Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Tuesday, September 7, 2010

Dua buah kereta mewah membawa Sosilawati ,Peguam dan Pegawai Credit CIMB ditemui,tetapi mereka semua hilang

Share







Sensasi:Wah..misteri sungguh....Difahamkan,mereka semua Sosilawati,Peguam dan pegawai Credit CIMB dan pemandu peribadi Sosilawati pergi ke banting dengan dua Kereta Mewah .

Namun kedua-dua kereta mewah yang sepatutnya membawa mereka ke Banting ditemui di Subang Jaya,namun keempat-empat mereka tidak ditemui.

Bukan sahaja hilang,Telefon bimbit masing-masing tidak dapat dihubungi.dan masuk hari ini sudah 3 hari hilang,

Pada 3 September lepas(sebelum laporan polis dibuat) Suami Sosilawati memberitahu ada menerima SMS daripada Sosilawati...namun kandungan sms dirahsiakan..

sampai skrg dah 7hb September,semenjak 3 september lepas Sosilawati tidak berjaya dihubungi.

Proses jual beli tanah itu berlaku pada 30 Ogos lepas,dan patutnya sosilawati pulang pada 2 september.

Lama dah hilang nie...dah 5 hari...



KUALA LUMPUR: Pengasas Nouvelle Visages, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dikatakan sempat menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) ke telefon bimbit suaminya beberapa jam sebelum dilaporkan hilang ketika ke Banting, Selangor untuk menguruskan pembelian tanahnya pada 30 Ogos lalu.

Tanpa mendedahkan butiran SMS itu, sumber memberitahu Berita Harian, ia adalah komunikasi terakhir antara jutawan kosmetik berkenaan dengan suaminya yang juga seorang ahli perniagaan berasal dari Indonesia.
Sosilawati dan suaminya jarang bertemu, sebaliknya lebih banyak berhubung melalui telefon dan SMS kerana masing-masing sibuk menguruskan perniagaan. Tidak pasti apa kandungan SMS itu, namun Sosilawati dipercayai memaklumkan suaminya bahawa beliau mahu ke Banting selama tiga hari meninjau projek terbarunya.
Itulah komunikasi terakhir Sosilawati dengan suaminya sebelum dilaporkan hilang. Difahamkan, suaminya cuba menghubungi telefon bimbitnya tetapi dimatikan. Kehilangan Sosilawati juga hanya diketahui suaminya selepas dihubungi oleh anak-anak mangsa, katanya.

Semalam, Berita Harian melaporkan kehilangan Sosilawati yang juga bekas isteri penyanyi Nash sejak seminggu lalu bersama tiga lagi individu ketika terbabit dalam pembelian tanah di sebuah lokasi di Banting, dipercayai mahu dibangunkan sebagai ladang herbanya.

Turut hilang peguamnya, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dari Tetuan Kamaruddin & Partners; pegawai kredit CIMB Bank, Noorhisham Mohammad, 38, dan pemandu peribadinya, Kamaru-
din Shansuddin, 44, yang baru bekerja dengan jutawan itu.
Difahamkan, mereka ke Banting menaiki dua kereta mewah berlainan, masing-masing jenis BMW X5 warna hitam bernombor pendaftaran WTL 11 milik Sosilawati dan BMW 525i bernombor pendaftaran AAJ 5 dipercayai Ahmad Kamil.

Selain Sosilawati, ahli keluarga Ahmad Kamil, Noor-hisham dan Kamaruddin turut membuat laporan polis semalam berhubung kehilangan mereka.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan pada sidang media di Bukit Aman, berkata pihaknya akan meneliti semua panggilan terakhir dan SMS yang dibuat oleh keempat-empat mangsa bagi mendapatkan petunjuk misteri kehilangan mereka.

Tumpuan siasatan kini lebih kepada semakan rekod panggilan dan SMS terakhir dibuat Sosilawati dan tiga individu yang menemaninya itu. Polis juga akan mengambil keterangan ahli keluarga mereka bagi memperoleh maklumat terperinci berhubung individu terakhir yang bercakap, bertemu atau berbual dengan mereka, katanya.

Ditanya sama ada keempat-empat individu itu diculik penjenayah, beliau menegaskan masih terlalu awal untuk membuat sebarang andaian kerana siasatan sedang dijalankan dan belum ada sebarang bukti sahih yang boleh dikaitkan dengan motif itu.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-