Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Thursday, August 5, 2010

Adun Permatang dan Pembantu peribadinya yang mati ditembak dikepala

Share










Sensasi:Dasyatnyerrr....misteri sungguh kematian Adun Permatang nie.Menurut Polis,mereka percaya tidak wujud org ketiga dalam kes ini.Sebutir peluru dijumpai dalam kepala Adun Permatang ,manakala dua butir peluru dalam kepala pembantunya,iaitu seorang Janda beranak empat...masalah sekarang nie,siapa yang tembak siapa.Mungkin polis yakin tak wujud org ketiga sebab cermin kereta tertutup dan tak pecah pun..

Mula-mula,org ramai menyangkakan bahawa Adun tue kemalangan dan meninggal,tapi bila diperiksa polis,rupanya dah kene tembak dulu baru la kemalangan..

tragis,extreme ...lepas membunuhbunuh diri pulak..so tunggu je siasatan polis untuk merungkai misteri ini.


SUNGAI BULOH - Sepasukan polis trafik semalam menyangka kemalangan maut melibatkan sebuah kereta Toyota Caldina berwarna putih dinaiki dua individu yang berlaku di Kilometer 455.7, Lebuh Raya Utara-Selatan selepas susur Sungai Buloh sebagai kemalangan biasa.

Bagaimanapun, sangkaan mereka meleset apabila mendapati bukan sahaja mangsa yang maut dalam kemalangan pukul 11 pagi itu sebagai orang penting, malah dipercayai terdapat unsur jenayah apabila melibatkan senjata api.

Sehubungan itu, ia ibarat misteri yang menyelubungi kematian bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Selangor, Datuk Abdul Aziz Mohd. Noh, 64, bersama pembantu peribadinya, Siti Rohana Ismat, 43, apabila terdapat kesan tembakan di kepala masing-masing.

Abdul Aziz pernah berkhidmat sebagai ADUN Permatang bagi tempoh 2004 hingga 2008 dan kini memegang jawatan sebagai bendahari Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Selangor.

Siti Rohana yang merupakan janda anak empat menetap di Kampung Sungai Gulang-Gulang, Tanjung Karang pula merupakan Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Tanjung Karang. Dia juga dikatakan seorang ahli perniagaan di kawasan tersebut.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-