Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Friday, August 20, 2010

Kanak-kanak yang disimbah asid rindu ayah

Share







Sensasi:Kesian kat kanak-kanak nie..dahla baru je berumur 8 tahun,merindui ayahnya yang ditangkap polis kerana menyebabkan kecederaan pada isteri,ibu mertua dan anak anak...

Mesti ayah dia akan tersentap kalau dpt tahu anak yg dicederakan masih syg dan merinduinya walaupun dia telah mengakibatkan kecacatan pada anaknya sendiri..

Lelaki di luar sana..please control your baran..marah itu disukai syaitan...dan marah yang tidak dikawal amat memudaratkan...






“Lin rindu ayah.” Itulah luahan Lin atau Nurul Dahyatul Fazlinda Khalid, 8, yang menjadi mangsa simbah asid akibat perbuatan ayahnya sendiri.

Walaupun ramai menganggap selepas kejadian di Kampung Sekayu, Hulu Terengganu Ahad lalu, Lin akan membenci ayahnya namun ia tidak berlaku malah Lin yang melecur di bahagian muka dan badan sentiasa merindui ayahnya dan begitu sedih selepas mengetahui lelaki itu telah ditahan polis.

Ibunya yang turut cedera dalam insiden tersebut, Che Ku Zaimah Che Ku Awang, 28, berkata, Lin paling rapat dengan ayahnya sebelum kejadian dan pada hari pertama dan kedua selepas kejadian, Lin menangis bila nama ayahnya disebut.

“Semalam (kelmarin), bila dia baca surat khabar tentang berita penahanan ayahnya, dia beritahu dia mula rindu (pada ayahnya),” katanya ketika ditemui selepas menerima lawatan Ketua Wanita UMNO negeri, Fatimah Hamat dan Skuad Sayang Wanita UMNO di Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini semalam.

Pada kejadian 15 Ogos lalu, Che Ku Zaimah melecur di bahagian muka dan tangan selepas terkena asid yang dibawa seorang suspek.

Turut melecur ialah dua orang anak mangsa iaitu Lin dan Mohd. Irfan Firdaus, 2, serta ibu mentua suspek, Minah Omar, 56

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-