Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Thursday, September 30, 2010

Darling meniru tandatangan Rakan kongsi,memalsukan documen didenda RM15,000

Share







Sensasi:terdahulu rakan kongsi Darling yang menyaman Darling atas tuduhan menggunakan documen palsu telah ditarik balik.

Saman Darling Ngasri Pecah amanah ,ditarik peguam)

namun rupanya kes ini masih berjalan walaupun telah di "settle" oleh darling dan rakan kongsinya.Darling menerima hukuman denda RM15,000 atas kesalahan meniru tandatangan rakan kongsinya utk dijadikan document tulen utk dihantar kepada bank.Jadi documen tue sbnarnye palsu tapi dia ckp ori la..gitu..huhuhu...nampaknya kelicikan darling tidak berjaya...apabila pakar forensik yang memeriksa tandatangan itu mengesahkan bahawa tandatangan itu palsu..dan darling mengakuinya...

Tp dah settle sebab darling dah pun byr RM15,000 denda,kalau tidak Darling boleh dikenakan hukuman penjara 3 bulan..hakim meringankan hukuman dan tidak mengenakan hukuman penjara sebab Darling skrg nie pregnant 2 bulan...Mesti stress tggu keputusan mahkamah..huhu


http://2.bp.blogspot.com/_kN00FUyQkcQ/TBAo_aUOIwI/AAAAAAAADaM/31sCuMk1vRI/s1600/darling.jpg
Pelakon dan penerbit, Nasreen Ngasri atau lebih dikenali dengan panggilan Darling diarahkan membayar denda RM15,000 atau berhadapan dengan hukuman penjara selama tiga bulan, selepas mengaku salah atas tuduhan menggunakan dokumen palsu sebagai tulen.

Hukuman itu dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen di sini, Jagjit Singh selepas menerima pengakuan salah Darling terhadap pertuduhan alternatif yang ditawarkan kepadanya pada Rabu.

Pada penghakimannya, Jagjit berkata, beliau telah mempertimbangkan rayuan yang dikemukakan secara panjang lebar oleh peguam Darling dan juga balasan pihak pendakwaan.

"Antara perkara yang saya pertimbangkan dalam menjatuhkan hukuman adalah faktor bahawa tertuduh adalah pesalah pertama yang telah insaf dan berjanji tidak akan melakukan kesalahan ini lagi," tambahnya.

Darling, 27, kelihatan tenang semasa hukuman dijatuhkan. Dia hadir dengan ditemani suami, Nur Azlin Rahmat, 34, dan ibu bapa, Ngasri Sain dan Habibah Jaafar.

Terdahulu, peguam A. Khailes merayu mahkamah tidak menjatuhkan hukuman penjara terhadap Darling yang sedang mengadung dua bulan.

"Tertuduh mengalami tekanan disebabkan kes ini. Dia tidak mendapat kontrak lakonan baru dan menjalani kehidupan sebagai suri rumah tangga sementara kes selesai," katanya.

Beliau menambah, pengadu kes tersebut, Mohamad Ridzuan Mat Hussin yang merupakan bekas rakan kongsi Darling di syarikat Nasridz Pictures Sdn Bhd juga telah menandatangani perjanjian penyelesaian pada 10 Mei lalu.

"Antara terma ialah semua pertikaian antara mereka termasuk kes ini diselesaikan. Pengadu juga telah membuat laporan pada 29 Jun lalu untuk menarik semula aduannya," katanya.

Khailes turut memanggil Mohamad Ridzuan yang mengesahkan bahawa dia telah mendapat semula wangnya berjumlah RM150,000 yang dimasukkan ke dalam akaun Maybank.

Selain itu, Khailes turut memberitahu bahawa Darling membuka akaun baru itu selepas akaun asal syarikat di CIMB Bank dibekukan pengadu.

Turut mewakili Darling ialah peguam Amir Feisal Ariff Mohamad Shukri.

Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aishah K.M Abu Bakar pula membalas dengan menyatakan walaupun akaun tersebut adalah akaun syarikat, tertuduh merupakan penandatangan tunggal akaun itu.

"Kesalahan yang dilakukan juga adalah serius kerana melibatkan elemen ketidakjujuran," katanya yang mengendalikan pendakwaan bersama Timbalan Pendakwa Raya Anselm Charles Fernandez.

Darling didakwa atas kesalahan menggunakan dokumen "Director's Circular Resolution Nasridz Pictures Sdn. Bhd" yang diketahuinya palsu sebagai tulen.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 16 Ogos 2007 di RHB Bank Berhad, Jalan Tun Razak, Cheras, di sini.

Bagi kesalahan itu, pemenang Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Anugerah Skrin 1999 menerusi drama Selamat Hari Jadi Su III itu didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama.

Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Dia didakwa di mahkamah buat kali pertama pada 6 Februari lalu dan dibebaskan dengan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin.

Fakta kes menyatakan, polis membuat siasatan ekoran aduan Mohamad Ridzuan, 34, di Pandan Indah, di sini, pada 18 Mac 2008.

Siasatan menunjukkan bahawa Darling telah menggunakan dokumen itu yang mengandungi tanda tangan Mohamad Ridzuan selaku pengarah syarikat bagi membuka akaun syarikat di bank tersebut.

Dokumen itu juga turut mempunyai tandatangan Darling sebagai pengarah dan Mohd khairul Amin A.Ramli selaku setiausaha syarikat.

Bagaimanapun, laporan kimia mengesahkan bahawa tandatangan Mohamad Ridzuan berkemungkinan tidak dibuat olehnya.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-