Search in my-sensasi !! upgraded

RECENT POST @ Entri Terkini

Thursday, September 30, 2010

Animasi 3D gambaran kes Pembunuhan Sosilawati

Share











Animasi yang ditonjolkan nie ringkas dan tidak detail seperti yg kita baca sebelum nie..Tp sedikit sebanyak menggambarkan cara serangan yang dilakukan terhadap mangsa.

Amber Chia Selamat Bersalin

Share








Model antarabangsa dan duta terbaru jenama rangkaian produk bayi Philips Avent, Amber Chia, 28, telah pun selamat melahirkan bayi lelaki seberat 2.8 kilogram di sebuah hospital swasta di Petaling Jaya kira-kira jam 5.00 petang kelmarin.

Amber dimasukkan ke hospital kira-kira jam 2.00 pagi Selasa lalu setelah mengalami simptom mahu bersalin. Buat masa ini Amber dan suami masih belum menamakan bayi pertama mereka itu.

Ditangkap selepas mengaku rompak bank dalam Facebook

Share








Seorang perompak bank, Ryan Homsley yang menggelarkan dirinya sebagai 'Where's Waldo' ditangkap dua hari selepas dia mengaku melakukan jenayah itu dalam laman sosial Facebook miliknya, lapor sebuah akhbar semalam.

Nama 'Where's Waldo' diberikan kepadanya yang diambil sempena watak ciptaan pelukis British, Martin Handford itu kerana dia sebelum ini sukar ditangkap.

Pihak Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) menahan Homsley berusia 29 tahun selepas dia menulis: "Saya kini seorang perompak bank" di laman Facebook pada 22 September lalu.

Pengakuan itu ditulis hanya selepas beberapa jam dia merompak sebuah bank di Tualatin, dekat Portland, Oregon Amerika Syarikat (AS).

Homsley turut menjadikan gambarnya yang dirakamkan kamera pengawasan bank dan yang telah disiarkan media sebagai gambar profilnya di Facebook.

Satu klip video dari kamera litar tertutup (CCTV) bank tersebut menunjukkan Homsley berdiri di hadapan sebuah kaunter dengan memakai baju belang dan cermin mata tebal. Dia memberitahu kakitangan bank bahawa dia membawa sebutir bom.

Namun, satu beg dan kotak kecil yang ditinggalkannya selepas melarikan wang itu sebenarnya tidak berbahaya.

Rakan-rakan Homsley memberitahu dia menghidap diabetes dan terdesak untuk mendapatkan wang bagi membiayai kos rawatannya. Homsley di tangkap semasa dia mendapat rawatan di sebuah hospital.

Darling meniru tandatangan Rakan kongsi,memalsukan documen didenda RM15,000

Share







Sensasi:terdahulu rakan kongsi Darling yang menyaman Darling atas tuduhan menggunakan documen palsu telah ditarik balik.

Saman Darling Ngasri Pecah amanah ,ditarik peguam)

namun rupanya kes ini masih berjalan walaupun telah di "settle" oleh darling dan rakan kongsinya.Darling menerima hukuman denda RM15,000 atas kesalahan meniru tandatangan rakan kongsinya utk dijadikan document tulen utk dihantar kepada bank.Jadi documen tue sbnarnye palsu tapi dia ckp ori la..gitu..huhuhu...nampaknya kelicikan darling tidak berjaya...apabila pakar forensik yang memeriksa tandatangan itu mengesahkan bahawa tandatangan itu palsu..dan darling mengakuinya...

Tp dah settle sebab darling dah pun byr RM15,000 denda,kalau tidak Darling boleh dikenakan hukuman penjara 3 bulan..hakim meringankan hukuman dan tidak mengenakan hukuman penjara sebab Darling skrg nie pregnant 2 bulan...Mesti stress tggu keputusan mahkamah..huhu


http://2.bp.blogspot.com/_kN00FUyQkcQ/TBAo_aUOIwI/AAAAAAAADaM/31sCuMk1vRI/s1600/darling.jpg
Pelakon dan penerbit, Nasreen Ngasri atau lebih dikenali dengan panggilan Darling diarahkan membayar denda RM15,000 atau berhadapan dengan hukuman penjara selama tiga bulan, selepas mengaku salah atas tuduhan menggunakan dokumen palsu sebagai tulen.

Hukuman itu dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen di sini, Jagjit Singh selepas menerima pengakuan salah Darling terhadap pertuduhan alternatif yang ditawarkan kepadanya pada Rabu.

Pada penghakimannya, Jagjit berkata, beliau telah mempertimbangkan rayuan yang dikemukakan secara panjang lebar oleh peguam Darling dan juga balasan pihak pendakwaan.

"Antara perkara yang saya pertimbangkan dalam menjatuhkan hukuman adalah faktor bahawa tertuduh adalah pesalah pertama yang telah insaf dan berjanji tidak akan melakukan kesalahan ini lagi," tambahnya.

Darling, 27, kelihatan tenang semasa hukuman dijatuhkan. Dia hadir dengan ditemani suami, Nur Azlin Rahmat, 34, dan ibu bapa, Ngasri Sain dan Habibah Jaafar.

Terdahulu, peguam A. Khailes merayu mahkamah tidak menjatuhkan hukuman penjara terhadap Darling yang sedang mengadung dua bulan.

"Tertuduh mengalami tekanan disebabkan kes ini. Dia tidak mendapat kontrak lakonan baru dan menjalani kehidupan sebagai suri rumah tangga sementara kes selesai," katanya.

Beliau menambah, pengadu kes tersebut, Mohamad Ridzuan Mat Hussin yang merupakan bekas rakan kongsi Darling di syarikat Nasridz Pictures Sdn Bhd juga telah menandatangani perjanjian penyelesaian pada 10 Mei lalu.

"Antara terma ialah semua pertikaian antara mereka termasuk kes ini diselesaikan. Pengadu juga telah membuat laporan pada 29 Jun lalu untuk menarik semula aduannya," katanya.

