Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Friday, August 20, 2010

Ikuti Perbicaraan Kes Cerai Roslin Hashim , sangat-sangat mencurigakan.

Share







Sensasi:anda baca la sesi Soal Jawab dalam proses perceraian antara Roslin dan Norhayati...Nampak sgt kantoi disitu...

sebelum check in hotel smpt,makan durian,menunggang kuda,jalan2 berdua okey...
memula nak kelentong ckp dari pukul 7petang jumpa Raja Azmi..rupa2nya dah berspend time bersama sejak pukul 3ptg..

Pada mulanya Roslin kata pergi ke hotel dengan keizinan Jailani..

kalau bagi keizinan bleh la nak masuk hotel sekali?aduyai..Sandiwara apakah ini?


kemudian Jawapannya kantoi apabila peguam tanya naik kenderaan bersama?,Roslin jawab Ya...pastu katanya dia nak balik tak bercadang tido kat hotel tue ...tp kalau fikir secara logik..
kalau naik kereta yang sama ,dia balik,then Raja Azmi nak balik camana?

hmmm...entahla...anda pikirkanlah sendiri...





Pasangan itu bernikah pada 9 Julai lalu di Hotel Flamingo, Ampang.ZULKARNAIN: Pada 7 Ogos 2010, kamu berada di mana?

NORHAYATI: Saya berada di dalam bilik 533 Hotel Corus, Jalan Ampang.

ZULKARNAIN: Siapa lagi ada bersama kamu ketika itu?

NORHAYATI: Dua adik saya, Arif Rafhan dan Arif Fauzan.

ZULKARNAIN: Siapa lagi?

NORHAYATI: Jailani Sidek dan Raja Azmi Raja Sulaiman serta defendan (Roslin)

ZULKARNAIN: Apa berlaku sebelum lafaz?

NORHAYATI: Kami tidak bertengkar, cuma berdebat.

ZULKARNAIN: Pada masa itu kamu dengar lafaz cerai itu?

NORHAYATI: Ya, defendan lafaz ‘I cerai youlah (saya ceraikan kamu)’.

ZULKARNAIN: Bagaimana keadaan defendan ketika itu?

NORHAYATI: Dia dalam keadaan sedar, siuman, tenang, duduk di kerusi

ZULKARNAIN: Apa soalan kamu?

NORHAYATI: Saya mahukan jawapan. Ketika itu saya bertanya dalam bahasa Inggeris ‘I want your decision now’ (Saya mahukan jawapan awak sekarang). Selepas itu dia lafazkan.

ZULKARNAIN: Pada masa itu kamu mengandung?

NORHAYATI: Saya suci dan tidak mengandung.

ZULKARNAIN: Ada lakukan hubungan kelamin sepanjang perkahwinan?

NORHAYATI: Ada.

Sementara itu, Roslin ketika menjawab soalan Roslizam berkata, ketika dia melafazkan talak terhadap isteri, keadaan di dalam bilik itu tegang dan dia tertekan serta marah sehingga mengeluarkan lafaz itu.

“Ketika itu saya pergi ke bilik hotel itu, tetapi saya tidak bersama Raja Azmi di dalam bilik. Memang benar dia (Raja Azmi) daftar masuk, tetapi saya pergi dengan keizinan Jailani. Dalam lima hingga 10 minit Jailani menghubungi saya dan bertanya sama ada saya di hotel, saya katakan ya. Jailani meminta saya pulang kerana dia mahu bertemu isterinya di hotel itu.

“Kemudian saya dengar pihak keluarga isteri datang ke hotel untuk menangkap saya kerana bersekedudukan dengan Raja Azmi. Saya marah kerana sepatutnya dia (Norhayati) berbincang dengan saya dan jika dia syak saya mempunyai hubungan dengan Raja Azmi, dia sepatutnya bertanya dengan saya dan bukan menghubungi Jawi dan media untuk tangkap saya,” katanya.

Roslin mendakwa hubungan dia dengan Raja Azmi rapat seperti keluarga sejak 12 tahun lalu macam seperti hubungan seorang kakak atau ibu dan begitu juga Jailani.

“Ketika Norhayati sampai di hotel saya berada di luar dan kembali semula dalam 20 hingga 30 minit selepas itu ke bilik. Saya lihat Norhayati, Raja Azmi dan Jailani berdebat mengenai sesuatu yang mereka tidak puas hati.

“Dia (Norhayati) tanya saya ke mana, saya kata di luar, saya tidak ada di situ. Selepas itu Norhayati paksa saya jelaskan. Saya rasa aib dan maruah saya tercemar,” kata Roslin.

Sementara itu ketika menjawab soalan balas daripada Zulkarnain, Roslin mengakui biarpun berasa dipaksa, tetapi Norhayati tidak menggunakan senjata sehingga boleh menyebabkan nyawanya terancam.

ZULKARNAIN: Tadi kamu kata tidak ada siapa paksa kamu ceraikan kemudian kamu kata Norhayati paksa, bagaimana?

ROSLIN: Memang diikutkan paksa. Dia (Norhayati) tanya macam-macam dan banyak kata-kata yang keluar. Malah, ibu dia juga meminta saya menceraikan dia. Keadaan tertekan dan tegang, terus saya lafazkan.

ZULKARNAIN: Kamu beritahu tadi pergi ke hotel dengan Raja Azmi, adakah satu kereta dengannya?

ROSLIN: Ya.

ZULKARNAIN: Kamu bersama dengan Raja Azmi dari jam berapa?

ROSLIN: Tidak pasti mungkin dari jam 7 malam.

ZULKARNAIN: Setuju saya cadangkan kamu bersama Raja Azmi dari jam 3 petang, makan durian dan ada aktiviti menunggang kuda di Kemensah (Hulu Klang)?

ROSLIN: Sampai ke situ?

ZULKARNAIN: Jawapan kamu?

ROSLIN: Ya.

Pada peringkat itu, Roslizam bangun membantah soalan itu dan hakim meminta soalan ditumpukan kepada kejadian cerai.

ZULKARNAIN: Selepas Raja Azmi daftar masuk kamu berada di mana?

ROSLIN: Di luar kawasan hotel kerana saya ada urusan sedikit.

ZULKARNAIN: Selepas itu bila kamu mahu balik atau kamu mahu bermalam di hotel?

ROSLIN: Masa itu (sekitar jam 8) saya mahu balik.

Mahkamah menetapkan 1 September ini untuk pihak plaintif mengemukakan hujah dan pada 22 September depan untuk pihak defendan.

Sebelum ini, Roslin pernah menggemparkan negara apabila perkahwinan pertama bersama Faizah Mohamad, 32, hanya bertahan 12 hari selepas bernikah pada 30 Januari tahun lalu.

3 comments:

Anonymous said...

buat malu jaa.

Anonymous said...

macam s#al punye jantan.... PENGUMUMAN...
wanita2 waras kat luar anda di haramkan bernikah ngan jantan dayus ni harap maklum..

Anonymous said...

kalau taknak difitnah, elakkan buat benda yang mencurigakan. tu lebih bagus. ulut tempayan nak tutup2. lagi satu, meskipun dah rapat macam family, sendiri mau ingatlah. berpada2lah. okay? malaysia boleh. sekian~

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-