Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Thursday, August 12, 2010

Gambar Terkini Kematian Bekas ADUN Dan Pembantu.. Anda Tentu Boleh Buat Kesimpulan Siapa Bunuh Siapa Dan Siapa Yang Bunuh Diri?

Share











Kematian misteri bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Datuk Abdul Aziz Mohd Noor dan bekas pembantu peribadinya, Siti Rohana Ismat dengan kesan tembakan di kepala, minggu lalu, diklasifikasikan sebagai bunuh dan bunuh diri.

Sehubungan itu, polis menyifatkan siasatan kes itu selesai dan sedang mengemas kini kertas siasatan untuk dihantar ke Pejabat Peguam Negara.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata keputusan itu dibuat selepas polis menyoal siasat lebih 15 orang, termasuk saksi dan ahli keluarga kedua-dua mangsa.

Hasil siasatan dan keterangan saksi menjurus kepada bunuh dan bunuh diri. Berikutan itu, kita anggap siasatan kes itu selesai, katanya tanpa enggan mengulas siapa yang melakukan pembunuhan dan siapa yang membunuh diri.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pelancaran dan Perasmian Sistem Anti-Hijack di sini, semalam.

Mayat Abdul Aziz dan Siti Rohana ditemui di tempat duduk bahagian depan Toyota Caldina milik wanita itu selepas terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Kilometer 455.7 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran susur keluar Sungai Buloh dekat sini, kira-kira jam 11 pagi, 3 Ogos lalu.

Abdul Aziz yang memandu kereta itu ditemui dengan satu kesan tembakan di bahagian kanan kepala, manakala Siti Rohana ada dua kesan tembakan iaitu di rusuk dan kepala bahagian kanan. Polis turut menemui sepucuk revolver .38 yang masih berisi dua peluru kepunyaan Abdul Aziz di celah tempat duduk pemandu.

Abdul Aziz adalah ahli jawatankuasa Umno Bahagian Tanjung Karang manakala Siti Rohana adalah Naib Ketua Wanita Umno bahagian itu. Ketika kejadian, mereka dipercayai dalam perjalanan ke Tanjong Karang untuk menghadiri satu program rasmi Umno.

Ditanya motif pembunuhan dan bunuh diri itu, Khalid menjawab: Polis sudah mengenal pasti motif kejadian itu, namun tidak menjadi keperluan untuk dihebahkan kepada umum kerana ia hanya membabitkan kedua-dua mangsa.

Tiada suspek atau individu mahupun orang ketiga terbabit dalam kejadian itu.

Berikutan itu, Khalid meminta semua pihak supaya tidak membuat sebarang andaian atau spekulasi mengenai kes berkenaan.

Beliau berkata, kertas siasatan itu akan dihantar kepada timbalan pendakwa raya dalam tempoh terdekat, untuk memutuskan tindakan susulan.

3 comments:

Anonymous said...

lelaki bunuh perempuan kemudian lelaki bunuh diri, sebab jika tidak membabitkan org ketiga, bermakna lelaki memegang pistol di tgn kanan dan menembak kepalanya kerana kesan tembakan kepala sebelah kanan, mana mungkin perempuam boleh menembak.

encHIx laNDax said...

erm...no comment..tapi ape sebab dia bunuh diri kat tgh2 hiway kan?

Iris said...

Yaps tak masuk akal nak bunuh diri tgh tgh jalan raya. Lebih logic kalau dia bunuh, lepas tu dia berhentikan kereta di tepi jalan lalu bunuh diri dia. Very fishy.

Just my 2 cents.

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-