Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Tuesday, August 24, 2010

Kisah Benar: Suami yang tidak romantik ,menyebabkan isteri ingin minta cerai"

Share








BIASANYA saya dengar suami mengeluh kerana isterinya tak romantik setelah berkahwin dan mempunyai anak. Dengan alasan tersebut mereka akan mencari orang ketiga untuk mengisi kekosongan di hati.

‘‘Jadi saya nak tanya pembaca semua jika keadaan terbalik, suami pulak tidak romantik setelah berkahwin dan mempunyai anak, apakah patut si isteri mencari pengganti baru atau kekasih untuk mengisi kekosongan di hati?’’ Demikian pertanyaan Norjaslina dalam emelnya kepada penulis.

‘‘Suami sering menyalahkan isteri tak romantik, tak pandai layan suami, tak tahu bersolek, badan berbau, pakaian di rumah buruk. Semua masalah itu menjadi punca mereka cari kekasih. Tetapi pada saya suami juga teruk perangai serta busuknya bau badan mereka.

‘‘Macam suami saya, sejak mula bercinta macam nak matilah kita raikan hari lahirnya, dia haram tak pernah ingat hari lahir saya. Alasannya terlupa. Waktu bercinta apa juga alasannya saya terima. Kerana sayang konon.

‘‘Tetapi sekarang dah lebih 10 tahun berkahwin, alasannya masih sama juga. Percaya tak kalau saya katakan dia tak pernah belikan saya hadiah langsung untuk hari lahir saya. Bila saya tanya dia kata buat apa membazirkan duit.

‘‘Suami saya Fikri ni bukan setakat lupakan hari lahir saya, ulang tahun perkahwinan pun dia tak pernah ingat. Bila saya tanya tak ada kad ke dia kata, ‘‘Buat apa beli kad mulut ada ucaplah sendiri!’’ ‘‘Sekarang saya nak dengar ucapan dari mulut abang!’’ Dia kata, ‘‘awak dah ingat tu kira samalah tu’’ Aduh sakitnya hati.

Begitulah hati dan perasaan Fikri sejak dari mula kami kahwin hinggalah sekarang. Agaknya kalau panjang jodoh kami sampai saya mati pun dia tak akan belikan alasannya terlupa.

‘‘Biasanya tiap-tiap tahun saya akan ajak dia makan kat luar atau saya masak special untuk raikan ulang tahun perkahwinan kami, dia boleh tanya: ‘‘Buat apa makan kat luar. Saya pulak terpaksa bagi tahu hari ini ulang tahun perkahwinan kita.

Istimewa

‘‘Hairannya bila saya raikan hari lahirnya dia tak kata pun membazir bila saya beri dia hadiah istimewa. Dia kata terima kasih. Senyum sampai telinga.

‘‘Sekarang bila anak-anak dah besar bila saya ingatkan dia hari lahir saya, maka dia akan panggil anak-anak suruh nyanyi lagu selamat ulang tahun. Lepas tu dia akan buat ucapan menyakitkan hati saya, ‘‘dah semakin tua you sekarang ya’’.

‘‘Bila saya tanya mana hadiah dia akan membebel, tak ada duit. Kalau saya minta hadiah juga dia akan hulur duit RM30 atau RM50. ‘‘Hah awak ambillah duit ni belilah hadiah apa awak suka.

‘‘Saya bukanlah romantik sangat, tetapi saya akan periksa apa keperluannya, sama ada dia perlu baju baru, tali leher, pewangi, kasut atau apa sahaja yang dia suka. Bila dapat hadiah senyum sampai telinga.

‘‘Tapi kalau raikan hari lahir saya dan anak-anak dia mula kata membazir. Bukan saya buat minta duit dia. Tambah pelik dia tak pernah ingat hari lahir anak-anak apa lagi saya. Agaknya dia kedekut, takut kami minta belikan hadiah.

‘‘Mulai tahun ini saya dah buat keputusan muktamad, saya tak akan raikan hari lahir Fikri lagi, kerana dia tak pernah ingat hari lahir saya atau ulang tahun perkahwinan kami. Tapi untuk anak-anak saya akan tetap raikan, bukan nak buat parti besar-besaran, cukup sekadar kami anak beranak.

