish masih sambut Raya dengan Jejai dan putera kesayangannya Rayqal

Share









Nora bersama adik kembar Jejai yang juga sebaya dengan Nora masih rapat sehingga kini


Walaupun kini Jejai dikatakan hangat bercinta dengan Aktress jelita kontroversi Fasha Sandha.Jejai tetap tidak mengabaikan anaknya Rayqal dan bekas Isterinya Nora Danish bahkan meluangkan masa beraya bersama-sama.

Nora Danish pula,masih rapat dengan keluarga Jejai dan adik beradiknya.Walaupun sudah berpisah Nora seakan-akan merindui detik detik bersama Jejai.

Nora yang dikurniakan seorang hero comel, Putera Rayqal Rizal Ashram, dua tahun, hasil perkongsian hidup dengan Jejai, masih beraya dengan keluarga Tan Sri Ramli Ngah Talib.

Tanpa gagal, dia bersama ibunya, Sally Talib tetap akan muncul di kediaman mantan Menteri Besar Perak itu di Taman TAR Villa, Ampang, Kuala Lumpur.

“ Cuma, tahun ini, saya tidak dapat beraya dengan keluarga mertua kerana mereka menunaikan umrah sejak penghujung Ramadan lalu. Hanya raya keempat lalu mereka pulang ke Malaysia.

“Namun, saya tetap beraya dengan Jejai kerana dia juga mahu bermesra bersama Rayqal,” jelasnya yang sudah berangkat ke Bali, Indonesia pada raya kedua untuk bercuti selama lapan hari bersama anak dan ahli keluarganya.

Dalam waktu sama, wanita yang dilahirkan pada 7 Mac 1982 itu berkongsi pengalaman beraya dua kali dengan Jejai. Nora mengaku dia tidak mampu membuang perasaan merindui beragam momen bersama bekas suami apatah lagi menyambut hari penuh bermakna itu.

“Saya teringat kenangan menyiapkan suami pada pagi raya. Detik ini cukup lain berbanding hari lain. Saya berdoa supaya tahun depan sudah ada suami dan dapat beraya dengannya. Tidak perlu lagi bersendiri,” pantas tutur Nora yang sentiasa membuka pintu hatinya menerima kehadiran lelaki baru dalam hidup.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-