Khailes turut memanggil Mohamad Ridzuan yang mengesahkan bahawa dia telah mendapat semula wangnya berjumlah RM150,000 yang dimasukkan ke dalam akaun Maybank.

Selain itu, Khailes turut memberitahu bahawa Darling membuka akaun baru itu selepas akaun asal syarikat di CIMB Bank dibekukan pengadu.

Turut mewakili Darling ialah peguam Amir Feisal Ariff Mohamad Shukri.

Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aishah K.M Abu Bakar pula membalas dengan menyatakan walaupun akaun tersebut adalah akaun syarikat, tertuduh merupakan penandatangan tunggal akaun itu.

"Kesalahan yang dilakukan juga adalah serius kerana melibatkan elemen ketidakjujuran," katanya yang mengendalikan pendakwaan bersama Timbalan Pendakwa Raya Anselm Charles Fernandez.

Darling didakwa atas kesalahan menggunakan dokumen "Director's Circular Resolution Nasridz Pictures Sdn. Bhd" yang diketahuinya palsu sebagai tulen.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 16 Ogos 2007 di RHB Bank Berhad, Jalan Tun Razak, Cheras, di sini.

Bagi kesalahan itu, pemenang Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Anugerah Skrin 1999 menerusi drama Selamat Hari Jadi Su III itu didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama.

Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Dia didakwa di mahkamah buat kali pertama pada 6 Februari lalu dan dibebaskan dengan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin.

Fakta kes menyatakan, polis membuat siasatan ekoran aduan Mohamad Ridzuan, 34, di Pandan Indah, di sini, pada 18 Mac 2008.

Siasatan menunjukkan bahawa Darling telah menggunakan dokumen itu yang mengandungi tanda tangan Mohamad Ridzuan selaku pengarah syarikat bagi membuka akaun syarikat di bank tersebut.

Dokumen itu juga turut mempunyai tandatangan Darling sebagai pengarah dan Mohd khairul Amin A.Ramli selaku setiausaha syarikat.

Bagaimanapun, laporan kimia mengesahkan bahawa tandatangan Mohamad Ridzuan berkemungkinan tidak dibuat olehnya.

Gambar-gambar filem Jangan pandang belakang congkak 2..dengan hot mama Nora Danish

Share























Video Penjaga Org tua yang bersikap kasar dengan org tua yang dijaganya

Share









Betul lah bak kata org,ibu bapa boleh menjaga anak yang ramai..
tp anak yang ramai tak semestinya mampu menjaga ibu bapa .....
Kebanyakkan org kini sibuk menjalankan tanggungjawab bekerja demi menjaga keluarga masing-masing sehingga kadangkala memaksa kita utk mengupah org untuk menjaga makan,pakai org tua...

Tp disebaliknya,bukan semua org yg kita upah itu berhati murni dan sanggup menjaga mereka dgn kesabaran...

Video diatas memaparkan seorang penjaga yang bersikap kasar dan boleh dikatakan kejam terhadap org tua....

Sengaja dihentak2...ditarik dgn kuat-kuat...menampar-nampar pipi org tua itu supaya kunyah dengan cepat....

Sedih....geram pun ada....apehal nak berkasar mcm tue...

itu la sebab kebanyakkan org tua tak mau duduk rumah org2 tua..penjaga tak semestinya penyabar,sesekali ditengking ,dikasari...tidak dilayan dgn kasih sayang..

Sanggupkah kita melihat ibu bapa kita dilayan sebegitu rupa..?

Monday, September 27, 2010

video: Just for Laugh..takut ular

Share









haha..habis kelam kabut kawan..takut ngan ular...Layanz

Kenali Saka,(jin pusaka) ,rahsianya dan tanda-tandanya

Share








Sensasi:Fuh,bercakap tentang saka memang menaikkan bulu Roma..Sensasi sebelum nie memang tahu sedikit ttg saka,,tp tak pernah nak ambik tahu antara kejadian2 dah rahsia disebaliknya...sehinggalah semalam apabila terdengar cerita dr seseorang yang rapat.Jadi sensasi rasa apa-apa yang berlaku dalam kejadian harian,kita harus ada ilmu dan tahu ,biarpun sedikit,agar menjadi panduan utk melindungi diri.Semoga Allah melindungi semua umat-umat Islam...Amin.. Kadang-kadang apa yang berlaku dalam kejadian harian,seperti ada ahli keluarga yang sakit ganjil dan sudah cuba dirawat dgn pelbagai cara namun tak berjaya,mungkin harus dirawat dgn cara Islam. Sebab Saka nie kadang-kadang telah diwarisi tanpa diduga...ada beberapa faktor dan sebab saka diwarisi tanpa disedari... Jom kita ikuti dan singkap Rahsia Saka..
Apa itu Saka??

Ringkasnya ‘saka’ adalah jin atau jin-jin yang diwarisi daripada seorang manusia kepada seorang manusia lain sama ada secara disedari atau tidak, biasanya melibatkan keturunan.


Sebenarnya, apa saja jin/ jin-jin yang diwarisi adalah saka tidak kira jin keturunan, segala hantu-hantu seperti hantu raya, jin silat, jin tariqat, jin perubatan/ perbomohan, jin nenek moyang dan sebagainya.

Namun bagi masyarakat Melayu, ‘saka’ lebih difahami sebagai jin/ nenek moyang yang turun daripada orang tua (datuk, nenek, bapa, bapa saudara dll) kepada orang yang lebih muda yang ada pertalian darah dengannya (seperti anak, cucu, anak saudara dsb).

Dan lebih khusus lagi ia disebut ‘saka’ apabila jin itu mengganggu anak cucu kerana ada perkara-perkara tertentu yang sepatutnya berlaku tetapi tidak berlaku. Jika tiada kekecohan, maka masyarakat Melayu jarang menyebutnya sebagai saka.

