Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Saturday, August 14, 2010

Jokes:Lawak Menteri,Ajoi dan Wanita curang

Share







Lawak 1 : Menteri di pameran lukisan

Suatu hari seorang menteri di sebuah negara Ntahdimanantah , dijemput untuk merasmikan satu pameran lukisan-lukisan.

Dah la buta seni, terlupa pulak bawa cermin mata maka terpaksa dia bawa pemandunya mengiring beliau.

Menteri : “Wah, lukisan ini bagus. Gambar ikannya benar-benar hidup.”

Pemandu: “Shttt… Jangan kuat-kuat Datuk. Itu gambar buaya.”

Kemudian mereka berpindah ke lukisan lain.

Menteri: “Gambar gajah ni nampak benar- benar kuat.”

Pemandu: “Shttt… jangan kuat-kuat Datuk. Itu gambar kambing.”

Menteri tu kemudian menahan diri memberi komen sampai ia tiba pada satu sudut ruang pameran dia berkata:

“Wah, kagumnya..Lukisan Gorila nya nampak betul-betul hidup.!”

Pemandunya terdiam kejap dan berkata:

“Pssttt…. Jangan kuat-kuat Datuk. Itu cermin!”

Lawak 2 : Alasan Ajoi

Ada seorang pelajar yang sangat malas ke sekolah. Sebut saja namanya Ajoi. Ketika dia datang, guru dia bertanya

Guru : “Ajoi, kenapa kamu tak datang ke sekolah semalam?”
Ajoi : “Saya tak datang kerana hujan, Cikgu.”
Guru : “Oooo, kalau hujan tidak berhenti selama 1 bulan, macamana Ajoi ?”
Ajoi :” Kalau hujan tak berhenti sebulan – banjir besar la cikgu..”

Lawak 3 : Wanita curang

Seorang wanita curang kpd suaminya dan bercinta doktor gigi.

Doktor : “Sayang, sudah masanya kita tidak boleh berjumpa lagi, kalau tidak suami You tau perhubungan kita”

Wanita : “Rilek sayang, suami i tu bodoh. Buktinya sudah 6 bulan kita berjumpa tapi dia tidak pernah curiga kalau I sering bagi alasan pergi ke klinik gigi nih”

Doktor : “Iya sayang, tapi sekarang gigi You tinggal satu”

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-