Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Monday, August 16, 2010

Empat sekeluarga disimbah asid di bulan Ramadhan

Share









Sensasi:Oh my God....teruknya bapak dia...sanggup simbah asid kat Isteri dan anak-anak..apa nak jadi nie?manusia semakin lama semakin kejam mengalahkan haiwan..



KUALA TERENGGANU - Seorang wanita tidak menyangka suaminya sanggup membawa asid untuk mengugutnya mendapat wang sehingga menyebabkan dia tiga beranak dan ibunya melecur di Kampung Sekayu, Hulu Terengganu semalam.

Dalam kejadian pada pukul 1.45 pagi itu, suspek dipercayai bertindak demikian kerana berang dengan keputusan mangsa yang telah berpindah pulang ke rumah ibunya dan dalam proses memohon penceraian dengan suspek.

Semasa kejadian suspek didakwa memecah masuk rumah ibu mangsa dengan membawa bersama sebungkus plastik mengandungi cecair asid.

Kehadiran suspek mencetuskan pertengkaran dengan mangsa sebelum mangsa cuba merebut bungkusan asid itu dan menyebabkan cecair itu terkena mangsa.

Tindakan suspek itu menyebabkan mangsa Che Ku Zaimah Che Ku Awang, 28, cedera di muka dan kedua-dua belah tangan serta bahagian belakang badan.

Turut melecur dua orang anak mangsa, Nurul Dahyatul Fazlinda Khalid, 8, dan Mohd. Irfan Firdaus, 2, serta ibunya, Minah Omar, 56. Masing-masing melecur di beberapa anggota badan.

Paling teruk, Nurul Dahyatul yang mungkin hilang deria penglihatan apabila seluruh muka sehingga paras dada kanak-kanak itu terkena asid.

1 comment:

haninaluna said...

Owh.. ntah brapa byk la lelaki yg kurang waras skg ni? Wahai lelaki, suami, ayah.. amiklah iktibar.. Apa2 pown sabar plg utama.. (hurm, majority kes ni bila si suami pnagih dadah.. huhuhuuuu)

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-