Jin-jin silat/ seni beladiri dan perubatan tradisional tidak disebut saka oleh kebanyakan masy. Melayu. Jin-jin yang soleh dan jin Islam juga biasanya tidak disebut saka.


Manusia zaman dahulu suka mengambil jin-jin sebagai pembantu mereka untuk menjaga rumah, keluarga, ladang, perubatan, persilatan dsb. Sudah menjadi budaya bahawa setiap keluarga zaman dahulu mendapatkan pembantu dari kalangan jin, kalau tak ada seolah-olah tak lengkap.


Umur jin lebih panjang drpd umur manusia, ada yang ratusan (yang umur pendek) dan biasanya ribuan tahun. Oleh kerana telah ada persetujuan antara jin dengan tuan punya jin tadi, maka jin itu akan terus mendampingi tuannya buat selamanya selagi tidak dibuang (dinamakan buang saka). Setelah tuan punya tadi meninggal, jin itu akan mendampingi pula keturunannya sampailah entah berapa keturunan selagi jin itu tidak mati atau dibuang. Sekiranya jin itu jenis yang banyak atau beranak-pinak, maka selagi tak dibuang selagi itulah mereka akan mendampingi keluarga tersebut.

Sensasi:so disini,ada kalanya kata keluarga mangsa,saka telah dibuang,namun munkin ada lagi anak pinak jin saka yang masih hidup dan masih berdampingan,jadi disini,sekiranya pernah ada history keluarga membela saka,haruslah lebih berhati-hati, sentiasa lindungi diri dengan bacaan ayat-ayat suci al-quran,baca yassin atau pasangkan rakaman bacaan yassin dirumah,buangkan barang pusaka yang diwarisi dari nenek moyang cthnya,barang kemas,kain,keris...



Pewarisan saka secara sedar atau tidak,apakah tanda-tanda nya?

Saka yg disedari- biasanya keturunan itu akan memelihara adat-adat tertentu seperti membuat kenduri pada masa-masa tertentu, melakukan upacara-upacara tertentu pada masa-masa tertentu, menyimpan barang pusaka khas (seperti kain berwarna, alat perhiasan, barang kemas, senjata dsb), yakin diri dan keluarga mereka masih dalam penjagaan nenek moyang (walaupun nenek moyang itu tinggal jauh ataupun telah meninggal dunia), ada mentera tertentu ataupun lain-lain.


Saka yg tak disedari-tiba-tiba ada anggota keluarga yang terkena penyakit teruk, atau penyakit ganjil, atau mimpi yg menakutkan… kemudian dibawa berubat, kemudian diberitahu oleh perawat bahawa itu semua akibat saka/ nenek moyang/ jin keturunan.



Mereka yang menjadi Sasaran Saka (antara punca-puncanya,mungkin salah satu)


  • Anak cucu yang sangat cetek pengetahuan agamanya.

  • Anak cucu yang melazimi maksiat dan sering melanggar peraturan agama.

  • Anak cucu yang sentiasa meninggalkan ibadat wajib seperti solat dan puasa.

  • Adakalanya anak cucu yang kuat pegangan agamanya kerana jin dan syaitan sangat mengidamkan supaya orang yang taat berjaya disesatkan.

  • Anak cucu yang lemah; fizikal dan antibodinya. ini akan memudahkan jin untuk bertapak di dalam badan mangsanya.

  • Anak cucu yang memang menginginkan sangat apa yang dipunyai oleh nenk moyang mereka. Apabila saka ini diwarisi seolah-olah orang mengantuk disorongkan bantal.

  • Anak cucu yang memang mengidamkan kehebatan dengan pelbagai kelebihan di hadapan manusia walaupun dengan cara yang mencabar syariat Allah s.w.t.



Tanda Seseorang itu mempunyai Saka


Gejala pada waktu tidur:




  • Susah tidur malam, tidak boleh tidur kecuali setelah besusah payah.

  • Sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas dan takut.

  • Mimpi buruk yang dikenali kabus seperti mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya lantas menjerit meminta pertolongan, malangnya tiada siapa mendengar. Biasanya erjadi dalam keadaan 'kena tindih'.

  • Mimpi perkara yang menakutkan dan menyeramkan.

  • Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, tikus dan sbagainya. Kalau bermimpi dipatuk ular, kemungkinan petanda bahawa sihir telah pun masuk ke dalam jasadnya.

  • Bunyi gigi berlaga ketika tidur.

  • Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika sedang tidur.

  • Berdiri dan berjalan ketika tidur.

  • Mimpi jatuh dari tempat tinggi.

  • Mimpi berada di kawasan kotoran atau kawasan perkuburan.

  • Mimpi berada di tempat sunyi.

  • Mimpi terserempak atau melihat makhluk dengan rupa yang menakutkan atau diistilahkan sebagai hantu.



Proses Pemindahan Saka /Pewarisan Saka


Berikut adalah kronologi bagaiman jin saka berpindah selepas kematian tuan punya saka tersebut:






  • Apabila nenek moyang yang membela jin tersebut mati; jasadnya mati setelah rohnya keluar dari jasadnya. Namun begitu, jin yang berdamping dengan nenek moyang itu tidak mati kerana umur jin bukannya seperti manusia.

  • Apabila jasad perumah saka itu dikebumikan, jin tersebut bebas dan berada dalam keadaan seperti layang-layang yang terputus talinya. Lalu ia berkeliaran di atas bumi mencari rumah tumpangannya yang baru. Perihal nyawa jin dan syaitan yang ternyata lebih panjang dari unsur manusia.


  • Kemudiannya saka tersebut akan bepindah kepada anak cucu sebagai perumah yang baru. Kebiasaannya jin tersebut akan berpindah kepada anak cucu yang ada mengamalkan jampi-jampi tertentu yang diambil dari si mati.

