Search in my-sensasi !! upgraded

RECENT POST @ Entri Terkini

Monday, August 30, 2010

SM Nasarudin bakal Kahwini Marion Caunter Disember Ini

Share









Marion Caunter bakal berkahwin dengan bos besar Naza KIA, SM Nasarudin Disember ini. Mereka berdua sudah pun bercinta selama 5 tahun. SM Nasarudin berumur 27 tahun manakala Marion Caunter 30 tahun.

Marion Caunter mengesahkan berita perkahwinannya dengan Nazarudin:-

Ya, kami akan berkahwin pada Disember ini. Bagaimanapun, saya minta maaf kerana tidak dapat memaklumkan tarikh pernikahan kami lagi, tunggu masa yang sesuai nanti,” katanya ketika dihubungi semalam. Kami sudah lama berkawan dan tahun ini adalah tahun terbaik untuk kami bernikah.

Diskriminasi Dunia terhadap Muslim

Share








Klik sini untuk besarkan

Saturday, August 28, 2010

Kes Teo Nie Ching masuk surau,salah siapa?tentulah salah pengurusan surau !!

Share







Sensasi:Smlm masa menonton buletin utama,heboh pasal isu Ahli Parlimen Serdang,seorang bukan Islam masuk ke dalam surau tanpa menutup Aurat dan memberi ucapan di ruang utama Solat..

Sejujurnya memang dan sememang memangnya tindakan Teo memasuki surau tanpa menutup Aurat,apatah lagi tidak diketahui samada beliau uzur (period) atau tidak(perkara2 diragui mmg terus jadi tak boleh) ,lepas tue berucap pulak ttg sumbangan yg ingin diberikan oleh kerajaan selangor (which means benda ini melibatkan politik..

Seperti yang kita sedia maklum,adalah haram,masjid dan surau dijadikan tempat utk berpolitik..

Jadi semua ini telah di abaikan dan diambil ringan..

Salah siapa???
Kata Teo dia sendiri pada awalnya tak sangka pihak pengurusan surau akan membernarkannya masuk..Dan takda sapa pulak yang menegur menyuruh dia pakai tudung...

Dia bukan Islam tentulah tak tahu peraturan dan adab dalam Masjid dan surau,,

Org yang membenarkan itulah yang otak letak kat lutut kot..skrg nie benda nie jadi isu,sensitiviti masyarakat Islam..

Ya perkara ini bukan boleh ambil ringan takut nanti jadi ikutan..

Takkan pengurusan surau cetek sgt ilmu dan adab di tempat ibadah org Islam...

Apa nie???

Tindakan mereka boleh menyebabkan perpecahan dan perbalahan..

So disini Sensasi Confirm sgt...memang pengurusan surau tue salah se salah salah salahnyeerrrrrr

Kalau sumbanagan dan ucapan tue dilakukan di perkarangan surau takpe la..itu pun harus menutup kepala la..

Please la...dont make such a stupid mistake mcm nie,,,

Kalau nak ambil tindakan..Bukan pompuan cina tue yg patut kena..

Sensasi bukan penyokong pembangkang..tp ada akal pikir la sendiri





Sensasi tak setuju dengan perkara dibawah...tindakan patut dibuat keatas pengurusan surau tue..huhu


Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) perlu mengambil tindakan terhadap Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching yang didakwa memasuki dan memberikan ucapan di ruang solat sebuah surau di Kajang, kata Perdana Menteri.

Datuk Seri Najib Tun Razak bagaimanapun menyerahkan sepenuhnya kepada MAIS untuk menyiasat perkara itu dan mengambil tindakan jika perbuatan tersebut dianggap bertentangan dengan peraturan dan mencemar kesucian Islam.

"Kita serah kepada MAIS untuk ambil tindakan, mereka ada kuasa penuh dalam perkara ini. Jika dianggap bertentangan dengan peraturan dan mencemar kesucian Islam, maka kenalah ambil tindakan," katanya.

Lagi gambar Shahrul,kekasih Nora Danish...mereka sgt sesuaiii...

Share










Haaaa..sesuainyeee Nora Danish yang comel amat nie dengan Shahrul nie kan...walaupun shahrul nie berusia 22 tahun dan 3 tahun muda daripada Nora Danish,tp shahrul nampak matang drpd usianya dan bukanlah sebarangan lelaki yang berusia 22 tahun,dan anak org kaya semata-mata.

