Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Thursday, August 12, 2010

Bung Moktar terlepas hukuman penjara

Share








Masa nak berpoligami, tidak pula difikir kesan pada masa akan datang. Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin hari ini telah terlepas daripada hukuman penjara yang dikenakan pada Mei lalu selepas Mahkamah Tinggi Syariah menerima rayuannya.

Hukuman tersebut dikenakan terhadapnya apabila didapati bersalah berpoligami tanpa kebenaran. Ketua Hakim Syarie Selangor Mukhuddin Ibrahim memerintah Bung Moktar untuk membayar denda RM1,000.00 dan jika gagal berbuat demikian, akan dikenakan penjara enam bulan.

Bung Moktar,51, didapati bersalah berpoligami tanpa kebenaran mahkamah dengan pelakon Izette A. Samad atau lebih dikenali sebagai Zizie Ezette, 31.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 124 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003 yang boleh membawa hukuman denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-