Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Thursday, August 19, 2010

Kenangan Zaman Friendster

Share







ingat tidak zaman-zaman friendster dahulu?? okay, bukan dahulu la.. sekarang pun ada yang main permainan itu semua.. lagi.. boooo siapa yang main friendster, booooo.. cehh, aku dulu pun hari-hari buka friendster..

aku bukan benci friendster ke apa.. cuma tadi aku teringat tentang friendster.. iaitu zaman yang kamu boleh bangga yang kamu sebenarnya tahu menggunakan internet.. sebab dulu dekat skolah orang selalu tanya,

"kau ada friendster tak?"

dan bila kamu jawab,

"oh, apa tu?"


kamu adalah loser.. jadi jawapan yang terbaik adalah,

"ya, saya ada friendster.."

sambil buat muka riak.. sebab masa itu tak ramai yang ada friendster.. kalau ada pun, dia letak gambar digimon la, barbie la, biskut la, tin la dan bermacam-macam lagi benda bukan hidupan.. tapi, apa yang menarik tentang friendster dahulu, bukannya gambar-gambar penggunanya, tetapi lebih kepada nama penggunanya..

aku ingat lagi, aku sedang chat dengan rakan baru aku tentang friendster dia,

"weh, kau ada friendster tak? nak add.."

dia jawab,

"oh ada-ada.. add lah.."

aku balas balik,

"tapi, kau guna nama apa dekat friendster?"

dia jawab balik,

"mISs CuTeyzz"

okay, nama sumpah comel.. comel sampai seluar nak tertanggal.. itu salah satu nama yang menarik.. ada lagi,

"baby cayunk, iena mucuk, ita slimz, ira cuns, kitewcintewdiew"

dan banyakkk lagi.. tapi kan, apa yang tidak menarik tentang mereka semua adalah, tidak ada seorang pun yang melambangkan nama mereka.. maksud aku, bila nama dia ira cuns, dia langsung tak cun.. bila nama dia miss cuteyzz, dia tak ada lah cute pun.. dan bila nama dia ita slimz, sumpah wehhh, sumpah dia tak slim..

tapi bila nama dia iena mucuk, agak-agak dia betul-betul mucuk tak?? oh, sebelum itu, mucuk itu apa ya??



credit to Fatul A.R
memanglah cute tp tak gay... :P

Fatul sgt sempoi dan funny..

1 comment:

bripbrip said...

1st ahaks

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-