Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Tuesday, August 24, 2010

Awal Ashaari seorang yang gentleman buatkan Scha jatuh hati

Share










Pelakon yang laris ketika ini, Scha Al-Yahya, 27, sudah bersedia untuk berkongsi hidup dengan pengacara TV popular, Ahmad Awalluddin Ashaari atau Awal Ashaari, 29.

Kata Scha, sebaik saja mereka sah dilamun cinta tujuh bulan lalu, dia mula bersikap terbuka dengan media menyatakan perkara sebenar antara dia dan Awal.
“Segalanya sudah sahih dan tiada sebab lagi untuk saya menyembunyikan hubungan kami. Apabila ada yang bertanya lebih baik saya berterus terang saja. Hati juga lebih tenang dan lapang dada.

“Tidak perlu lagi saya me­ngeluarkan kenyataan masih mengenali hati budi dan sebagainya sebagai senjata untuk melindungi perkara sebenar. Bila berjalan berdua sekarang, tiada lagi yang membuat pelbagai spekulasi kerana sudah tahu kami memang bercinta,” katanya ketika ditemui pada majlis Raya Media Screening Astro, baru-baru ini.

Mengenai cinta yang berputik, Scha mengakui mula menge­nali Awal ketika menyertai Pertandingan Dewi Remaja dan mula rapat sebelum mengacarakan program Sehati Berdansa bersama Fahrin Ahmad.

kalau tengok kat dlm gambar nie pun wajah scha lebih serasi dengan Awal kan..


“Sebenarnya saya berpisah dengan Fahrin pun sudah lama, cuma ramai tidak tahu. Awal melayan wanita dengan baik dan perangainya yang lembut membuatkan dia sangat memahami hati perempuan.

“Saya suka membebel manakala Awal pula lebih banyak mendengar daripada berkata-kata. Kami juga berkongsi minat sama seperti suka membeli-belah.


“Saya juga berhasrat mempu­nyai anak sebelum berusia 30 tahun dan umur saya sekarang sudah menjangkau 27 tahun. Awal juga bercadang untuk berkahwin menjelang umurnya 30 tahun. Justeru, dalam perkara ini kami sudah sepakat untuk menamatkan zaman bujang masing-masing dalam masa terdekat dan sedang mencari tarikh sesuai.

“Emak saya juga tidak mahu kami bertunang lama. Dia mahu sehari selepas bertunang kami terus dinikahkan,” katanya.

Menjadi kebimbangan sesetengah artis khuatir populariti merudum apabila inai sudah merah di jari. Apatah lagi Scha dan Awal sedang berada
di puncak kemasyhuran.

Akui, Scha, ada juga terselit rasa bimbang tetapi, katanya, dengan berkahwin dia sudah melakukan perkara yang dituntut agama dan dengan perkahwinan ini ia menyelamatkan dirinya ­­

di dunia dan akhirat. Selebihnya diserahkan kepada Allah s.w.t.


Sensasi:Yeah lelaki yang gentleman dan pandai mengambil hati perempuan memagla disukai dan digemari oleh perempuan berbanding lelaki yang tidak romantik dan panas baran pula..

Sebenarnya hati perempuan nie (ayat cliche/basi) mcm kerak nasik jer,sekeras2 manapun akhirnya boleh lembut ..sebab apa,perempuan nie mempunyai nilai sentimental yg tinggi..

Bila berseorangan,si perempuan biasanya akan teringatkan kelakuan,sikap manis ,kesungguhan dan keikhlasan seseorang lelaki tue..Lelaki yang take woman for granted adalah not worth it..
dan wanita yang sayang gila vavis kat lelaki yg tidak menghargai wanita itu boleh berubah hati sebab bila dia bersorangan dia asyik teringat yg lelaki tue xpernah cuba mengambil hatinya,dan melihat pula cerita2 romantik dlm tv,menyebabkan dia rasa tak bahagia.....

So lelaki2 yang tak romantis di luar sana,belajar la jadi romantik ,jangan biar isteri anda kecewa dan mula meragui hubungan itu..wanita sering bertanya pd diri sendiri,bahagiakan aku dgn pasangan aku skrg nie??

tak perlula romantik sampai skema sgt..tapi romantis dgn ayat,perbuatan,pujukan,usaha..lelaki juga tidak boleh mengeluarkan kata2 kesat dan mencarut kat perempuan..tak sopan sungguh..apatah lagi nak pukul...sesekali tinggikan suara itu perlu utk membimbing tetapi jangan sampai mengguris perasaannya..hmm tue je la sensasi nak ckp..

1 comment:

luv2612 said...

stuju ngan sensasi.Lelaki x payah hensem..yg penting tahu agama, caring,gentlemen, baik hati tu pun dah cukup..hubby saya x hensem muka tp hensem perangainya.syukur sangat.

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-