Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Thursday, August 12, 2010

Ellen Degeneres Undur diri,Kara Dioguardi dipecat,Juri American Idol diganti J.Lo dan Steven Tyler

Share







Bikin panas kerusi panel juri untuk American Idol musim yang terbaru. Setelah Ellen Degeneres mengumumkan tentang pengunduran beliau dari menjadi panel juri dan pemecatan Kara DioGuardi untuk program tersebut, kini kerusi panel juri untuk American Idol musim yang ke-10 akan diisi oleh dua nama yang agak besar didalam industri muzik di Hollywood.

Jennifer Lopez (J. Lo) dan vokalis kumpulan Aerosmith iaitu Steven Tyler akan mengisi kekosongan kepada dua kerusi yang pernah dipanaskan oleh Simon Cowell dan Ellen DeGeneres pada musim-musim yang lalu. J. Lo dilaporkan sudah pun bersetuju manakala Steven pula dikatakan menunjukkan reaksi yang positif untuk menjadi sebahagian dari panel juri untuk program realiti televisyen yang mempunyai fenomena luarbiasanya yang tersendiri.

Gosip tersebar luas tentang pemecatan DioGuardi dari program tersebut, tetapi DioGuardi menjelaskan bahawa kesibukan dirinya dengan agenda lain membuatkan yang dia tidak mampu memberi komitmen kepada program itu lagi. DioGuardi yang telah menyertai program tersebut sejak dari tahun 2008 lagi sudah menyatakan kepada pihak produksi sejak dari musim yang lalu tentang kepadatan agenda dan jadualnya itu.

Sementara itu, gitaris kumpulan Aerosmith iaitu Joe Perry telah menyatakan perasaan tidak puas hatinya terhadap Tyler apabila Steven dikatakan tidak berbincang langsung dan tidak memberitahu tentang pembabitannya didalam American Idol musim terbaru nanti. "Saya mendapat tahu dari internet, seperti masyarakat lain di dunia", jelas Perry kepada The Boston Herald.

"Setelah berkerja lebih 40 tahun dan dia (Tyler) sendiri tidak memberitahu saya tentang perkara ini? Kenapa begitu berahsia? Kami diberitahu yang pembabitannya itu sudah dipersetujui dan jika betul, ini akan menjejaskan karier kami semua", tambahnya lagi. Perry menceritakan yang tiada seorang pun ahli kumpulannya mengetahui tentang perkara itu dan dia menegaskan bahawa ini bukanlah sebuah isu kecil.



"Saya memang layaklah untuk duduk dekat kerusi American Idol musim ke-10 tu..."

"Saya tak sabar ni nak mengutuk macam ala-ala Simon Cowell memandangkan
saya ambil kerusi dia..."

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-