Shahrul juga berkerjaya dan merupakan CEO Red Carpet Group.Juga giat berpolitik dan merupakan seorang AJLI UMNO, dan Exco Wira Perkasa.

Tambah pulak Shahrul jauh lebih hensem drpd Jejai..hehe..dan kaya jugak..

Memamg betul Shahrul dan Nora sgt akrab skrg nie tetapi kata Nora merka belum bercinta lagi..

Cerita tentang Shahrul meletakkan gambar2 nya dengan Nora Danish dalam Facebook miliknya tidak betul.sebab khabarnya dari rakan Shahrul,gambar2 mereka hanya diletakkan dlm Black berry messenger yang hanya dpt dilihat oleh rakan2 dalam BBM sahaja..

Shahrul skrg nie dikatakan sedang menunaikan Umrah.







Jokes:Sindiran terhadap Karpal Singh

Share









Haha..lawak plak komik ini..

berikutan terlalu banyak penangguhan dibuat pihak defendan dalam kes Sodomi Saiful Bukhari.

Sebelum ini,terlalu byk penangguhan berlaku,antaranya,nak saman utusan,nak tukar hakim sebab hakim tak nak ambik tindakan terhadap utusan sbb rasa tak relevan,jd pihak defendan membuat rayuan tukar hakim sbb rasa hakim tue tak telus,pastu ada salah sorang drdp lawyer DSAI (semua 7 org kot) ambil MC,jadi mintak tangguh,pastu mereka mendakwa Saiful bukhari bercinta dgn timbalan pendakwaraya jadi mintak kes sodomi itu digugurkan terus,tetapi ditolak..

Haaa,settle je la cepat2 kes itu....

Hubungan KJ dengan Isterinya Nori dingin dan tidak bertegur sapa

Share








Dah lama juga tidak menulis mengenai Khairy Jamaluddin atau lebih dikenali seantero Malaya sebagai KJ. Dan kini semakin popular dengan nama Si Kitol pula.

Tiba-tiba baru-baru ini dapat satu khabar yang boleh disifatkan agak mengemparkan melibatkan KJ dan isterinya Nori Abdullah.

Hendak tahu tak...dengar cerita Nori dan KJ sudah tidak bertegur sapa....dan ada pihak kata dah tak duduk serumah pun.

Sumber berita.....sepupu KJ sendiri yang keje di Kedutaan Amerika Syarikat, Leni Abdul Latif....(sorry Leni, kena dedahkan).

Leni tak leh nak marah pasal mulut tempayan dia yang duk bercerita sana sini pasal rumah tangga KJ.

Ok...sambung balik.....

Hubungan dingin KJ dengan Nori agak nyata baru-baru ini apabila salah seorang pakcik KJ meninggal dunia, Nori datang asing, lambat dan tidak bertegur langsung dengan KJ.

Mereka-mereka yang hadir majlis pengebumian itu dapat melihat yang KJ dan Nori tak bertegur bukannya pasal itu majlis ada orang meninggal dunia, tetapi memang tak bertegur jenis masalah rumah tangga punya.

Kalau ikut mulut Leni, dah lama kedua mereka tak bertegur sapa....sebab itu kot dah lama kita pun tak tengok gambar KJ dengan Nori bersama.

Secara tepat takda siapa tahu punca jadi camtu....tapi mungkin pasal Maya Karin.......

Click sini utk baca kisah skandal di antara Maya Karin,KJ dan Remy Ishak

Friday, August 27, 2010

Adakah AC Mizal bakal dipenjara ?keputusan pada 28 Oktober

Share







Sensasi:Nampaknya Shafnie tidak mahu settle di luar mahkamah berikutan kes kegagalan AC Mizal melangsaikan hutang tuntutan nafkah anak2 nya sehingga RM50,000.
Sebelum ini AC Mizal ada memberitahu media bahawa beliau telah melangsaikannya ,namu Shafnie menafikan dan memberitahu mempunya bukti kukuh utk menyangkal dakwaan bekas suaminya itu...

Jadi 28 Oktober ini kedua2 mereka diwajibkan hadir bagi mendengar hujahan kedua dua belah pihak dan mendapat keputusan.

