Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Saturday, August 7, 2010

Raja Azura,ke mahkamah untuk selamatkan rumahtangga

Share








Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa Kak Engku nak buat sidang media tersebut. Kalau pun pasal kes mahkamahnya yang melibatkan dia dengan suaminya, takkanlah sampai nak buat PC pulak.

Sebenarnya tujuan Kak Engku berbuat demikian adalah untuk memohon maaf kepada pihak wartawan kerana sejak dia dilaporkan pergi ke mahkamah pada Selasa lalu, banyak betul wartawan yang mencarinya. Tidak cukup dengan itu, telefon bimbitnya juga turut dihujani dengan kiriman sms serta panggilan telefon.

Namun tidak ada satu pun kiriman sms serta panggilan itu yang dijawab. Alasan Kak Engku ialah kerana dia tidak mahu terburu-buru untuk membuat sebarang kenyataan. Malah, dia perlukan masa untuk membuat kenyataan di hadapan pihak media.

Akhirnya pada pagi tadi, Kak Engku memberitahu bahawa dia sudah bersedia untuk bersemuka dengan semua wartawan. Di situ, Kak Engku telah menjelaskan bahawa kehadirannya di Mahkamah Rendah Syariah di Shah Alam tempohari bukanlah disebabkan kerana mahu bercerai.

Namun baik dia mahu pun suaminya, Adzmin Tan Sri Osman, 37, masing-masing sedang berusaha mencari jalan damai untuk memperbaiki masalah serta kekurangan yang terdapat di dalam rumahatangga mereka.

Pun begitu, difahamkan, Kak Engku langsung tidak menjelaskan apakah sebenarnya masalah yang dihadapinya di dalam rumahtangganya itu. Namun, dia memberikan kiasan bahawa suaminya adalah ibarat kontraktor utama di dalam rumah.

Apabila melihat sebarang kebocoran atau lubang-lubang, dia perlu membuat sesuatu untuk menutupi kebocoran serta lubang-lubang tersebut, manakala dia pula akan mencantikkan rumah tersebut dengan hiasan dalamannya.

Satu hal yang pasti, antara Kak Engku dan Adzmin, dia dan Adzmin, mereka masih menjalan kehidupan biasa sebagai pasangan suami isteri, merejka masih tinggal sebumbung serta masih berkomunikasi dengan baik.

Apapun, Kak Engku memohon supaya semua pihak akan dapat mendoakan agar dia dan Adzmin akan dapat mampu mengatasi masalah rumahtangga yang mereka hadapi itu serta dapat menjalani kehidupan berkeluarga seperti sediakala.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-