Pada saya meraikan hari lahir atau ulang tahun perkahwinan adalah untuk menimbulkan rasa ceria dan gembira dalam keluarga.

‘‘Kesan daripada tindakan saya tidak meraikan hari-hari yang bermakna ini mungkin perasaan kasih sayang antara kami semakin jauh, cinta kami semakin hambar dan jiwa saya semakin kosong. Jadi apa lagi yang tinggal kalau jiwa dah hambar dan tidak menggembirakan lagi?

‘‘Kebanyakan suami berfikiran apabila sudah jadi isterinya sama ada suka atau tidak wanita itu akan terus jadi isterinya. Jadi tak payahlah nak jaga hati dan perasaan isteri. Pada saya itu satu perangai buruk suami tak tahu menilai dan menjaga hati isteri.

‘‘Satu lagi perangai buruknya tak suka kalau kawan atau jiran kita datang ke rumah dia akan tunjukkan perangai buruk menengking dan memarahkan anak-anak dengan suara amat kasar depan tetamu.

‘‘Tujuannya supaya kawan saya segera balik, jadi tak dapatlah saya nak berbual dengan tetamu. Pernah Fikri kata kawan pejabat habis kat pejabat, jiran cukup sekadar bertanya khabar bukan nak datang ke rumah mengganggu aja. Itulah perangai buruknya membuat jiwa saya lebih tertekan .

‘‘Sebenarnya banyak lagi perkara buruk yang dilakukannya yang membuat jiwa saya tertekan. Hingga sampai satu peringkat saya fikir lebih baik saya tak ada suami, namun untuk menjadi ibu tunggal dengan 3 orang anak bukan mudah, sebab itu saya terpaksa sabar dengan perangai buruknya. Tapi sampai bila saya mesti sabar?’’

Demikian cerita Norjaslina panjang lebar tentang masalah yang dihadapi.

Namun apabila berdepan dengan suami seperti ini, peranan isteri amat penting, cuba cari dan fikirkan perangai baik yang tersembunyi dalam diri suami anda yang perlu anda beri pujian, lama kelamaan mungkin dia boleh berubah, semoga anda terlepas daripada tekanan yang menyiksa jiwa.


Sensasi:haaa.memang sakit jiwa dibuatnya bila dpt lelaki yang mcm nie kan..mcm2 perkara romantis yang dilakukan isteri utk suami agar suaminya rasa disayangi dan dihargai,si isteri berusaha menerima si suami seadanya,manala tahu satu hari nanti si suami menyedari kesilapannya..

Mula2 bercinta,setahun dua memangla boleh tahan lagi,tapi kalau dah bertahun2, makan hati juga,tengok org lain semua lelaki pujuk,belikan hadiah,tengok pula cerita2 berunsurkan mutual feeling dimana pasangan itu saling mencintai dan cuba menjaga hati pasangan masing2 (mcm Marshall dan Lily dalam siri sitkom "How I met Your Mother" ,sensasi suka konsep kedua2 mereka saling menghormati,menjaga hati,setia,enjoy each other company,tak buat sambil lewa dan berusaha untuk hidup berjaya bersama pasangannya)


Lelaki yang ego sgt,walaupun perempuan tue,nangis2 ke,tulis surat ke,tulis emel ke,luahkan perasaan sedih,kecewa, ingin dimanjakan,ingin hubungan romantis,cuba memulakan satu perbualan utk memulihkan hubungan mereka,tetapi ditolak,tidak dipedulikan mentah2,..senang je lelaki tue ckp, "i memang tak romantik nak buat mcm mana?"..menyebabkan jiwa wanita itu memberontak...disinilah kecurangan boleh berlaku..


masa tue baru la si lelaki tue terhegeh2 ...huhu...pastu masyarakat cuma tahu menilai,curang itu salah,tp tak pernah tahu seksa jiwa wanita itu..

Pendek kata dalam setiap hubungan mestilah ada sikap saling menghormati ,menyayangi,berusaha,saling toleransi,give and take..jangan take take take je..
kalau tak mampu berbuat begitu jangan salahkan pasangan anda kalau si dia berubah hati..sekian..terima kasih

1 comment:

Anonymous said...

minta izin nk share ye!

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-