Adakah AC bakal mengikuti jejak Langkah Artis-artis yang pernah mendapat title banduan?

KSemoga kes ini dapat memberi pengajaran dan membuka mata semua lelaki yang malas/pandang ringan/tidak membayar nafkah anak wlaupun hidup dalam serba kemewahan..

Jangan ambil enteng bab membayar nafkah anak sebab benda nie mmg ada dlm undang2 syariah.


27 OGOS 2010: Mahkamah Rendah Syariah Kajang di sini akan memutuskan pada 28 Oktober ini sama ada pengacara AC Mizal wajar dihantar ke penjara bagi kesalahan mengingkari perintah setelah gagal menyelesaikan tunggakan nafkah anak-anaknya berjumlah RM50,000.

Hakim Syarie, Abdul Halim Abdullah menetapkan tarikh itu, semalam, selepas peguam syarie, Mohd. Ridhwan Husin yang mewakili Shafnie dan peguam syarie, Siti Aishah Din bagi pihak AC Mizal mengesahkan telah memfailkan hujahan bertulis masing-masing.

Abdul Halim berkata, beliau akan menilai hujahan daripada kedua-dua pihak serta menimbang sedalam-dalamnya keterangan yang diberikan serta mewajibkan AC Mizal dan Shafnie untuk hadir pada tarikh tersebut.

"Saya mewajibkan mereka berdua hadir pada tarikh dan masa yang ditetapkan dan berharap kes ini telah sampai ke penghujungnya," tegasnya.

Di luar mahkamah, Ridhwan memberitahu pemberita bahawa Shafnie enggan menerima tawaran daripada AC untuk penyelesaian luar mahkamah berhubung kes komital itu kerana menanggap ia tidak munasabah.

"Tawaran itu tidak munasabah kerana duit tersebut tidak sampai kepada anak dan prosiding ini perlu diteruskan, dalam hujahan saya, penyanyi dan pengacara itu wajar dipenjara kerana tidak melaksanakan tanggungjawab dengan baik dan tidak mengikut perintah mahkamah," katanya.

Shafnie tidak hadir di mahkamah pada prosiding hari ini kerana mempunyai urusan penting di Putrajaya manakala AC Mizal hadir ditemani seorang rakan.

Pada 29 Julai lalu, Shafnie menafikan dakwaan pelakon dan pengacara tersebut telah membayar tunggakan nafkah dua anak mereka, Muhammad Shafiq Iman, 14, dan Muhammad Shabil Iman, 11, sebanyak RM50,000 kerana beliau mempunyai bukti bagi menyangkal dakwaan tersebut.

Pasangan itu berkahwin pada 24 Jun 1995 dan dikurniakan dua cahaya mata sebelum bercerai pada 17 Oktober 2001.

Mengikut perjanjian asal, AC Mizal diperintah membayar nafkah dua orang anaknya sebanyak RM2,000 sebulan sehingga kanak-kanak terbabit berusia 18 tahun. Bagaimanapun, bekas pengacara rancangan Akademi Fantasia itu gagal membayar nafkah anak sehingga mencecah RM50,000.

Pada 22 Disember 2004, mahkamah mengeluarkan perintah supaya jumlah tunggakan itu dibayar secara ansuran sebanyak RM200 sebulan dan bakinya akan dibayar melalui potongan gaji daripada akaun bank milik artis itu.

Dia diperintahkan membayar nafkah semasa bagi setiap bulan untuk kedua-dua anaknya sebanyak RM300.

Aida Rahim Diceraikan Joe Radzwill dengan talak satu

Share










Semalam,Khamis..bertempat di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, Joe Radzwill, selepas bersetuju untuk menceraikan isteri, Aida Rahim secara baik, melafazkan talak satu ke atasnya.

Joe dan Aida berkahwin di Yala, Thailand pada tahun 2002.

Gambar-gambar artis semasa Penggambaran Melodi Raya

Share







Meriah sungguh sesi rakaman Melodi Raya dengan kehadiran ramai artis yang telah berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra tempoh hari.
Reza Mohamad.


Fara Fauzana (kiri) dan Didie Alias.


Pasangan suami isteri bahagia Along Raja Lawak dan Zila (kiri)
dan Mizz Nina.



