Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Sunday, August 1, 2010

Remy Ishak sekadar kambing hitam dalam penceraian Maya Karin?

Share









Sensasi :Kegoyahan rumah tangga Maya Karin dan Suaminya yang sah bercerai baru-baru nie,Julai 2010 telah dihidu media semenjak Februari 2010.

Masa itu ada org yang mengaku kenalan kepada Muhammad Ali mendedahkan bahawa Pergolakan rumah tangga maya berpunca apabila Maya mengaku kepada suaminya bahawa memang benar dia mempunyai hubungan dengan seorang VIP,menyebabkan suaminya mengambil keputusan untuk keluar dari rumah dan tinggal berasingan dengan Maya Karin.

baca cerita lama sensasi tentang kegoyahan rumah tangga Maya

Kemudian cerita pergolakan rumahtangga Maya karin senyap seketia.Tp selepas itu Pergolakan rumahtangganya tidak dapat disembunyikan apabila,kononnya suami Maya karin memberi surat perletakan jawatan sebagai guru di sebuah sekolah swasta untuk pindah ke Tanah Airnya di London...Kemudian gossip itu disangkal apabila Muhammad Ali(suami maya) mengatakan gossip itu tidak benar.

Kemudian,Maya dan Remy Ishak digabungkan bersama dalam sebuah drama dan teater,kemudian Maya kelihatan Intim dengan Remy apabila sering berada bersama Remy semasa Anugeah Bintang popular yang berlangsung pada bulan April.

dan ketika itu ramailah yang menunding Jari bahawa Remy Ishak la penyebab kepada penceraian Maya Karin dan suaminya Muhammad Ali.

Namun,Remy menafikan dan ada pula gosip2 kedengaran bahawa sbnarnya hubungan Maya dengan VIP ,Khairy Jamaludin masih berterusan.Betul atau tidak kita tak tahu sebab masing-masing menafikan Gossip ini 4 tahun yang lepas.

4 tahun yang lepas sekitar tahun 2006 ,mcm-mcm gossip kedengaran tentang Maya dan Khairy..Pada mulanya Maya dan Khairy kecoh dikatakan bercinta ,berita ini heboh disekitar Utara tanah air,kemudian mereka dikatakan ditangkap khalwat.Tp gossip ini hanya kedengaran tanpa bukti kukuh.

Kemudian berterbangan lagi Gossip bahawa Maya dan Khairy telah bernikah di sebuah majlis tertutup yang hanya dihadiri teman rapat kenamaan di sebuah Hotel Mewah Di Indonesia.Namun Khairy menafikan dan mengatakan bahawa dia "tidak Teringin Pun" wanita lain selain Isterinya Nuri,anak perempuan bekas Perdana Menteri kits,sapa lagi kalau bukan Pak Lah.. :P

Maya juga mula-mula katanya dia ada dengar Gosip tentangnya dengan Khairy,tp tak kenal siapa Khairy,pastu dia google nama khairy dan baru perasan yang dia pernah terjumpa Khairy semasa latihan menunggang kuda untuk Filem PHSM,dia berselisih dengan Kuda Khairy dan diperkenalkan.Kata Maya lepas tue mereka tidak pernah berhubung.

Tp kenapa pokok bergoyang kalau takda angin?mungkin ada org yang goncang2 pokok tue,atau memang ada angin yg terlepas..

Adakah Remy Ishak dijadikan kambing hitam?entahla,yg pasti Remy memang sedikit hitam..

Kalau Remy berkahwin dengan Maya ,so kira sahihla Remy yang bercnta ngan Maya kans...









Keintiman Remy Ishak dengan Maya Karin sebelum ini dikatakan menjadi punca penceraian aktres tersebut dengan suaminya, Muhammad Ali Abdullah. Keakraban mereka sering diperkatakan pihak media mahupun para peminatnya. Setelah penceraian Maya dan suaminya disahkan pada 16 Julai lalu, ketika dilokasi penggambaran filem Nur Kasih baru-baru ini di Tanjung Karang, Kuala Selangor, media menemui Remy untuk mendapatkan reaksi pelakon yang pernah dinobatkan sebagai Pelakon TV Lelaki Popular itu.

"Kami rapat pun disebabkan kami diuruskan oleh pengurusan artis yang sama. Hubungan kami hanya sebagai kawan dan tidak lebih dari itu. Kami berjumpa pun jika ada majlis yang melibatkan kami berdua. Selain itu, kami memang jarang berjumpa. Malahan selepas penceraiannya disahkan, khabar Maya pun saya tidak berkesempatan untuk tahu apatah lagi untuk bertemu dengannya. Sudahlah, saya tak mahu diri saya dikaitkan dengan Maya lagi. Saya berlakon hanya untuk mencari rezeki untuk diri dan keluarga saya," jawab Remy tegas.

Hubungan Remy dan Maya dikatakan telah mula akrab sejak sama-sama terbabit dalam pementasan teater Natrah arahan Erma Fatima, November tahun lalu. Ia ditambah pula apabila kemesraan mereka dilihat ketika hadir memeriahkan Anugerah Bintang Popular di Genting Highlands April lalu.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-