Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Wednesday, August 25, 2010

Ulasan Filem SENARIO ASAM GARAM

Share











BINTANG
Keseluruhan: 2.5
Plot: 2
Lakonan: 2.5
Sinematografi: 2.5

Tonton filem ini jika anda suka: "Senario The Movie Episode 2: Beach Boys", "Zoo", "Kecoh Betul"
P/S:sensasi sgt tidakk suka tgk senario beach boy...Zoo pun sgt3 membosankan ,beli DVD je...wpun Lisa surihani ada tetap tak best..seswai utk tontonan budak2 tadika la citer Zoo tue..

Mungkin ada yang keliru memandangkan jalan cerita "Senario Asam Garam" hampir sama dengan filem komedi "Aman" yang sepatutnya dibuat selepas ianya dilancarkan tahun lalu. Namun atas masalah yang timbul, "Aman" tidak dapat diteruskan. Maka dengan itu, Prof. Dr. Hatta Azad Khan 'menggantikan'nya dengan "Senario Asam Garam", mengubah sedikit perjalanan cerita dan masih mengekalkan beberapa barisan pelakon seperti pelakon cilik Shafimie Don atau lebih popular dikenali sebagai Fimie Don, Azlee Jaafar dan Lan Pet Pet.

"Senario Asam Garam" menceritakan persaingan antara Pak Adam (Azlee Jaafar) dan Asam (Zaibo) dalam perniagaan mereka dan juga perebutan Cik Hawa (Julia Hana), seorang ibu tunggal kepada anak lelaki yang bijak dalam merekacipta, Amin (Fimie Don). Pelbagai cara dilakukan oleh Asam dan pembantunya, Garam (Lan Pet Pet) bagi menggagalkan apa sahaja Pak Adam rancang.

Agak sayang apabila karya komedi pertama Hatta kurang menyerlah terutama sekali daripada segi penyampaian filem. Elemen komedi yang ditampilkan pula gagal membuatkan penonton ketawa sehingga adakalanya timbul rasa bosan. Penulis merasakan alangkah baiknya jika komedi itu boleh disampaikan dengan cara yang bernas selain daripada memperbodohkan diri sendiri.

Walaupun telah mencipta populariti hampir 16 tahun, kumpulan Senario masih lagi kekal dalam industri seni tanah air. Pertukaran ahli kumpulan dan pelbagai masalah yang menimpa ahli sedikit pun tidak melemahkan semangat mereka untuk menghiburkan peminat. Namun penulis merasakan lakonan mereka tiada peningkatan dalam filem ini, sebaliknya sama dengan filem-filem Senario sebelum ini. Ketiadaan Wahid kerana komitmen pula dilihat tidak menjejaskan filem ini. Namun Fimie yang terkenal dengan drama "Hikayat Putera Shazlan" mampu pergi jauh dalam industri lakonan walaupun baru berusia 12 tahun. Sikit pun tidak kelihatan kekok, malah tidak keterlaluan jika lakonannya lebih menyerlah daripada pelakon-pelakon veteran yang lain.

Terdetik juga di hati penulis mungkin ada baiknya jika filem ini tidak mempunyai 'jenama' Senario memandangkan hanya dua sahaja ahli kumpulannya yang terlibat. Namun mesej sifat hasad dengki sememangnya merugikan diri memang berjaya disampaikan oleh pengarah. Apa-apa pun, "Senario Asam Garam" pasti masih lagi mampu menarik minat setiap lapisan
masyarakat kerana jalan cerita yang ringan dan tidak memerlukan anda berfikir.

Bakal ditayangkan Pada Hari Raya tahun nie...

1 comment:

Antupc said...

btul tu bosan giler...

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-