Linda Onn (kiri) dan Fizz Fairuz.


Trio Kru tanpa adik bongsu mereka, Yusry (kiri) dan Norman.


Leina Hangat (kiri) dan Fabulous Cats tanpa Adeeb dan Wangi.


Datuk Aziz Satar dan isteri (kiri) dan Stacy AF6.


Shila OIAM (kiri) dan merpati dua sejoli
Norman Hakim dan Memey Suhaiza.

Mekah Clock Tower

Share







Kalau tak silap sensasi inilah Menara Jam tertinggi di dunia..yang masih dalam proses pembinaan di Mekah..











Tonton Siri " How I Met Your Mother" - Spoiler Alert

Share









Siapa yang tak pernah menonton Siri How I met your Mother memang rugi la...Siri Sitcom ini yang mengambil masa 30minit bagi setiap Episod sgt menghiburkan bahkan dikatakan sebagai Siri Sitcom yang setaraf dengan siri Sitcom Paling Popular "Friends"...

Sensasi suka sgt tgl Friends dan How I met your mother..Especially the Loving Couples ,Marshall and Lily..Robin,Ted Mosby dan Barney ...pendek kata semua nya best la karakter2 dalam nie..

Spoiler Alert (video diatas) adalah salah satu episod yang Kelakar giler..masa sensasi tengok kat TV memang tergelak je...Harap korang pun enjoy tgk Episod ini..

Wednesday, August 25, 2010

Harith dan Jezamine bahagia berpuasa bersama walaupun tidak direstui keluarga Jezamine

Share








“Kehidupan saya tenang selepas mendirikan rumahtangga.” Begitulah luahan hati pelakon, pelawak serta pengarah Harith Iskander Musa ketika membicarakan tentang kehidupan barunya bersama isteri tercinta, Jezamine Lim.

“Kalau dulu balik kerja ada kucing saja kat rumah, tapi sekarang dah ada isteri. Kehidupan saya kini lengkap dengan kehadiran Jez,” ujar Harith ketika ditemui baru-baru ini.

Umum mengetahui mahligai yang dibina atas dasar cinta sejak dua bulan lalu tidak mendapat restu dari keluarga isterinya. Namun, perkara ini tidak pernah menjadi penghalang buat mereka untuk hidup bahagia seperti pasangan lain.

“Kehidupan saya selepas berkahwin dengan Harith bahagia sangat. Walaupun keluarga saya tidak merestui perkahwinan kami, namun saya tetap gembira,” ujar Jez yang jelas terpancar kebahagiaan di wajahnya.

Menurut wanita berusia 27 tahun ini, sikap Harith yang begitu merendah diri membuatkannya jatuh cinta pada suaminya itu.

Keluarga tidak merestui hubungan Harith Jezamine..

Walaupun kehidupan mereka bahagia, namun jauh di sudut hati, pasangan ini masih mengharapkan restu dari keluarga Jez.

“Saya ada hubungi mereka, tapi menerima respon negatif. Sedih sangat, tapi nak buat macam mana, memang keluarga tak suka saya kahwin dengan bangsa lain,” ujar Jez yang memeluk Islam di Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Shah Alam pada 12 Mei lalu.

“Bagi saya, kita semua manusia. Bukan menjadi satu isu berkahwin dengan berlainan agama. Lagipun kita tinggal dalam satu negara. Tapi nak buat macam mana, ini keputusan yang saya buat. Jadi saya kena terima.

“Apapun, saya masih berharap mereka dapat menerima perkahwinan kami dan satu hari nanti, mereka akan sedar yang kami memang ditakdirkan untuk bersatu,” ujar Jez yang berdarah kacukan Cina-India.

Harith yang berusia 44 tahun turut menambah bahawa perkahwinan mereka tidak direstui bukan saja kerana isu agama, malah melibatkan pelbagai perkara.

“Semuanya bergabung. Agama, umur dan kerjaya. Saya faham perasaan mereka, tentu mereka nak anak mereka gembira. Saya faham.

“Apa yang saya boleh lakukan adalah membahagiakan anak mereka. Saya akan bimbing dan jaga dia.sebaik-baiknya,” ujar Harith yang percaya dan yakin isu ini akan selesai jika mereka mempunyai anak.

