Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Saturday, September 18, 2010

M.Rajoli Meninggal dunia dan selamat dikebumikan ..Al-fatihah

Share










Selepas tiga tahun menderita akibat menghidap kanser kelenjar otak, pelakon veteran, M. Rajoli, 65, meninggal dunia pukul 10.45 malam di Hospital Ampang dekat sini semalam.

M. Rajoli atau nama sebenarnya Mohd. Rajoli @ Mohd. Rajab Mohamed yang hampir setahun terbaring di rumahnya di AU3, Keramat di sini, dimasukkan ke hospital pada Khamis lalu selepas mengalami kesukaran bernafas.
Menurut adik iparnya, Mohlis Mohd. Din, 47, keadaan M. Rajoli kritikal sewaktu dimasukkan ke hospital sehingga diberi bantuan pernafasan oleh doktor.
"Pihak hospital memaklumkan dia berada dalam keadaan nazak dan hanya mampu menunjukkan pergerakan mata dan jari," katanya ketika ditemui di hospital.
M. Rajoli meninggal dunia di sisi isteri pertamanya, Hashimah Mohd. Din dan anak bongsu, Mohd. Ariff, 23.
Allahyarham meninggalkan dua orang isteri, Hashimah dan Wan Chik Othman. Bersama Hashimah, M. Rajoli mempunyai empat orang anak iaitu Siti Zaleha, 34; Nur Muhammad, 33; Siti Nazirah, 27, dan Mohd. Ariff.
Anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan yang dilahirkan pada 7 April 1945 itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Keramat pada pukul 11 pagi ini.


Allahyarham meninggalkan dua isteri iaitu, Hashimah Md Din dan Wan Chik Daud serta empat anak; Siti Dzaleha, Nur Muhammad, Siti Nazirah dan Muhd Arif bersama tujuh cucu.

Antara artis-artis yang hadir termasuk Ziela Jalil, Ezani, Sabri Yunus, Arash Mohamad, Sani Sudin (Kopratasa), Datuk Ismail Hudson, Rosham Nor dan Harun Salim Bachik.

Bagaimanapun, Wan Chik tidak hadir pada majlis pengebumian pelakon tersebut.

Sensasi: Innalillahiwainnailaihirojiun...setelah tiga tahun menderita akhirnya M.Rajoli pulang ke-pangkuannya di bulan syawal yang mulia ini.Semoga roh Arwah dicucuri rahmat.

Tapi yang sedih kita dgr sebab Isteri kedua M.Rajoli tidak hadir sama pengkebumian Arwah suaminya M.Rajoli. Kerana perbalahan sesama isteri M.rajoli sampai dah meninggal masih tak berbaik ke?aduh hai...buang yang keruh ambil yang jernih..

Selama sakitnya M.Rajoli,isteri pertamanya Hashimah yang menjaga M.rajoli manakala Wan Chik langsung tidak menjenguknya langsung.Semasa M.Rajoli sehat,kemana-mana pun romantis dengan Wan Chik..Apa sudah jadi? Masih ingat iklan M.Rajoli (kuat la pulok) dengan Isteri kedua nya Wan Chik.

Entahla mereka lebih mengetahui hal-hal masalah rumahtangga mereka,tp kesian ngan arwah.

baca cerita lama klik di bwh:

M.Rajoli Sudah semakin tenat... Isteri-isteri pula bergaduh

2 comments:

kanggaroo said...

Sebelum No.1 jaga, no.2 yg jaga...

Bila no.1 jaga, no.2 kata dia tak dibenarkan berjumpa dgn suaminyer...

so sebelum buat cerita pi siasat dulu.. atau pon baik takyah komen apa2... tulis cerita jangan dok bias mana pihak nanti kalau tak betul, kita yg tanggung kan?

prettyorked said...

ye betul.. mmg wan chik tak dibenarkan berjumpa dgn suami nya hampir setahun, semenjak keluarga isteri pertama menjaga M Rajoli..

Kesian pada isteri kedua, rindu pada suami di bawa ke mati. Tp, mereka dh berjanji akan berjumpa di syurga.. kesiann...

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-