Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Wednesday, September 8, 2010

Filem dan Drama menarik sempena Raya di RTM dan Media Prima

Share







Kecoh Betul – Raya Ketiga, 12 September, 9.00mlm (TV3)

Filem arahan S. Baldev Singh ini mengisahkan tiga sahabat baik, Aiman, Belon dan Joe yang terperangkap dengan hutang Along. Kekecohan berlaku setelah orang yang disayangi mereka diculik Along. Pelakon: Saiful Apek, Nabil, Diana Danielle, Yatt, Datuk Aziz Sattar, Nasrizal Ngasri, Fauziah Nawi



====Jin Notti – Raya Kesepuluh, 19 September, 10.00mlm (TV3)

Notti dikenakan hukuman berat dan dihantar turun ke bumi. Sepanjang berada di dunia, Notti telah memasuki tiga tubuh manusia. Dalam misinya itu, dia jatuh cinta pada seorang lelaki bernama Aziz. Pelakon: Mawi, Fara Fauzana, Cat Farish, Corie, Bob Lokman, Adibah Noor, Acappan, Hafidzuddin Fazli, Sazzy Falak, Sheila Mambo, Betty Banafe



====Madu Sorok - Menjelang Raya: September 9, 9.00malam (TV3)

Mengisahkan tentang Arun yang mempunyai dua orang isteri iaitu Aida dan Maisara. Dia yang merahsiakan perkahwinan dari isteri-sterinya kahirnya berdepan dengan masalah setelah anak-anaknya membesar. Pelakon: Jalil Hamid, Aida Khaleda, Rozita Che Wan, Kamal Adli, Raja Farah, Intan Ladyana



====Air Mata Nur Salina - Raya Kesembilan, 19 September, 10.00malam (TV3)

Salina merupakan penyanyi kugiran di rumah-rumah orang kahwin di kampungnya. Kecantikan Salina sering menjadi bualan anak-anak muda di situ namun hatinya Salina terpaut kepada Fakar, yang akhirnya mengundang kesengsaraan. Pelakon: Umie Aida, Remy Ishak, Adi Putra, Rosnah Johari, Anne Abdullah



====Kemaafan Yang Tertangguh – 25 September, 10.00malam (TV3)

Selama hampir 10 tahun Hartina menjadi menantu Kasmah namun tidak pernah sekalipun dia mendapat kasih sayang dari ibu mertuanya. Raya tahun ini, Hartina berharap dapat membuka hati Kasmah. Pelakon: Zamarul Hisham, Eira Syazira, Maimon Talib, Fadhilah Mansor




====Manikam Kalbu, Raya Kedua & Ketiga, 11 & 12 September, 7.30mlm (TV3)

Diadaptasi dari hasil novel Manikam Kalbu terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Naskah ini membuka lembaran minda mengenai keagungan sejarah dan keindahan ciptaan baju kurung, kepelbagaian tekstil Gugusan Nusantara serta membongkar dasar syariat Islam dalam penghasilannya.



====Akustika 2010 - Raya Pertama, 10 September, 6.00 petang (TV3)

Menampilkan tiga bintang muda iaitu Yuna, Aizat dan Noh diiringi oleh kugiran/kumpulan masing-masing. Mini konsert raya berkonsepkan unplugged ini membawa penonton menikmati persembahan secara santai dan relaks



====Stylistika Siti - Raya Kedua, 11 September, 5.00 petang (TV3)

Program 60 minit ini akan menyaksikan Datuk Siti Nurhaliza mendendangkan lagu-lagu popular yang menjadi kegilaan ribuan peminat beliau dan diselang-selikan dengan persembahan peragaan fesyen rekaan busana koleksi istimewa daripada pereka tempatan .



====Sebenarnya...Black - Raya Ketiga, 12 September, 5.00 petang (TV3)

Ikuti perjalanan kisah hidup Black. Setelah berjaya menjuarai Mentor, Black kini mampu tersenyumbangga di atas kejayaan demi kejayaan yang diraih.



====Bicara Dari Tuhan – 10 September, 12.30 tghari (TV9)

Kamal penagih dadah yang tegar, hidup bagai bangkai. Tatkala dirinya disisih keluarga dan masyarakat, dia mula merubah setelah melihat kesungguhan, ayahnya menerima dia seadanya. Pelakon: Rosyam Nor, Dato’ Rahim Razali, Fizz Fairuz, Ifa Raziah, Fouziah Gous.



====Upin & Ipin Aidilfitri – 10 September, 5.30 petang (TV9)

Ramadhan menjelma kembali, Upin & Ipin dan kawan-kawan bersemangat untuk berpuasa penuh tahun ini. Upin & Ipin berazam mahu menjadikan Ramadhan kali ini lebih bermakna dengan menghadiri terawih.

====

====Independence Day (10 September 2010, jam 11.30 malam), (TV1)

Makhluk asing datang ke bumi dengan matlamat untuk menyerang dan memusnahkan manusia. Dalam usaha menentang teknologi yang lebih canggih, senjata terbaik manusia ialah semangat dan keazaman untuk hidup. Pelakon: Will Smith, Bill Pullman, Jeff Goldblum, Mary McDonnell dan Judd Hirsch.



====Spiderman - 11 September 2010, jam 10.30 malam (TV1)

Peter Parker, mula mendapat kuasa luar biasa setelah digigit labah-labah. Dia kemudiannya muncul sebagai wira menyelamatkan dunia dari kejahatan.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-