Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Wednesday, August 18, 2010

Wajah Gadis Melayu Musim Ketiga

Share









pasti peminat program realiti ini sudah tidak sabar melihat sendiri wajah Gadis Melayu yang bakal menyerikan lagi program yang sudahpun masuk musim ketiga. Pelbagai kontroversi melanda peserta program ini dua musim yang lepas, adakah finalis kali ini berjaya mempertahankan maruah seorang gadis Melayu di mata masyarakat?


Gadis Melayu yang bertuah pada kali ini terdiri daripada Afiqah Hazwani Md Nordin (Afiqah), 18, Nur Diana Zainuddin (Diana), 19, Nor Shamimi Ernida Mansor (Mimie), 20, Norhidayah Samsudin (Hidayah), 21, Siti Nurzakiah Abdul Aziz (Zakiah), 21, Siti Mastura Mohamad Saleh (Mastura), 24, Fatheen Nabila Ghazali (Fatheen), 24, Norazrina Mohd Salleh (Rina), 25, dan Siti Amira Mustakhim (Amira), 25.

Apa yang menarik pada kali ini, tiada penyingkiran dilakukan. Ini bermakna peserta berhak dan mampu menonjolkan sisi berbeza diri mereka untuk menambat hati penonton selain mengembangkan potensi masing-masing sepanjang program berlangsung.

Peserta akan diberi tugasan seperti mengukur kelapa, menyediakan sambal belacan dan menata hias busana Melayu. Setiap minggu tugasan akan meliputi aspek adat resam dan budaya, mempraktikkan kemahiran hidup, menghasilkan seni warisan bangsa, kecantikan dan perkahwinan. Setiap tugasan akan dinilai oleh juri tetap iaitu Ezzah Aziz Fawzy bersama dua panel lain.

Rancangan kelolaan Ashraf Muslim akan akan ke udara setiap Jumaat, jam 9.00 malam bermula 27 Ogos ini di TV9.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-