Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Tuesday, August 17, 2010

Wanita mangsa asid tekad mahu bercerai dengan suami

Share







Rentetan dari Kisah Empat sekeluarga disimbah asid..memang patut pun dia bercerai dgn husband dia yang dayus,tak guna tue..sampai sanggup mencederakan isteri dan anak-anak,sekali dgn mak mertua nya...

Ramai yang tak tahu,statu Mak mertua bagi lelaki adalah sama darjatnya dengan Ibu kandung...sekiranya dia menderhaka kepada ibu mertuanya sama seperti menderhaka kepada ibu sendiri...

Isteri pula harus mentaati suami sekiranya benda yang disuruh suami itu sejajar dgn tuntutan agama...

Dan memang pasti dan jelas,,Duit dan harta isteri adalah hak isteri yang suami tiada hak..manakala Duit suami Isteri ada hak...

Adil dan stabill sbb walaupun Isteri ada hak tetapi dia kene taat pada suami..dan Wpun kena taat pada suami,suami tak boleh sesuka nak ambik duit Isteri,..itu hak Isteri ...

Lelaki skrg semakin kurang sifat kepimpinan dan mengambil jalan mudah menganiayai isteri...

Sedih mengenangkan nasib anaknya yang 8 tahun,yang dah buta penglihatan akibat perbuatan ayahnya...

Dahla time puasa..kecik2 dah buta..sedihnyeeeeeeeeeee...

Sensasi ada adik yang masih bersekolah rendah,bila tgk kes2 mcm nie..mmg sedih sbb terbayangkan adik sendiri jd mcm tue..mintak selisih la sume tue...

Semoga kanak2 itu tabah dan mendapat ganjaran yg besar drpd Allah di akhirat kelak atas ujian yg dilaluinya.


ZAIMAH medukung Mohd. Irfan sambil mengusap kepala Dahyatul di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu semalam.

“Kalau hanya saya seorang yang cedera mungkin saya boleh maafkan tetapi perbuatan dia (suami) telah memusnahkan masa depan anak-anak saya.”

Demikian luahan Che Ku Zaimah Che Ku Awang, 28, yang tetap dengan keputusannya untuk meneruskan proses perceraian dengan suami yang telah menyebabkan dia bersama dua anak serta ibunya melecur terkena percikan asid.

Malah, dakwa wanita itu, Nurul Dahyatul Fazlinda Khalid, 8, yang melecur teruk dalam kejadian itu juga enggan memaafkan bapanya yang menyebabkan hidupnya menderita sepanjang hayat.

“Saya tanya adakah dia masih sayang ayah? Tapi dia hanya gelengkan kepala dan mengalirkan air mata,” katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini semalam.

Dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Sekayu, Hulu Terengganu kelmarin, Zaimah dan dua anaknya, Dahyatul dan Mohd. Irfan Firdaus, 2, serta ibunya, Minah Omar, 56, melecur di beberapa anggota badan akibat perbuatan suaminya.

Kejadian berlaku apabila lelaki itu meminta wang daripada Zaimah dan enggan bercerai dengan Zaimah.

Sebelum ini, Zaimah berkata, Dahyatul sangat akrab dengan ayahnya sehingga makan serta tidur anaknya itu perlu ditemani suami.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-