Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Wednesday, August 4, 2010

Video Menarik:Pelajar tumbuk cikgu

Share








Dialog awal video,pelajar tue ckp,cikgu tak nampak apa yang berlaku kat padang tetapi terus marah dan salahkan dia,dia cuba beri penjelasan tapi cikgu takmau dengar.

so sensasi rasa. cara terbaik dia nak bagi cikgu tue dengar(bg pendapat dia,ialah dengan menengking cikgu tue la kot)


Sensasi:dlm video nie part paling sadis ialah part last bila dia ckp,dia nak tumbuk cikgu tp dia sabar,pastu cikgu tue ckp,ha tumbuk la...terus dia tumbuk..hadusss....tak berakal betulla perangai camnie...kalau menjawab je takpe la jugak,leh tahan lagi...dia tumbuk pulak last-last

Biasala dalam lingkungan umur remaja perasaan memberontak itu sgt kuat especially bila dia rasa dipijak,tapi walaubagaimanapun,selalunya perasaan malu dan masih menghormati guru akan menghalang seseorang pelajar utk menjawab atau menengking cikgu..Tp dlm kes nie pelajar nie cube meluahkan kemarahan nya dengan menjawab semua kat-kata cikgu tue..

Sensasi tengokj,cikgu tue tenang je,tp ada sesetengah part cikgu tue provoke..pastu cikgu tue mesti ade rasa nak tergelak dgr kata-kata pelajar tue..lawak habis..

tapi pada awalnye,budak nie tak lah betul2 samseng...ada pelajar yg betul2 teruk dah mencarut2 dah..so far budak nie takde pun mencarut kan...dia cuma ckp dia benci cikgu tue....cume part last tue dia kene rasuk syaitonn...astaga...kuang ajaww sungguh

Budak tue harus kaunselling supaya dpt mengeluarkan kemarahannya,dan menerima teguran cikgu..manakala cikgu pun perlu siasat masalah dulu..

Tp kesimpulannya,pelajar tue agak kurang ajar...sebab walaubagaimanapun cikgu tue salah menuduh ke,salah marah ke,dia tetap seorang pendidik yang harus dihormati..

Mengikut pengamatan sensasi,pelajar nie ckp bahasa melayu tapi loghat sarawak,mcm bangsa iban nyer slang tp cakap melayu...(kalau dia keluar bahasa iban,haram korang tak paham sepatah,haha..)


Antara dialog kelakar dalam Video ini..


cikgu ada tanyak apa parasaan sayo
Cikgu:besar sangatka kamu kat sekolah nie?
Pelajar:Bukan saya besar,cikgu yang besar,Perut ja besar... (aduh,sempat loyar buruk budak nie)
Pelajar:satu sekolah nie benci kat cikgu tau
Cikgu:Biarla mereka benci kat saya
Pelajar:Saya juga benci kamu

Dialog part cikgu tue tanya,owh perangai samseng ya..layak ka kamu sekolah?
Prlajar:Cikgu pula layak mengajar?
Cikgu:memang saya layak
PElajar:Saya juga layak sekolah..

Part pelajar tue ckp dia tak buat salah tapi,dipersalahkan,pastu dia siap tanya kat cikgu tue balik,kalau cikgu takda buat salah,kene marah mau cikgu?
Cikgu:saya marah sebab sebab bersebab (berapa kali sebab daa)


Cikgu:Kamu seorang pelajar
Pelajar:Kamu seorang pengajar..(haha,juru kamera pun gelak2 tengok pelajar tue cuba menjawab tp sgt kelakar..)

Part cikgu tue da give up dia suh la pelajar tue balik
Cikgu:Kamu pegi balik la
Pelajar:Kamu jugak balik
cikgu :buat apa saya nak balik
Pelajar:buat apa saya nak balik?
Cikgu:pegi balik la kamu,tak payahla,berenti sekolah pegi sekolah lain
Pelajar:kamu juga berenti mengajar
cikgu:kamu pergi sekolah lain
Pelajar:kamu pegi sekolah lain jugak


Part yang paling sensasi rasa kelakar guling-guling
Pelajar:Ada cikgu tanyak kenapa saya marah dengan cikgu
Cikgu:Ha kenapa kamu marah?
Pelajar:buat apa tanya segala,terlewat (ececeh drama bagai)


dialog pelik pelajar itu bila cikgu tue bgtau hak dia sebagai seorang cikgu utk bertanya
Cikgu:saya perlu tanya kamu
Pelajar:apa saya perlu jawab sama kamu...??

3 comments:

oldman50 said...

Melihat apa yang berlaku, amat kesal dengan tingkah laku pelajar tersebut. Saya tidak memihak kepada sesiapa. Sepatutnya dalam keadaan begitu murid tersebut sepatutnya mendiamkian diri sahaja dan tak perlu menjawab apa-apa kerana dalam keadaan marah apa yang terkeluar dari mulut tidak akan menyenangkan. Guru yang berhadapan dengan murid tadi tak perlu bersoal jawab dengan murid berkenaan, tinggalkan dia sahaja dan bila keadaan reda boleh berbincang semula. Kemusykilan saya, insiden yang berlaku itu bukan di luar atau di dalam bilik darjah, tetapi berlaku di dalam bilik guru atau pun di bilik kahas lain, Jadi kenapa guru-guru lain membiarkan perkara ini berterusan. Murid itu boleh ditenangkan. Setelah beberapa ketika baru dilihat seorang guru lelaki menanangkan keadaan. Dalam hal ini guru perlu menggunakan perkataan yang berhemah, kerana dalam keadaan marah apa-apa pun boleh berlaku, kerana syaitan dengan mudah menguasai pemikiran sesorang.

wan said...

mmg lawak btol la dialog diorg..aku pon gelak guling2 bagai..

chhers,
wan

Anonymous said...

xnk salahkn sapa2 coz xtau cerita sebenar... cuma bagi pihak pelajar tu.... sy pun penah jugak kena tuduh buat sesuatu yg sy xbuat. sapa yg xmarahkan... dapat pengadilan yg xsewajarnya.(berat mata memandang, berat lg bahu memikul) cuma bezanya sy pmpn n dia llki... so daya memberontak tu lagi kuatla ;)ataupun mgkn jugak sblm ni cikgu tu penah bt smthg yg buat dia marah kot (who knows, semua org bt kesilapan right?) then hal dlm video ni adalah kemuncaknya...
xleh nk salahkan student tu 100% klu cikgu tu tanya elok2 xdalah dia nk menjawab mcm tu.ni provok dia lg adela... cikgu tu lebih bpngalaman dlm hdup n sy pcya dia pun dah lama jd cikgu... dia spatutnya tau mcm mn nk handle pkara2 mcm ni... sapa2 pun tambah berapi klu dah marah (in this case: kena tuduh buat sesuatu yg dia xbuat) then kene layan mcm tu.mcm xda harga diri pulak. just like have no rights to defend our self.
but the best part... budak tu kata, 1 sekolah benci kat cikgu yg marah dia tu... huhuhuhu SO.. who is the problem belongs to? (^_^)v
p/s teguran berhemah itu penting... coz kat skolah cikgu jugak penah ajar... hati2 bila bckap. coz kerana mulut badan binasa. no offence (^_^)v

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-