Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Tuesday, September 7, 2010

Misteri Penemuan Kereta Datuk Sosilawati dan peguamnya

Share








Kenderaan SUV BMW milik jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya ditemui sebentar tadi.



Turut diemui semula, kereta BMW milik peguamya, di lokasi yang berlainan.


Bagaimanapun,Datuk Sosilawati , pemandu, peguam dan seorang pegawai bank yang bersamanya, masih belum ditemui.


Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman berkata, kereta BMW milik Sosilawati, 47, ditemui di Pangsapuri Angsana USJ1, Subang Jaya.


Ia diikuti kereta milik peguamnya di sebuah kawasan perumahan berhadapan Dorsett Hotel Subang Jaya.


Kereta Sosilawati dicam menerusi plet kenderaannya oleh seorang peniaga yang ternampak kereta terbabit lalu melaporkan kepada polis jam 9.30 malam.


Plet kereta dicam menerusi pendedahan nombor itu melalui siaran televisyen yang melaporkan kes terbabit semalam.


Kereta ditemui di tempat letak kereta di bahagian hadapan pangsapuri tersebut.


Selepas menemui kereta Sosilawati, difahamkan polis mendapat maklumat mengenai kereta BMW milik peguam itu di sebuah kawasan perumahan berhadapan sebuah hotel , kira-kira 10 kilometer dari lokasi penemuan kereta Sosilawati.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-