“Sekarang ni masih lagi tengah berusaha. Semuanya masih lagi dalam proses. Saya percaya benda ini akan perlahan-lahan okay. Satu, dua tahun nanti, kalau dah ada anak, mesti okay.”

Menyentuh soal anak, pasangan ini mengakui mereka tidak pernah merancang dan menyerahkan segala-galanya pada rezeki.

“Kami memang tak pernah merancang. Kalau boleh kami nak anak cepat. Saya dan Harith tak kisah dapat anak lelaki atau perempuan,” ujar Jez sambil diiakan oleh Harith.

“Saya pun tak kisah. Asalkan anak sihat cukuplah,” katanya.

Ulasan Filem SENARIO ASAM GARAM

Share











BINTANG
Keseluruhan: 2.5
Plot: 2
Lakonan: 2.5
Sinematografi: 2.5

Tonton filem ini jika anda suka: "Senario The Movie Episode 2: Beach Boys", "Zoo", "Kecoh Betul"
P/S:sensasi sgt tidakk suka tgk senario beach boy...Zoo pun sgt3 membosankan ,beli DVD je...wpun Lisa surihani ada tetap tak best..seswai utk tontonan budak2 tadika la citer Zoo tue..

Mungkin ada yang keliru memandangkan jalan cerita "Senario Asam Garam" hampir sama dengan filem komedi "Aman" yang sepatutnya dibuat selepas ianya dilancarkan tahun lalu. Namun atas masalah yang timbul, "Aman" tidak dapat diteruskan. Maka dengan itu, Prof. Dr. Hatta Azad Khan 'menggantikan'nya dengan "Senario Asam Garam", mengubah sedikit perjalanan cerita dan masih mengekalkan beberapa barisan pelakon seperti pelakon cilik Shafimie Don atau lebih popular dikenali sebagai Fimie Don, Azlee Jaafar dan Lan Pet Pet.

"Senario Asam Garam" menceritakan persaingan antara Pak Adam (Azlee Jaafar) dan Asam (Zaibo) dalam perniagaan mereka dan juga perebutan Cik Hawa (Julia Hana), seorang ibu tunggal kepada anak lelaki yang bijak dalam merekacipta, Amin (Fimie Don). Pelbagai cara dilakukan oleh Asam dan pembantunya, Garam (Lan Pet Pet) bagi menggagalkan apa sahaja Pak Adam rancang.

Agak sayang apabila karya komedi pertama Hatta kurang menyerlah terutama sekali daripada segi penyampaian filem. Elemen komedi yang ditampilkan pula gagal membuatkan penonton ketawa sehingga adakalanya timbul rasa bosan. Penulis merasakan alangkah baiknya jika komedi itu boleh disampaikan dengan cara yang bernas selain daripada memperbodohkan diri sendiri.

Walaupun telah mencipta populariti hampir 16 tahun, kumpulan Senario masih lagi kekal dalam industri seni tanah air. Pertukaran ahli kumpulan dan pelbagai masalah yang menimpa ahli sedikit pun tidak melemahkan semangat mereka untuk menghiburkan peminat. Namun penulis merasakan lakonan mereka tiada peningkatan dalam filem ini, sebaliknya sama dengan filem-filem Senario sebelum ini. Ketiadaan Wahid kerana komitmen pula dilihat tidak menjejaskan filem ini. Namun Fimie yang terkenal dengan drama "Hikayat Putera Shazlan" mampu pergi jauh dalam industri lakonan walaupun baru berusia 12 tahun. Sikit pun tidak kelihatan kekok, malah tidak keterlaluan jika lakonannya lebih menyerlah daripada pelakon-pelakon veteran yang lain.

Terdetik juga di hati penulis mungkin ada baiknya jika filem ini tidak mempunyai 'jenama' Senario memandangkan hanya dua sahaja ahli kumpulannya yang terlibat. Namun mesej sifat hasad dengki sememangnya merugikan diri memang berjaya disampaikan oleh pengarah. Apa-apa pun, "Senario Asam Garam" pasti masih lagi mampu menarik minat setiap lapisan
masyarakat kerana jalan cerita yang ringan dan tidak memerlukan anda berfikir.

Bakal ditayangkan Pada Hari Raya tahun nie...

