Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Sunday, September 19, 2010

Abby sanggup bersumpah,Norman berbohong

Share









Abby yang dihubungi berkata, dia geram bila Norman membuat kenyataan di sebuah akhbar yang menyatakan bahawa dia tidak berhutang apa-apa pun dengannya.

Dalam laman social Facebook Abby pula, pelakon itu sanggup bersumpah dengan nama Allah mengenai pembohongan yang dibuat oleh Norman Hakim.

Pelakon drama Marhabbah Delaila itu juga berkata, kenyataan Norman juga bercanggah berbanding kisah sebenar yang berlaku dan menganggap Norman dan Memey telah lama bersekongkol.

“Saya akui yang saya pernah bercakap dengan Memey meminta Norman membayar balik hutang-hutangnya kerana ini sahaja cara yang ada. Ini kerana saya gagal berkomunikasi secara baik dengan Norman.


Abby meluahkan perasaannya di akaun laman Facebook miliknya

“Sebab itu saya memberanikan diri mengeluarkan kenyataan tentang hal ini. Saya tahu, pastinya ada pihak akan mempertikaikan tindakan saya tetapi ini saja cara yang saya ada.

“Selepas saya membuat kenyataan, Norman ada menghantar SMS pada saya berunsur ugutan dan saya tak padam lagi mesej-mesej dia.

“Rasanya kalaulah dulu dia tak buat perangai dan menjadi suami dunia akhirat, saya percaya perkara ini tidak akan sampai ke tahap ini, tak dapat balik wang hantaran pun tak apa.

“Malah, jika saya tidak ada anak sekalipun, saya tak akan tuntut apa-apa. Tapi disebabkan anak-anak, saya akan tuntut hak saya demi mereka,” tegasnya.

Beritahu Abby lagi, Norman memang ada membelanjakan beberapa barangan untuk anak-anak tetapi secara ala kadar sahaja.

“Nak jenguk anak pun jarang-jarang, sedangkan dia perlu bertemu dengan anaknya dengan lebih kerap kerana itu merupakan tanggungjawabnya kepada anak-anak kami,” katanya yang akan memulakan penggambaran drama Gerak Khas, esok.

Sensasi:Perempuan memang bila dah syg,sanggup bersusah senang bersama si suami...dengan harapan suami akan setia dan bersamanya hingga akhir hayat...tp kalau belum pape lagi si suami dah menunjukkan belang setelah isteri bertarung nyawa melahirkan anak-anak norman dan berhabis wang ringgit utk bersama si suami,tp si suami tak menghargai dan menghancurkan hati si isteri,mestila si isteri akan rasa argh,sia sia je selama nie,buat apa nak bg dia senang lenang,byr balik hutang2 lama dulu...huhu..so fair and square la,nak buat camner lagi..mmg dah tanggungjawab norman menyediakan wang hantaran dan juga tanggungjwb norman juga membayar nafkah anak-anaknya tue..so ,,kalau tak mampu berbuat demikian tp mampu pulak utk berkasih dgn wanita lain,Norman haruslah menelan segala kepahitan skrg nie...

Selesaikan dgn abby sebaik baiknya..nyata hati Abby masih bengkak dan perlu menuntut haknya yang selama ini dibiarkan sepi..

1 comment:

Anonymous said...

perlukah?

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-