Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Thursday, September 23, 2010

Bunga Citra Lestari selamat melahirkan bayi lelaki melalui pembedahan

Share







Sensasi:Wah akhirnya Citra bunga Lestari selamat melahirkan bayi lelaki...Tahniah buat Ashraf dan Bunga..
Baby nie baru lahir jadi rupa parasnya ikut siapa tak boleh nampak lagi..tunggu lagi sebulan dua...mesti comel sgt.yang pasti bayi nie putih ikut papa nyer ashraf sinclair



Penyanyi Bunga Citra Lestari,27, selamat melahirkan bayi lelaki, pada pukul 2 petang (3 petang waktu malaysia) seberat 3.5 kilogram di Rumah Sakit Brawijaya, Jakarta, Rabu.

Isteri kepada pelakon Ashraf Sinclair, 31, itu bersalin melalui proses pembedahan dan kedua-dua ibu dan anak berada dalam keadaan sihat.

Menurut pengurus Bunga, Doddi, Bunga ditemani kedua ibu bapanya serta Ashraf ketika proses kelahiran anak sulung pelakon itu.

"Bunga telah masuk ke hospital pada pukul 3 pagi (4 pagi waktu Malaysia) dan atas nasihat doktor Bunga disarankan untuk melahirkan anak secara pembedahan walaupun Bunga mahu melahirkan secara normal.

"Ibu bapa Ashraf turut berada di sini dan mereka datang dari Kuala Lumpur ke Jakarta pada Sabtu lalu. Apa yang pasti, Ashraf dan Bunga begitu gembira dengan kelahiran anak sulung mereka," katanya.

Pasangan tersebut telah bernikah pada 8 November 2008 di Masjid Al Bina, Senayan, Jakarta.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-