Gambar Katy Perry Semasa Kanak-kanak

Share









Kecil-kecil lagi memang dah vogue kan? Perry telah meng-tweet gambarnya ketika kecil dan memberitahu, "Grandma brought this one outta the closet today!"

Baru-baru ini, Perry dikatakan telah bertindak membuang 'little black book' milik tunangnya, pelakon komedi Russell Brand. Buku tersebut sebenarnya mempunyai details mengenai kisah hubungan Brand sebelum ini.

Apabila ditanya oleh sebuah akhbar Scotland, The Daily Record, sama ada Brand masih lagi menyimpan 'little black book'nya itu, Perry cuma menjawab "tidak lagi".

Nampaknya penyanyi "Kissed A Girl" ini betul-betul menjaga tunangnya yang sememangnya terkenal dengan sikap kaki perempuan. Namun tidak dinafikan, boleh nampak perubahan dalam diri pelakon "Forgetting Sarah Marshall" ini apabila mula menjalinkan hubungan dengan Perry.

Perry pernah menjalinkan hubungan dengan frontman Gym Class Heroes, Travis McCoy secara on dan off selama beberapa tahun selepas menamatkannya secara rasmi pada Disember 2008.



Sensasi:ermmm,tak hensem la laki nie....muka cam gatal je...before bersama Katy Perry dia seorang playboy..

Pengalaman Dalam Lokap Raja Azmi ,dan diikat Jamin RM8,000

Share







Sensasi:Raja Azmi menceritakan detik hitam dalam hidupnya apabila terpaksa bermalam dan berbuka puasa di dalam Lokap..

Raja Azmi pada mulanya pergi ke Balai Polis bersama Roslin Hashim bagi membuat Laporan Polis berikutan mendapat SMS berbaur ugutan drpd bekas Isteri Roslin,Norhayati..

Namun,apa yang berlaku,rupa-rupanya ada waran tangkap utk Raja Azmi kerana tidak hadir ke mahkamah untuk kes sivil pelanggaran pembelian saham RM4.9 juta yang membabitkan sebidang tanah di Balakong pada tahun 1996.

Raja Azmi bagaimanapun dibebaskan oleh mahkamah dengan jaminan RM8,000. Kesian jugak mendengar cerita Raja Azmi....






“Ia merupakan suatu pengalaman pedih,” luah Raja Azmi yang dihubungi menerusi panggilan telefon. Kala itu terdengar suara tangisannya menandakan emosi kesedihannya yang amat sangat impak pengalaman hitam ditahan di lokap masih belum reda sepenuhnya.

“Selepas 15 minit kemudian, barulah Kak Mi dipindahkan ke lokap individu. Sebaik melangkah masuk, Kak Mi dapat merasakan betapa keadaan di dalamnya sangat sejuk.

“Apatah lagi ketika itu Kak Mi hanya memakai baju penjara berwarna ungu cair. Kain sutera yang sebelum ini disarung oleh Kak Mi dibenarkan terus memakainya, tapi kainnya sangat nipis, sudah pasti tidak dapat menahan kesejukan dalam lokap itu,” ujar isteri bekas jaguh badminton negara, Jalani Sidek,46, itu.

Tambah Raja Azmi: “Apatah lagi ketika itu Kak Mi dengar hujan turun dengan lebatnya di luar lokap, justeru kesejukan daripada hujan yang turun menderu itu masuk ke dalam lokap menerusi jaringan tingkap lokap tersebut.

“Selain sejuk, simennya pula licin, ada satu mangkuk tandas, tapi ruangan tandas diasingkan oleh penghadang batu-bata. Tiada katil, tilam, bantal mahupun selimut.

“Apa yang dapat Kak Mi rasakan semuanya sejuk. Berdiri sejuk, menyandar pun sejuk, apatah lagi duduk.”

Menurut Raja Azmi, sebenarnya lokap yang menempatkan dirinya itu berada di bahagian dalam selepas perlu melalui empat pintu besi.

“Namun, Kak Mi cuba tenangkan fikiran dan kuatkan semangat dan menerima apa yang dialami itu adalah ujian Allah terhadap Kak Mi, apatah lagi di bulan Ramadan yang mulia ini,” luahnya.

