Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Friday, August 27, 2010

Adakah AC Mizal bakal dipenjara ?keputusan pada 28 Oktober

Share







Sensasi:Nampaknya Shafnie tidak mahu settle di luar mahkamah berikutan kes kegagalan AC Mizal melangsaikan hutang tuntutan nafkah anak2 nya sehingga RM50,000.
Sebelum ini AC Mizal ada memberitahu media bahawa beliau telah melangsaikannya ,namu Shafnie menafikan dan memberitahu mempunya bukti kukuh utk menyangkal dakwaan bekas suaminya itu...

Jadi 28 Oktober ini kedua2 mereka diwajibkan hadir bagi mendengar hujahan kedua dua belah pihak dan mendapat keputusan.

Adakah AC bakal mengikuti jejak Langkah Artis-artis yang pernah mendapat title banduan?

KSemoga kes ini dapat memberi pengajaran dan membuka mata semua lelaki yang malas/pandang ringan/tidak membayar nafkah anak wlaupun hidup dalam serba kemewahan..

Jangan ambil enteng bab membayar nafkah anak sebab benda nie mmg ada dlm undang2 syariah.


27 OGOS 2010: Mahkamah Rendah Syariah Kajang di sini akan memutuskan pada 28 Oktober ini sama ada pengacara AC Mizal wajar dihantar ke penjara bagi kesalahan mengingkari perintah setelah gagal menyelesaikan tunggakan nafkah anak-anaknya berjumlah RM50,000.

Hakim Syarie, Abdul Halim Abdullah menetapkan tarikh itu, semalam, selepas peguam syarie, Mohd. Ridhwan Husin yang mewakili Shafnie dan peguam syarie, Siti Aishah Din bagi pihak AC Mizal mengesahkan telah memfailkan hujahan bertulis masing-masing.

Abdul Halim berkata, beliau akan menilai hujahan daripada kedua-dua pihak serta menimbang sedalam-dalamnya keterangan yang diberikan serta mewajibkan AC Mizal dan Shafnie untuk hadir pada tarikh tersebut.

"Saya mewajibkan mereka berdua hadir pada tarikh dan masa yang ditetapkan dan berharap kes ini telah sampai ke penghujungnya," tegasnya.

Di luar mahkamah, Ridhwan memberitahu pemberita bahawa Shafnie enggan menerima tawaran daripada AC untuk penyelesaian luar mahkamah berhubung kes komital itu kerana menanggap ia tidak munasabah.

"Tawaran itu tidak munasabah kerana duit tersebut tidak sampai kepada anak dan prosiding ini perlu diteruskan, dalam hujahan saya, penyanyi dan pengacara itu wajar dipenjara kerana tidak melaksanakan tanggungjawab dengan baik dan tidak mengikut perintah mahkamah," katanya.

Shafnie tidak hadir di mahkamah pada prosiding hari ini kerana mempunyai urusan penting di Putrajaya manakala AC Mizal hadir ditemani seorang rakan.

Pada 29 Julai lalu, Shafnie menafikan dakwaan pelakon dan pengacara tersebut telah membayar tunggakan nafkah dua anak mereka, Muhammad Shafiq Iman, 14, dan Muhammad Shabil Iman, 11, sebanyak RM50,000 kerana beliau mempunyai bukti bagi menyangkal dakwaan tersebut.

Pasangan itu berkahwin pada 24 Jun 1995 dan dikurniakan dua cahaya mata sebelum bercerai pada 17 Oktober 2001.

Mengikut perjanjian asal, AC Mizal diperintah membayar nafkah dua orang anaknya sebanyak RM2,000 sebulan sehingga kanak-kanak terbabit berusia 18 tahun. Bagaimanapun, bekas pengacara rancangan Akademi Fantasia itu gagal membayar nafkah anak sehingga mencecah RM50,000.

Pada 22 Disember 2004, mahkamah mengeluarkan perintah supaya jumlah tunggakan itu dibayar secara ansuran sebanyak RM200 sebulan dan bakinya akan dibayar melalui potongan gaji daripada akaun bank milik artis itu.

Dia diperintahkan membayar nafkah semasa bagi setiap bulan untuk kedua-dua anaknya sebanyak RM300.

2 comments:

Anonymous said...

pretty cool stuff here thank you!!!!!!!

sensasi said...

Thanks dear.hope u enjoy it :)

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-