  • Saka juga boleh berpindah dari si mati kepada warisnya apabila anak cucu tersebut ada menyimpan mana-mana barang tinggalan si mati.<--perkara ini yang sering berlaku kepada pewaris yang tidak menyedari hal ini,menyimpan barang pusaka,tanpa sedar telah mewarisi saka..oleh itu,sekiranya ada barang yang diragui bawalah berjumpa ustaz dan org yang lebih arif...Jangan ke bomoh siam,sebab apa,syirik tau,dah tue mungkin lagi byk jin berdamping karang...Mintak dijauhkan ..amin

  • Saka juga berpindah kepada anaka cucu yang secara pengamatannya merupakan waris yang menjadi orang harapan kepada keluarga pada masa hadapan khususnya orang harapan kepada si mati yang menyimpan saka tadi.

  • Orang yang berpotensi mewarisi saka adalah orang yang tinggal bersama si mati semasa hidupnya iaitu serumah denganngya.




Sensasi:Jin dijadikan pendamping ,pembantu atau penjaga manusia pada zaman dahulu dan diwariskan kepada warisnya dipanggil saka..namun menyimpan Saka adalah satu dosa besar,Syirik..kerana dikatakan meminta pertolongan dari benda lain Selain Allah SWT


Persahabatan antara jin dan manusia dalam bentuk 'khadam' dinyatakan di dalam al-Quran. Firman Allah s.w.t.:








Ertinya:




"Dan bahawasanya ada beberapa lelaki dari kalangan manusia meminta perlindungan kepada beberapa lelaki dari kalangan jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan..." - Surah al-Jin: 6






Jin yang dijadikan khadam inilah akhirnya menjadi saka yang perturunkan dari ayah ke anak dan keturunan yang seterusnya (mereka yang mempunyai pertalian darah). Ini disebabkan perjanjian yang telah dibuat oleh nenek moyang denan jin tersebut dan mengundang masalah dan penderitaan kepada keturunannya.



P/s:yang sensasi seram tue dgr cerita,ada cerita yang mengatakan kdg2 si pemilik/pewaris saka yang sakit sebab nak meninggal dunia,tetiba makan melahap dengan cara yang paling pelik,rupanya si pemilik dah meninggal,tp yang masih di dalam jasad itu adalah saka..oh seramnyerrrr...pendek kata hampir sebijik mcm dalam Filem "Jangan Pandang Belakang" bila nenek dia makan melahap kat dapur..oh no..

100 Wanita Paling Seksi 2010 FHM UK

Share







For Him Magazine atau lebih dikenali sebagai FHM Magazine di laman web rasminya, wanita paling seksi di dunia bagi tahun 2010 adalah CHERYL COLE! Jom kita lihat carta penuh 100 Wanita Paling Seksi Di Dunia 2010.Jom cuci mata sket..

100. Elle Liberachi
99. Billie Piper
98. Rochelle Wiseman
97. Freida Pinto
96. Lacey Turner

95. Eva Longoria
94. Gisele Bundchen
93. Georgie Thompson
92. Lady Gaga
91. Ali Larter

90. Alice Coulthard
89. Sasha Grey

88. Sienna Miller
87. Danielle Lineker
86. Helen Flanagan
85. Christine Bleakley
84. Vikki Blows
83. Charlotte Church
82. Sugababes
81. Jennifer Aniston


80. Lindsay Lohan
79. Shakira
78. Christina Hendricks
77. Rosie Jones
76. Blake Lively
75. Alexandra Burke
74. Zoe Salmon
73. Nicole Scherzinger
72. Katie Cassidy
71. Lily Allen


70. Angelina Jolie
69. Jessica Michibata
68. Olga Kurylenko
67. Gabriella Cilmi
66. Kara Tointon
65. Elin Nordegren
64. Beyonce
63. Natalie Portman
62. Emily Atack
61. Candice Swanepoel

60. Taylor Swift
59. Nadine Coyle
58. January Jones
57. Bar Refaeli

56. Charlize Theron
55. Ana Ivanovic
54. Keira Knightley
53. Kristen Bell
52. Olivia Munn
51. Holly Willoughby

50. Doutzen Kroes
49. Michelle Ryan
48. Rachel McAdams
47. Evangeline Lilly
46. Jennifer Metcalfe
45. Pixie Lott

44. Britney Spears
43. Rihanna
42. Vanessa Hudgens
41. Kate Beckinsale

40. Dannii Minogue
39. Elizabeth Banks
38. Alessandra Ambrosio

37. Katy Perry
36. Miranda Kerr
35. Sarah Harding
34. Rachel Bilson
33. Elisha Cuthbert
32. Rachel Stevens
31. Jessica Biel

30. Michelle Keegan
29. Emma Watson
28. Kristen Kreuk

27. Rosie Huntington-Whitely
26. Summer Glau
25. Amber Heard
24. Zoe Saldana
23. Scarlett Johansson
22. Gemma Arterton
21. Eliza Dushku

20. Ashley Greene
19. Una Healy
18. Olivia Wilde
17. Diora Baird
16. Audrina Patridge
15. Tulisa
14. Mila Kunis
13. Kaya Scodelario

12. Hayden Panettiere
11. Eva Mendes

10. Abbey Clancy

9. Jessica Alba
8. Adriana Lima
7. Kelly Brook
6. Kristen Stewart
5. Keeley Hazell
4. Frankie Sandford
3. Marissa Miller
2. Megan Fox

1. Cheryl Cole

Thursday, September 23, 2010

Kereta Nissan Fairlady Shahir AF8 Remuk kemalangan

Share







Sensasi:Wow baru saja berusia 22 tahun dah mampu pakai kereta idaman Nissan Fairlady..Tapi malangnya baru sebulan Shahir merasa pakai kereta barunya itu,kereta nya remuk akibat kemalangan.namun Shahir Alhamdulillah terselamat.
Masuk bengkel lah jawabnyer..tapi takpe insurans cover.Cuma tak best la sebab dah accident..maklumlah,kadang2 kereta nie lepas accident,mesti ada rasa berbeza sikit.atau kurang tip top.




