Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Monday, August 23, 2010

Nora Danish Menafikan Bercinta Dengan Shahrul

Share







Gossip Nora Danish bercinta dengan Shahrul kini hangat diperkatakan,kerana Jejaka itu memuat naik semua gambar2 mesra dan rapatnya dengan Nora Danish..

Namun Nora menafikan,kerana katanya Shahrul muda 3 tahun drpd nya..tak mungkin dia berkawan lebih drpd kawan biasa...

tapi apabila ditanya adakah nora akan menerima Shahrul sekiranya dia melamar Nora...
Pastu Nora cakap Apa salahnya..aha..mana satu nie..suka ke tak.. :P

apa-apa pun Shahrul nie jauh lebuh hensem drpd Jejai...cume Shahrul nie dikatakan pernah bercinta dengan Wangi Fabulous Cat,dan suka melibatkan diri dgn artis2 wanita...

ermmm,jgn playboy sudah..


"Tapi percayalah, hubungan kami tidak lebih daripada itu. Lagipun dia lebih muda daripada saya. Dia berusia 22 tahun dan saya pula berusia 25 tahun. Tak mungkin saya akan berkawan dengan dia lebih daripada itu," katanya.

Dia bagaimanapun terkejut apabila mendapat tahu bahawa gambarnya bersama S sudah pun diperolehi oleh beberapa wartawan hiburan?

"Bagaimana wartawan boleh dapat gambar-gambar tersebut? Tapi, seperti mana yang saya katakan awal tadi, saya dan dia hanya kawan. Kami ambil gambar-gambar tersebut pun atas dasar kawan-kawan saja," katanya.

Itu kata Nora? Bagaimana pula S sendiri? Sebabnya di dalam Blackberrynya penuh dengan gambar-gambar Nora. Seolah-olah dia cukup menyanjungi Nora?

Terdiam sejenak Nora mendengar soalan itu.

"Yang itu saya pun tak tahu nak komen apa-apa. Sebab, saya tak tahu menahu yang gambar saya bersama dengan dia banyak ada di dalam blackberrynya," katanya.

Ditanya barangkali jejaka tersebut mearuh perasaanya terhadapnya, Nora menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Saya tidak fikir begitu," katanya.

Okey, katakanlah dia menyukai Nora dan menyatakan rasa cintanya, adakah Nora akan menerimanya?

Sekali lagi Nora terdiam sejenak. Tapi kemudian menjawab: Ya, kenapa tidak. Dia seorang yang baik dan kalau saya rasa serasi dengan dia, apa salahnya," katanya.

Dalam pada itu, Nora memberitahu, dia sibuk dengan menjalani beberapa penggambaran drama ketika ini.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-