Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Wednesday, September 8, 2010

Mizz Nina dan Noh Hujan hanya kawan baik ,bukannya bercinta?

Share







Sensasi: Seperti biasa jawapan Rakan baik pasti akan kedengaran bagi menutup cerita kisah cinta artis.

Setahu sensasi dulu para wartawan dapat menghidu hubungan cinta Noh dan Nina kerana mereka sering kemana2 berdua dan berpegangan tangan..even kawan-kawan noh pun mengakui Noh bercinta dengan Mizz Nina.

Lepas tue kedengaran pula Mizz Nina menyambut hari jadi Noh di Pulau Perhentian( atau pulau Redang?tak pasti) ...

Skrg katanya mereka hanya berkawan baik...huhu

Mizz Nina skrg dalam prosess utk mendapatkan persetujuan Timbaland utk berkolaborasi.Sebelum ini lagu Kolaborasi antara Mizz Nina dan Colby O'donis meletup di corong corong radio dengan lagu "What you Waiting For"...

Mizz Nina merupakan anak Jutawan Tan Sri Azman yang merupakan Org ke-11 terkaya di Malaysia dan juga pemilik Ambank.

Mizz nina kini berusia 30 tahun dan Noh pula 26 tahun..skrg nie mcm trend plak.Perempuan lebih tua..huhu



mekap mizz nina dalam picture di atas amatlah tak lawa...mulut pucat,pipi kusam...sape la mekap artis nie..huhu..mcm negro pun ader..



Apa sebenarnya status hubungan Noh dan Nina?

N: Tidak mahu menipu, kami merupakan kawan baik. Jangan risau, seandainya kami benar-benar bercinta, saya dan Nina akan berkongsi khabar gembira ini kepada peminat. Malah, kalau ditakdirkan ada jodoh untuk mendirikan rumah tangga, kami tidak akan sorok.

MN: Sama seperti dijelaskan Noh, tiada sebarang hubungan istimewa antara kami. Saya dan Noh lebih senang berkawan rapat sebagai rakan artis.

Sepanjang berkawan, bagaimana kalian melihat kualiti personaliti antara satu sama lain?


N: Nina seorang yang blur, relaks dan tidak pernah berdrama seperti sebilangan wanita lain. Kalau dari sudut kerja, dia menjadi individu yang senang menerima nasihat dan teguran. Walaupun dia tua beberapa tahun daripada saya, Nina terima pendapat saya. Cuma, cara hendak menegur dia harus dilakukan dengan betul.

MN: Semua orang juga tahu, Noh cukup terkenal dengan perangai gila-gila dia. Tetapi, pada waktu sama, sifat ini membawa pada arah kebaikan dalam situasi tertentu. Selain itu, dia sentiasa mengamalkan sikap merendah diri dan jujur dalam persahabatan. Noh boleh berkawan dengan sesiapa saja. Baik saya, anggota Hujan atau kawan lain, Noh melayan orang-orang di sekelilingnya dengan baik. Dalam humornya ini, apabila waktu bekerja, dia amat serius. Etikanya semasa menjalankan tugas membuatkan saya sungguh hormat dia. Bahkan, saya belajar banyak perkara baru daripada Noh.

WALAU tidak sehaluan aliran muzik, kerjasama mereka berdua dianggap menjadi.

Bagaimana boleh timbul idea untuk menjalani kolaborasi bersama?


N: Pengurus Nina menghampiri saya dan menyatakan hasrat untuk menjalankan kolaborasi. Lagu ini sebenarnya sudah lama disiapkan. Kalau tidak silap, tahun 2008. Cuma, saya belum memasukkan lirik. Ia membayangkan bagaimana jika Nina menjalin cinta dengan seseorang istimewa. Sebelum ini saya selalu dengar nama Nina daripada Teh Tarik Crew. Bayangkan, ibarat bulan jatuh ke riba apabila tiba-tiba dia mahu bekerjasama dengan saya.

MN: Saya memang peminat Hujan. Impian untuk kerja sekali dengan kumpulan ini sudah ada dalam fikiran. Terharu apabila Noh sudi memberi lagunya kepada orang baru macam saya.

Okay, bagaimana pula persediaan untuk merayakan Syawal yang bakal menjelma beberapa hari lagi?

N: Saya pulang ke kampung halaman di Miri, Sarawak dua hari sebelum hari raya. Berada tiga hari di sana, saya kemudian pergi ke Kuching. Selepas itu, saya hanya menyiapkan diri untuk dua persembahan pentas yang dijadualkan berlangsung di Singapura.

MN: Saya akan beraya di Kampung Baru, Kuala Lumpur untuk melawat saudara mara terdekat. Selepas dua hari beraya, saya akan berehat selama beberapa hari kerana sepanjang beberapa bulan lalu, jadual seni terlalu padat. Selepas seminggu bercuti, saya akan kembali jalani penggambaran klip video untuk lagu dalam album What You Waiting For.

Apa komen kalian apabila promosi single ini nampaknya lebih memberi tumpuan kepada hubungan cinta?

Noh: Terus terang, saya sudah jangka gosip ini akan timbul. Saya sendiri malas mahu ambil peduli soal kononnya bercinta dengan Nina. Daripada mendengar kata-kata orang, lebih baik saya melakukan perkara lebih penting berkaitan kerjaya. Jika terlalu fikir, nampaknya sukar untuk saya dan Nina memperkenalkan produk baru ini kepada peminat. Saya sebenarnya kasihan dengan Nina sebab dia baru ingin melangkah semula dalam industri. Nina berjuang habis-habisan untuk menonjolkan bakatnya kepada umum.

Mizz Nina: Sejujurnya, saya tidak begitu gembira apabila orang ramai terlalu memberi perhatian terhadap kisah yang tidak berasas ini sama sekali ini. Saya dan Noh sudah meletakkan sepenuh waktu dan tenaga untuk melahirkan Kurnia. Sebenarnya, saya mampu agak gosip ini lebih hangat diperkatakan berbanding single kami. Cuma, mohon saya, peminat dapat lihat apa yang kami luahkan untuk Kurnia.


Terbaru Mizz Nina menjayakan Launch Guiness Authur's Day (arak guiness) ,pada 17 August lepas...hish,bulan puasa tue..sambutan hari arak plak tue..tak seswai langsung.



1 comment:

Anonymous said...

perkataan "negro" sgtlah racist bunyi nye.... nak kena label sbg pengamal diskiminasi warna kulit?.... avoid the use of word negro wahai si SENSASI.....black is better option..or african....^^sekadar teguran

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-