Juara Akademi Fantasia Kelapan (AF8), Ahmad Shahir Zawawi, 22, tidak akan dapat melupakan bagaimana kereta berkuasa tinggi, Nissan Fairlady yang baru sebulan dibeli berpusing sebelum merempuh besi penghadang Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Sungkai, Perak pada Isnin lalu.

Kejadian berlaku pada pukul 6.30 petang ketika dia memandu dalam keadaan hujan lebat sambil ditemani seorang rakan dalam perjalanan pulang ke ibu negara dari rumah keluarga di Kampar, Perak.

Bunga Citra Lestari selamat melahirkan bayi lelaki melalui pembedahan

Share







Sensasi:Wah akhirnya Citra bunga Lestari selamat melahirkan bayi lelaki...Tahniah buat Ashraf dan Bunga..
Baby nie baru lahir jadi rupa parasnya ikut siapa tak boleh nampak lagi..tunggu lagi sebulan dua...mesti comel sgt.yang pasti bayi nie putih ikut papa nyer ashraf sinclair



Penyanyi Bunga Citra Lestari,27, selamat melahirkan bayi lelaki, pada pukul 2 petang (3 petang waktu malaysia) seberat 3.5 kilogram di Rumah Sakit Brawijaya, Jakarta, Rabu.

Isteri kepada pelakon Ashraf Sinclair, 31, itu bersalin melalui proses pembedahan dan kedua-dua ibu dan anak berada dalam keadaan sihat.

Menurut pengurus Bunga, Doddi, Bunga ditemani kedua ibu bapanya serta Ashraf ketika proses kelahiran anak sulung pelakon itu.

"Bunga telah masuk ke hospital pada pukul 3 pagi (4 pagi waktu Malaysia) dan atas nasihat doktor Bunga disarankan untuk melahirkan anak secara pembedahan walaupun Bunga mahu melahirkan secara normal.

"Ibu bapa Ashraf turut berada di sini dan mereka datang dari Kuala Lumpur ke Jakarta pada Sabtu lalu. Apa yang pasti, Ashraf dan Bunga begitu gembira dengan kelahiran anak sulung mereka," katanya.

Pasangan tersebut telah bernikah pada 8 November 2008 di Masjid Al Bina, Senayan, Jakarta.

Tuesday, September 21, 2010

Nora Danish masih sambut Raya dengan Jejai dan putera kesayangannya Rayqal

Share









Nora bersama adik kembar Jejai yang juga sebaya dengan Nora masih rapat sehingga kini


Walaupun kini Jejai dikatakan hangat bercinta dengan Aktress jelita kontroversi Fasha Sandha.Jejai tetap tidak mengabaikan anaknya Rayqal dan bekas Isterinya Nora Danish bahkan meluangkan masa beraya bersama-sama.

Nora Danish pula,masih rapat dengan keluarga Jejai dan adik beradiknya.Walaupun sudah berpisah Nora seakan-akan merindui detik detik bersama Jejai.

Nora yang dikurniakan seorang hero comel, Putera Rayqal Rizal Ashram, dua tahun, hasil perkongsian hidup dengan Jejai, masih beraya dengan keluarga Tan Sri Ramli Ngah Talib.

Tanpa gagal, dia bersama ibunya, Sally Talib tetap akan muncul di kediaman mantan Menteri Besar Perak itu di Taman TAR Villa, Ampang, Kuala Lumpur.

“ Cuma, tahun ini, saya tidak dapat beraya dengan keluarga mertua kerana mereka menunaikan umrah sejak penghujung Ramadan lalu. Hanya raya keempat lalu mereka pulang ke Malaysia.

“Namun, saya tetap beraya dengan Jejai kerana dia juga mahu bermesra bersama Rayqal,” jelasnya yang sudah berangkat ke Bali, Indonesia pada raya kedua untuk bercuti selama lapan hari bersama anak dan ahli keluarganya.

Dalam waktu sama, wanita yang dilahirkan pada 7 Mac 1982 itu berkongsi pengalaman beraya dua kali dengan Jejai. Nora mengaku dia tidak mampu membuang perasaan merindui beragam momen bersama bekas suami apatah lagi menyambut hari penuh bermakna itu.

“Saya teringat kenangan menyiapkan suami pada pagi raya. Detik ini cukup lain berbanding hari lain. Saya berdoa supaya tahun depan sudah ada suami dan dapat beraya dengannya. Tidak perlu lagi bersendiri,” pantas tutur Nora yang sentiasa membuka pintu hatinya menerima kehadiran lelaki baru dalam hidup.

Abby dedahkan Norman mahu rujuk semula walaupun sudah ada Memey

Share








Ketika isu tuntutan wang hantaran RM11,111.11 daripada Abby Abadi terhadap Norman Hakim kecoh "diperdebatkan", timbul cerita panas baru di mana Norman pernah meluahkan perasaan mahu rujuk semula dengan Abby.

Abby berkata, Norman juga pernah meluahkan kata-kata sayang terhadapnya dalam tahun ini termasuklah "saya rindu awak".

"Dia pernah berkata mahu berbaik semula dengan saya tetapi saya buat tak tahu sahaja. Cukuplah dengan apa yang saya terkena sebelum ini," katanya

Kata Abby, dia sudah masak dengan perangai Norman dan perasaan terhadap lelaki itu telah lama hilang.

Beritahu Abby, walaupun dia dilihat seperti begitu membenci Norman apabila membaca kenyataan demi kenyataan yang dipaparkan, hakikatnya, Abby tidak pernah menganggap Norman sebagai musuh mahupun kawan.

Cukuplah Norman sekadar menjadi seorang ayah kepada tiga orang anaknya, Mohamed Danish Hakim,7, Marissa Dania Hakim,5, dan Maria Danisha Hakim,2.

“Baru-baru ini, pihak media telah menyiarkan yang saya dan Norman sudah berbaik semula, tetapi sebenarnya tidak. Susah nak cakap, memang sepanjang kami berpisah, hubungan saya dengan dia sekadar biasa-biasa saja," katanya.

