Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Friday, July 30, 2010

Ayu Raudhah bakal berkahwin dengan Zaquan Adha (ex-playboy?)

Share







Sensasi: Nampaknya Ayu Raduhah bakal menamatkan zaman bujang bersama pilihan hatinya Zaquan Adha ...Walaupun sebelum nie dah banyak gossip liar yang menyelubungi kekasihnya namun Ayu berkata dia sgt sayang pada Zakuan dan percayakan kekasihnya itu,.

Sebelum nie kan ada gossip-gossip liar yang mengatakan Zaquan adalah seorang playboy,semasa menjalin hubungan dengan Ayu,Zaquan juga menjalin hubungan dengan seorang lagi gadis lain...tp bagi sensasi of cos Ayu lebih chantek..


kemudian dtg pulak gossip ,seorang lelaki yang mengaku kekasih gay kepada Zaquan..huhu...dan Zaquan menafikan ,katanya itu semua tohmahan dan fitnah untuk menjatuhkan dirinya.

Kemudia kecoh pulak dlm dunia hiburan pabila ada wartawan kekdahnye ternampak Aidil dlm keadaan mabuk ketika itu ,Rita dikatakan sedang dlm pantang ke,sensasi tak ingat sgt,then rupa2nya they all ckp tue bukan aidil tetapi kembarnya Zaquan..huhu..mcm-mcm..

Kembar Aidil dan Zakuan menjadi fames selepas Gosip Aidil bercinta dengan Rita seorang pelakon wanita yang fofular.Apatah lagi apabila kontroversi kahwin di siam dan tidak direstui keluarga,masa tue Aidil 19 tahun dan Rita 29 tahun...10 tahun perbezaan. Manakala pasangan kembarnya,Zaquan 22 dan Ayu 26 tahun..so 4 tahun ...pasangan kembar nie lebih suka wanita yang lebih matang.. :) sebab pompuan yg lebih tua lebih syg dan byk mengalah dgn bf yg lebih muda.



ayu semakin berisi kan skrg..happy je


Pelakon Ayu Raudhah(gambar) mengesahkan keluarga kepada pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha Abd. Radzak,22, merestui hubungan mereka termasuk membenarkan hasrat pasangan itu untuk berumah tangga.

Ayu berkata dia gembira kerana keluarga kekasihnya itu bersedia menerimanya sebagai menantu

"Alhamdulilah setakat ini semuanya berjalan lancar. Saya beberapa kali menziarahi keluarga dia dan mereka menerima saya dengan baik. Malah mereka langsung tidak menghalang untuk kami meneruskan hubungan ke tahap yang lebih serius.

"Begitu juga keluarga saya, mereka sentiasa menyokong pilihan yang saya buat. Mereka juga sudah beberapa kali berjumpa dengan Zaquan," katanya.

Jelas Ayu lagi, perancangan untuk mengikat tali pertunangan sudah pun difikirkan dalam masa terdekat ini tetapi kerana kekangan masa, mereka terpaksa menangguhkannya pada tahun hadapan.

"Perancangan awal memang dalam tahun ini, tapi dia sibuk dengan latihan di luar negara dan saya sibuk dengan penggambaran drama. Jadi kami terpaksa menunda dari tarikh yang sepatutnya,” katanya.

Bagaimanapun kata Ayu, dia ada membuat beberapa persiapan sementara menanti tahun hadapan mengikut apa yang mampu.

"Setakat ini sudah 30 peratus persiapan dibuat termasuklah memilih baju yang hendak dipakai pada majlis pertunangan nanti," kata Ayu.

Dalam pada itu, Ayu yang sibuk dengan penggambaran telefilem Nurfansuri untuk siaran Ramadan ini memberitahu rahsia dia mengekalkan hubungan cinta mereka ialah dengan sentiasa berhubung.

"Memang saya aku sukar untuk mencari masa keluar bersama kadang-kadang sebulan sekali baru kami dapat berjumpa. Tapi apa juga yang terjadi saya tetap percayakan dia," katanya .

Ketika ditanya adakah akan mengikut jejak langkah kakaknya aktres Rozita Che Wan yang mahu bersara dalam bidang lakonan, Ayu memberitahu perkara itu belum difikirkan.

"Sekarang saya mahu berlakon sepuas-puasnya sebab selepas bergelar isteri nanti belum tahu lagi sama ada boleh berlakon atau tidak," katanya.

Selain Zaquan, kembarnya yang juga pemain bola sepak kebangsaan Aidil Zafuan turut memilih artis sebagai isteri.

Bagaimanapun perkahwinan rahsia di antara Aidil Zafuan dengan pelakon Rita Rudaini Mokhtar itu pada mulanya mendapat halangan daripada keluarga lelaki.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-