Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Wednesday, July 21, 2010

Teman rapat Memey dedahkan Memey ada kekasih baru?

Share







Gosip terbaru yang sampai ke telinga sensasi kali ini agak mengelirukan. Tidak tahulah betul ke tidak. Menurut si penyampai cerita, pelakon wanita yang pernah ditangkap basah ini telah menemui cinta baru dan kini tidak lagi mengharapkan cinta daripada kekasih popularnya.

Gosip ini timbul berikutan ada teman rapat pelakon wanita ini memberitahu pihak media yang pelakon wanita ini sudah mempunyai teman lelaki yang jauh lebih baik daripada kekasihnya sebelum ini. Dakwanya, kekasih terbaru pelakon cantik itu adalah di kalangan orang biasa dan mereka kini sedang merancang untuk berkahwin.

Hrm, pelik juga mengapa tiba-tiba pelakon wanita ini memburu pemuda lain? Ini kerana baru-baru ini, dia dan pasangan kontroversinya mengakui yang mereka sedang merancang untuk berkahwin. Tiba-tiba timbul pula cerita begini.

Kononnya, pelakon wanita ini sudah tidak percaya dengan janji yang dibuat oleh pelakon lelaki ini. Walaupun sudah beberapa kali memberitahu pihak media yang mereka akan bernikah tetapi sehingga saat ini pelakon lelaki itu gagal memenuhi janjinya.

Menurut rakan pelakon wanita itu lagi, pelakon wanita ini sudah berputus asa dan dia sudah bersedia untuk memberi ruang kepada lelaki lain untuk hadir dalam hidupnya.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-