Kata Abby lagi, selepas bercerai dia berharap hatinya lebih tenang, tetapi sebaliknya pula berlaku apabila ada sahaja masalah diantara dia dan Norman sehingga membuatkan dirinya tertekan.

Malah lebih parah apabila Norman dikatakan mula lepas tangan hal berkaitan anak-anaknya.

“Kalau nak ikutkan, besar tanggungjawab seorang lelaki terhadap keluarga walaupun sudah bercerai, dia perlu mengambil kisah tentang anak-anak.

image

“Tapi lain pula jadinya. Saya akui dia ada menjenguk anak dan membeli barang-barang untuk mereka, tetapi tidak sekerap dahulu. Apalagi bila berdepan dengannya untuk berbincang tentang hal ini, ia menjadi semakin rumit.

“Sebab itu saya berani membuat kenyataan kepada umum kerana ini saja caranya, demi anak-anak, walaupun orang akan mempertikaikan saya.

“Biarlah apa orang nak kata, sebab saya tahu saya tak akan dapat apa-apa faedah bila buat kenyataan sebegini, tapi ia lebih untuk kebajikan anak-anak saya,” ujarnya.

Kim Kardashian beraksi tanpa pakaian dalam PLAYBOY

Share









Kim Kardashian merupakan seorang model dan pelakon.Kim nie sering bergambar seksi dan melakukan persembahan yang byk menayang badan..

Kim kardashian merupakan salah satu contoh selebriti barat yang paling banyak melakukan pembedahan kosmetik,untuk buah dada,punggung,bibir dan beberapa tmpt yang dirasakan kurang puas hati..

Dan hasilnya...?huhu..kim juga merupakan salah satu sex simbol selebriti barat..

Klik sini ..

Sunday, September 19, 2010

Siti Nurhaliza hamil atau sedang cuba kehamilan In-Vitro menyebabkan Konsert Hari Merdeka di Penang dibatalkan

Share







Sensasi:Terdapat banyak spekulasi mengatakan yang Datuk Siti mengandung menyebabkan beliau terpaksa membatalkan Konsert Hari Merdeka di Pulau Pinang.

Terdahulu, pelbagai laporan media menyatakan Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa sedang berusaha untuk mendapatkan anak. Penyanyi itu juga dilaporkan pernah mempertimbangkan untuk menjalani rawatan in-vitro fertilisation.

In -vitro atau lebih dikenali sebagai IVF,dilakukan dengan cara persenyawaan tabung uji...iaitu ovum dan sperma yang dicantumkan dalam tabung uji kemudiannya dimasukkan secara pembedahan kecil ke dalam rahim ibu.

Kemungkinan Datuk Siti sedang mengandung pun iya jugak,di awal trimester kehamilan,memang kandungan mudah keguguran ,jadi penjagaan tue penting,takleh lasak-lasak atau berjalan jauh..

Kalau Datuk Siti melakukan IVF,mmg tabahla Datuk Siti sbb IVF nie mmg agak tough,sebelum pembedahan pun perlu makan pelbagai jenis ubat,pantang mcm-mcm dan perlu disuntik 4 kali sehari dgn bermacam2 jenis ubat-ubat..selain harus kuat secara mental.Yang penting berjaya mendapat zuriat sendiri..

Semua peminat Datuk Siti sentiasa mendoakan Datuk Siti cepat2 dapat baby...

sedikit petikan dari akhbar mengenai pembataklan konsert tersebut



Pihak kerajaan negeri menerima surat penarikan diri daripada syarikat pengurusan Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn Bhd pada hari Rabu yang turut kepilkan bersama surat akuan daripada pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.

"Surat akuan itu menyatakan Siti tidak dibenarkan untuk berjalan jauh atau terlibat dengan sebarang aktiviti fizikal sepanjang proses rawatan berlangsung," katanya.

Salinan daripada surat akuan itu menjelaskan "Siti Nurhaliza dinasihatkan agar tidak terlibat dengan sebarang aktiviti fizikal yang berat termasuklah mengadakan konsert pada waktu ini."

Bagaimanapun, Lim enggan mendedahkan dengan lebih lanjut mengenai butiran surat akuan tersebut dan menyerahkan sebarang pertanyaan lanjut mengenai penyanyi itu kepada pengurus Siti sendiri.


Menurut Lim, pihak Siti Nurhaliza Productions telah memulangkan semula bayaran pendahuluan sebanyak RM60,000 kepada kerajaan negeri dan turut bertanggungjawab di atas sebarang kos kerugian yang terpaksa ditanggung oleh pihak penganjur ekoran pembatalan itu.

Seorang usahawan bergelar Datuk,juga hampir menjadi mangsa bunuh pembunuh Datuk Sosilawati

Share







“Jika tidak kerana saya sudah berada di kampung kerana mahu menyambut Aidilfitri, mungkin saya juga senasib dengan Datuk Sosilawati dan tiga lagi rakan,” kata seorang rakan kongsi jutawan kosmetik itu dalam pembelian sebidang tanah seluas 30 ekar (12 hektar) di Batu Feringgih, Pulau Pinang pada Mac 2008. Usahawan yang juga ahli politik bergelar Datuk itu berkata, suspek utama kes pembunuhan itu yang juga seorang peguam menghubunginya pada 9 September lalu dan memintanya datang ke pejabat bagi mendapatkan wang bayaran penjualan tanah berkenaan.


“Suspek minta saya datang tapi pada hari berkenaan saya tiada di Banting kerana berada kampung di Johor untuk menyambut Aidilfitri keesokannya. Ini menyebabkan dia menyuruh saya datang pada 13 September pula,” katanya ketika ditemui kelmarin.


Katanya, dia membatalkan niat untuk ke pejabat guaman suspek selepas media melaporkan Sosilawati ditemui mati dipercayai dibunuh peguam terbabit yang juga rakan kongsi pembelian tanah berkenaan.