Bercerita mengenai pengalamannya berbuka puasa di lokap, Raja Azmi memberitahu: “Dalam 10 minit berada dalam lokap itu, tiba waktu berbuka puasa, Kak Mi diberikan nasi, sup ayam, sayur rebus dan air sirap - semuanya dalam plastik serta sebiji roti bulat.

“Alhamdulillah selepas makan, Kak Mi rasa okey dan bertenaga sikit. Dan Kak Mi bersyukur, Kak Mi boleh dengar dengan jelas suara azan dilaungkan di luar lokap tersebut.

“Selepas habis berbuka Kak Mi solat Maghrib, biarpun tanpa telekung sembahyang, Kak Mi tetap solat dengan menggunakan tuala kecil yang diberikan polis sebagai sejadah. Kiblat Kak Mi tak pasti tetapi Kak Mi solat membelakangi mangkuk tandas tersebut.”

“Sementara menunggu waktu Isyak, sambil menangis, Kak Mi tidak putus-putus berdoa semoga suami Kak Mi, Abang Jack (Jalani) dapat menjamin keluar Kak Mi daripada lokap pada malam itu juga. Tapi tunggu punya tunggu tiada apa-apa perkembangan. Justeru, selepas terdengar azan Isyak, Kak Mi pun solat sebelum menunaikan solat tarawih,” cerita Raja Azmi.

Tidak sempat menghabiskan solat tarawih, dia tiba-tiba diserang migrain. “Kak Mi memang ada penyakit migrain, kena makan ubat. Sebab itu, Kak Mi pun terus beritahu pegawai lokap itu bahawa Kak Mi mahu menelefon Abang Jack supaya bawa ubat untuk Kak Mi. Sebelum itu, Kak Mi kata, ‘kenal tak saya, saya ni isteri Jalani Sidek’. Pegawai penjara memberitahu dia kenal siapa Kak Mi tapi masalahnya disebabkan emosi Kak Mi ketika itu tak stabil, Kak Mi tidak berapa ingat nombor telefon bimbit Abang Jack. Kak Min bagi beberapa nombor.

“Nasib baik polis dapat menghubungi Abang Jack. Itupun pada pukul 4.15 pagi, lalu dia pun menyuruh adik angkat kami, Roslin Hashim menghantar ubat kepada saya di lokap kerana Roslin yang tahu jalan ke sini, ” tuturnya.

Kata Raja Azmi, ubat itu hanya dihantar pada pukul 4.45 pagi. “Bagi sakit migrain, Kak Mi makan dua jenis ubat- dua biji bagi setiap jenis.”

“Sebelum dapat ubat itu, Kak Mi memang tidak boleh tidur. Sudahlah sejuk di lantai banyak semut dan serangga kecil yang berbentuk seperti kala jengking, serta lipas-lipas berkeliaran dalam mangkuk tandas.

“Namun, akibat keletihan Kak Mi terlelap seketika tetapi macam tidur-tidur ayam sebelum dikejutkan untuk mengambil ubat migrain Kak Mi itu,” katanya.

Sejurus selepas itu, tiba masa untuk bersahur. “Kak Mi diberikan nasi, kari ayam, sup sayur dan teh O panas,” beritahunya.

Tambahnya: “Kemudian Kak Mi diberikan sabun mandi kecil, ubat dan berus gigi serta baju sutera Kak Mi semula untuk hadir ke mahkamah.”

Ketika keluar dari Balai Polis Pandan Indah itu, Raja Azmi tidak menyangka ramai jurugambar dan wartawan sedang menunggu dirinya.

“Ketika foto saya diambil dalam kereta polis untuk ke mahkamah itu, saya kelihatan seperti menutup muka kerana malu, tetapi ia tidak benar. Kak Mi sebenarnya sedang memicit kepala kerana masih diserang migrain,” ujarnya.

Tuesday, August 24, 2010

Jokes:Pekerja yang jujur mintak emergency Leave

Share







"Boss, saya nak mintak emergency leave boss. Betul boss, saya serious nih. Saya tak

tipu. Terpaksa ambik emergency leave nih.... Gambarnya pun saya hantar sekali nih

boss... Tolonglah boss. Betul boss. Saya tak tipu... Sungguh... Tengoklah gambar nih

bosss..."

Klik sini utk tengok gambar bukti ..
Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-