Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Saturday, August 7, 2010

Saman Ke Atas Nabil Raja Lawak Ditarik

Share







Sensasi:Alhamdulillah syukur akhirnya saman 2 juta ke atas Nabil ditarik balik...So lepas nie Nabil boleh la menarik nafas lega..

Bukan sahaja Saman ditarik,malah baki pembayaran utk nabil turut dijelaskan semula..

dan of course bagi org yang kene saman(nabil),dan dah upah lawyer.if org yg saman (syarikat produksi)tarik balik ,mereka haruslah menanggung kos guaman Nabil.

Selalunya dalam kes saman mcm nie,harus kos guaman dalam RM20-50k keatas sebab RM2juta saman dah termasuk dalam kes Mahkamah Tinggi.

Tp apabila kene saman tak semestinya org tue sah-sah kene bayar RM2juta..
Mesti ada pembelaan,kontrak akan dikaji semula,dan statement semua akan dikaji semula samada betul2 ada melanggar kontrak atau tak..

Kalau kata Nabil tak bersalah (menang kes),boleh jadi counter sue...atau saman balik.

Puasa pun dah nak dekat..mesti Nabil lega..



Syarikat SDAF pictures menarik balik saman yang telah difailkan terhadap Juara rancangan Raja Lawak, Nabil (gambar) kerana melanggar kontrak promosi dan memperlekehkan filem lakonannya sendiri, Lu Pikirlah Sendiri De Movie.

Berikutan langkah itu, SDAF Pictures bersetuju membayar semula baki bayaran yang tertunggak dan memberi pampasan kos guaman yang ditanggung oleh Nabil dalam kes ini.

Menurut Nabil, dia gembira kerana pertikaian antara kedua-dua belah pihak dapat diselesaikan secara baik tanpa menjadikan mahkamah sebagai jalan penyelesaian.

"Saya gembira dan terharu kerana segalanya dapat diselesaikan dengan baik dan SDAF Pictures mengambil sikap terbuka untuk menyelesaikan pertikaian ini.

"Lebih-lebih lagi sempena menyambut bulan Ramadan yang mulia ini di mana kita sebagai orang Islam digalakkan untuk bermaaf-maafan," katanya dalam satu sidang media yang diadakan di sini, Jumaat.

Dalam pada itu, Nabil juga memberitahu akan menjadikan peristiwa itu sebagai pengajaran dan lebih berhati-hati dalam mengharuangi kerjaya sebagai pelakon.

"Dengan berakhirnya peristiwa dan pertikaian ini, saya bersedia mengharungi kerjaya saya dengan lebih bersemangat seperti mana yang diharapakan sebagai seorang pelakon.

Nabil juga berterima kasih kepada peguam-peguamnya iaitu Datuk Mohd Haaziq Pillay dan Nizam Bashir Abdul Kariem Bashir yang turut sama membantu menyelesaikan pertikaian ini.

Terdahulu pada 24 Februari lalu, SDAF Pictures telah mengeluarkan notis saman RM2 juta terhadap Nabil kerana dia dikatakan telah mengkritik filem lakonannya sendiri sehingga menyebabkan imej buruk ke atas filem itu selain menjejaskan reputasi produser dan pengarah.

Nabil juga dikatakan melanggar kontrak bersama SDAF dengan tidak menghadiri promosi filem tersebut seperti yang dijanjikan.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-