“Saya, Sosilawati dan peguam itu sebelum ini kenalan rapat sejak tiga tahun lalu,” katanya.


Sebelum itu, katanya, dia menghubungi suspek bertanyakan mengenai Sosilawati yang dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu, namun peguam terbabit menyatakan tiada apa yang perlu dirisaukan dan dia hanya perlu hadir ke pejabatnya mendapatkan wang keuntungan penjualan tanah berkenaan seperti dijanjikan.


“Dalam perbualan melalui telefon itu, dia juga mengaku sudah dua kali memberi keterangan kepada polis dan memaklumkan tiada apa yang perlu dirisaukan. Beberapa hari kemudian, saya mendapat tahu dia ditahan polis,” katanya.


Menceritakan mengenai urus niaga tanah itu, Datuk berkenaan mendakwa berkata, peguam terbabit memujuknya melabur bagi membeli sebidang tanah seluas 12 hektar di Batu Feringgi milik seorang warga tempatan pada harga RM25 juta dan perlu membayar deposit RM2.5 juta.


“Saya bagaimanapun beritahu tiada wang sebanyak itu. Dia memberi idea supaya saya berkongsi dengannya, Sosilawati dan seorang lagi rakan bagi membayar wang pendahuluan berkenaan,” katanya.


Katanya, dia dan Sosilawati serta seorang lagi rakan bersetuju membeli tanah berkenaan selepas dipujuk suspek kerana dijanjikan tanah berkenaan memberikan pulangan lumayan kepada kami. “Pembelian tanah melalui syarikat Sosilawati itu diuruskan suspek yang mengambil masa enam bulan sebelum berjaya dijual kepada satu syarikat dengan harga RM29 juta,” katanya.


Katanya, semua nampak lancar apabila suspek menunjukkan dokumen perjanjian jual beli dan ketika itu tiada yang meragukan.“Dia membayar kembali modal RM2.5 juta kepada kami dalam tempoh enam bulan selepas menerima bayaran deposit RM2.9 juta daripada syarikat yang membeli tanah berkenaan. Bagaimanapun, kami gagal memperoleh bayaran keuntungan RM4 juta seperti yang dijanjikan walaupun sudah dua tahun berlalu.


“Dalam tempoh itu, saya sering menghubunginya bertanyakan perkara berkenaan dan kadangkala marah dengan jawapan suspek kononnya ada masalah dalam pertukaran hak milik,” katanya.


Selepas dua tahun, dia dihubungi suspek menyatakan wang keuntungan berkenaan sudah diperoleh dan perlu hadir ke pejabatnya bagi mendapatkannya. Namun, takdir menyebelahinya apabila dia mendapat maklumat pada 12 September bahawa peguam itu ditangkap polis berhubung kes bunuh dan bakar Sosilawati dan tiga rakannya.


“Kemungkinan Sosilawati juga disuruh datang ke pejabat suspek bagi mendapatkan wang keuntungan berjumlah RM4 juta itu, namun kedatangannya dan tiga yang lain seolah-olah menempah ajal.“Jika saya tidak menyedari kes pembunuhan itu, saya mungkin turut menerima nasib sama. Malah, saya diberitahu pihak berkuasa bahawa suspek dipercayai mengaku sudah merancang bagi membunuh saya dan rakan pada hari itu,” katanya.


Beliau membuat laporan mengenai kes itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat (IPPDKL), Selasa lalu.


Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar ketika dihubungi semalam mengesahkan pihaknya menerima laporan berkenaan.


Sensasi:berpantang maut sebelum ajal...nampaknya belum lagi sampai ajal Usahawan tersebut sepertimana Sosilawati dan 3 rakannya..Kes kehilangan dan pembunuhan Sosilawati adalah kes kedua yang amat mengejutkan org ramai selepas kes Kehilangan dan pembunuhan kanak-kanak Nurin Jazlin

Pembunuh Datuk Sosilawati,Patmanaban guna gelaran Datuk palsu

Share








Polis mengesahkan peguam K. Patmanaban tidak pernah dikurniakan gelaran Datuk.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin berkata, daripada semakan, Patmanaban didapati menggunakan gelaran Datuk palsu.

"Dia tidak pernah dianugerahkan gelaran Datuk oleh mana-mana negeri," kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.

Difahamkan, Patmanaban sebelum ini pernah cuba membeli gelaran itu dari sebuah negeri, namun dia menjadi mangsa penipuan walaupun selepas menyerahkan sejumlah wang yang dianggarkan beratus ribu ringgit untuk tujuan mendapatkan anugerah itu.

Malah dia ketika itu dikatakan menerima surat penganugerahan daripada pihak istana, namun pada saat-saat akhir namanya tidak tersenarai.

Dalam pada itu, Bakri berkata, aset Patmanaban yang ditahan untuk membantu siasatan kes pembunuhan Sosilawati telah dibekukan, namun buat masa ini berapa jumlah aset peguam itu yang dibekukan belum dapat diumumkan.


Sensasi:Ceh..memalukan..satu persatu penipuan Patmanaban terbongkar ...Memang jantan durjana...kejam,syaitan,lebih hina dari haiwan..itu lah perkataan yang paling layak utk gelaran Patmanaban ,bukan gelaran datuk yg di"beli " tue..

Abby sanggup bersumpah,Norman berbohong

Share









Abby yang dihubungi berkata, dia geram bila Norman membuat kenyataan di sebuah akhbar yang menyatakan bahawa dia tidak berhutang apa-apa pun dengannya.

Dalam laman social Facebook Abby pula, pelakon itu sanggup bersumpah dengan nama Allah mengenai pembohongan yang dibuat oleh Norman Hakim.

Pelakon drama Marhabbah Delaila itu juga berkata, kenyataan Norman juga bercanggah berbanding kisah sebenar yang berlaku dan menganggap Norman dan Memey telah lama bersekongkol.

“Saya akui yang saya pernah bercakap dengan Memey meminta Norman membayar balik hutang-hutangnya kerana ini sahaja cara yang ada. Ini kerana saya gagal berkomunikasi secara baik dengan Norman.


