Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Wednesday, September 15, 2010

Memey dan Norman kini bergelar tunang

Share







Spekulasi hubungan cinta pelakon Norman Hakim, 34, dengan Suhaiza Suhaimi atau lebih dikenali sebagai Memey, 22, berakhir apabila mereka mengikat tali pertunangan pada satu majlis sederhana di kediaman Memey di Felda Tenggaroh Selatan 1 dekat sini semalam.
Rombongan meminang Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon, 34, diketuai bapa saudaranya, mejar (B) Ismail Kamat yang tiba bersama ahli keluarganya dari Kuala Lumpur dan Johor Bahru.
Pada majlis yang bermula pada pukul 4.30 petang itu, rombongan lelaki membawa lima dulang hantaran dan pihak perempuan membalasnya dengan tujuh dulang hantaran.

Kata memey :
Jujurnya memang penat sebenarnya selama ini. Bukan kerana mendengar kata-kata nakal orang, sebaliknya terlalu letih mengharungi segala dugaan yang datang menimpa tidak henti. Syukurlah abang (Norman) sentiasa menyokong dan memberikan motivasi buat saya terus berdiri. Abang memang seorang lelaki yang baik dan mampu membimbing saya serta keluarga kami nanti. Saya yakin dengan sifat kebapaannya. Soal keserasian tidak perlu lagi dibicarakan kerana sejak dari awal perkenalan kami lagi, rasa selesa dan gembira itu memang ada dan kekal antara kami.

Norman:Memey seorang wanita yang sukar saya terjemahkan dengan kata-kata kerana kejujuran serta keikhlasannya dalam menerima diri saya sebagai seorang duda dengan tiga anak adalah aspek utama yang menyentuh perasaan.

Sensasi dikhabarkan pasangan ini akan mendirikan rumahtangga awal tahun 2011


No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-