Abby meluahkan perasaannya di akaun laman Facebook miliknya

“Sebab itu saya memberanikan diri mengeluarkan kenyataan tentang hal ini. Saya tahu, pastinya ada pihak akan mempertikaikan tindakan saya tetapi ini saja cara yang saya ada.

“Selepas saya membuat kenyataan, Norman ada menghantar SMS pada saya berunsur ugutan dan saya tak padam lagi mesej-mesej dia.

“Rasanya kalaulah dulu dia tak buat perangai dan menjadi suami dunia akhirat, saya percaya perkara ini tidak akan sampai ke tahap ini, tak dapat balik wang hantaran pun tak apa.

“Malah, jika saya tidak ada anak sekalipun, saya tak akan tuntut apa-apa. Tapi disebabkan anak-anak, saya akan tuntut hak saya demi mereka,” tegasnya.

Beritahu Abby lagi, Norman memang ada membelanjakan beberapa barangan untuk anak-anak tetapi secara ala kadar sahaja.

“Nak jenguk anak pun jarang-jarang, sedangkan dia perlu bertemu dengan anaknya dengan lebih kerap kerana itu merupakan tanggungjawabnya kepada anak-anak kami,” katanya yang akan memulakan penggambaran drama Gerak Khas, esok.

Sensasi:Perempuan memang bila dah syg,sanggup bersusah senang bersama si suami...dengan harapan suami akan setia dan bersamanya hingga akhir hayat...tp kalau belum pape lagi si suami dah menunjukkan belang setelah isteri bertarung nyawa melahirkan anak-anak norman dan berhabis wang ringgit utk bersama si suami,tp si suami tak menghargai dan menghancurkan hati si isteri,mestila si isteri akan rasa argh,sia sia je selama nie,buat apa nak bg dia senang lenang,byr balik hutang2 lama dulu...huhu..so fair and square la,nak buat camner lagi..mmg dah tanggungjawab norman menyediakan wang hantaran dan juga tanggungjwb norman juga membayar nafkah anak-anaknya tue..so ,,kalau tak mampu berbuat demikian tp mampu pulak utk berkasih dgn wanita lain,Norman haruslah menelan segala kepahitan skrg nie...

Selesaikan dgn abby sebaik baiknya..nyata hati Abby masih bengkak dan perlu menuntut haknya yang selama ini dibiarkan sepi..

Memey tak faham kenapa Abby nak Ungkit

Share








SETELAHhampir setahun pelbagai kontroversi yang membabitkan Norman Hakim dan bekas isterinya, Abby Abadi senyap tanpa berita, hal rumahtangga mereka yang lepas timbul lagi.

Kali ini, kenyataan mengejut daripada Abby membabitkan hutang wang hantaran berjumlah RM11,111.11 yang masih belum dilangsaikan Norman.

Hal tersebut membuatkan tunang Norman iaitu Memey Suhaiza Suhaimi turut terkena tempias yang memungkinkan reputasi dirinya terhadap keluarga dan peminat terjejas.

Beritahu Memey, dia terkejut apabila Abby menceritakan hal-hal peribadi kepada umum dan meminta pelakon itu untuk selesaikan masalah dia dengan Norman cara baik.

Malah Memey tidak risau jika situasi dialami Abby (tidak terima wang hantaran)akan terkena pula kepadanya.

“Saya harap Abby dapat selesaikan hal-hal peribadi dengan cara baik dan tak perlu buat satu Malaysia tahu.

“Kenapa baru sekarang nak ungkit? Saya tak tahu apa yang sedang dia fikirkan. Bila kami dah bertunang, hal ini pula timbul. Kalau boleh saya nak jernihkan keadaan dan selesaikan elok-elok, jadi tak seronok pula bagi kedua-dua belah pihak.

“Bila hal ini terjadi, tempiasnya terkena pada saya. Dengan keluarga, saya boleh jelaskan, tetapi orang lain macam mana? Saya tak mahu campur tangan sangat walaupun saya tahu hal yang sebenar.

“Apapun, saya tak takut jika wang hantaran saya tidak dibayar kerana saya kenal Norman. Lagipun setakat ini tiada perjanjian mengenai hantaran dibuat antara keluarga kami,” katanya
Tambah pelakon berusia 22 tahun itu, sebelum ini, Abby pernah menyatakan kepada Memey hasratnya untuk meminta balik hutang-hutang terdahulu Norman.

Malah Memey terkejut bila Abby menyatakan yang Norman tidak pernah memberi nafkah kepada anak-anak mereka.

“Sebenarnya saya dah lama tahu tentang hal ini. Dalam beberapa tahun kami kenal, Abby pernah cakap pada saya yang dia nak balik duit-duit itu dan saya tak faham kenapa dia perlu memberitahu saya. Mungkin dia ingin menunjukkan sesuatu, saya pun tak pasti.

“Cuma saya pelik, kenapa dia kata yang Norman tidak ambil kisah tentang nafkah anak-anak mereka sedangkan saya nampak sendiri depan mata segala perbelanjaan seperti barang-barang dapur serta keperluan lain yang Noman beli.

“Jadi bila keluar kenyataan sebegitu, saya terkejut. Tak seronoklah kalau orang baca, kerana orang luar tak tahu hal sebenarnya tetapi saya nampak realitinya apa yang Norman buat untuk anak-anaknya.,” ujar Memey yang akan mendirikan rumahtangga bersama Norman tahun depan.

Norman dan Abby telah bernikah pada 8 Januari 2002 dan melangsungkan perkahwinan mereka pada 31 Ogos 2002 di Perdana Grand Ballroom, Dewan Felda, Jalan Semarak.

Mereka bercerai pada 18 Disember 2008.

Perkahwinan mereka gagal bertahan kerana dipercayai gara-gara gangguan pihak ketiga iaitu Memey serta kes tangkap khalwat kedua-dua mereka.
Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-