Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Sunday, July 18, 2010

Que Haidar Bersara Berlakon Kerana Gosip Linda Cemburu ??

Share







Sensasi:Gossip mengatakan yang Linda cemburu Que berlakon dengan wanita lain memang dah lama kedengaran ,dan desas desus yang Linda mendesak Que berhenti berlakon pun dah lama..mcm2 kita dgr,tentang Linda mengawal hidup Que,tp semua ditepis dan dinafikan Que sendiri...

Sejauh mana kebenaran itu taklah dapat dipastikan memandangkan empunya badan menepis,maklumlah sapa tak sayang bini.

Linda mengahwini Que yang jauh lebih muda daripadanya..dan umum diketahui wanita yang memiliki pasangan lebih muda,cenderung untuk cemburu lebih drpd kebiasaan,apatah lagi apabila pasangannya berdampingan dengan wanita2 yang lebih muda..maklumlah naluri lelaki dikatakan lebih menyukai wanita muda,so wanita lebih berusia mudah tergugat gitu...ehee.. :P


Yang Sensasi hairan nyer,Que kata bersara dari bidang lakonan tetapi masih akan mengambil lakonan / watak yang dirasakan seswai dengannya..hello,itu bukan bersara namanya...itu menapis watak..aduh...layan ajerr~





Wajah mereka sekeluarga mcm nak iras dah,dengan masing2 memiliki mata jenis tajam (squinted).Linda punya lipstick sgtlah tak cantek mcm org sakit je




HASRAT pelakon Que Haidar untuk berhenti berlakon bukanlah kerana sifat cemburu isterinya, Linda Jasmine seperti yang diheboh-hebohkan sebelum ini.

Sebaliknya, Que atau nama penuhnya, Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, 31, berkata, keputusan yang dibuat itu adalah atas kehendaknya sendiri kerana mengutamakan ahli keluarga serta bisnes yang telah dirancangkan.

Katanya, keputusan itu juga tidak bermakna dia akan berhenti sepenuhnya daripada dunia lakonan.

"Isteri saya tidak cemburu. Itu semata-mata adalah gosip liar," katanya

Menurut Que, dia tidak mungkin berhenti sepenuhnya daripada bidang lakonan kerana menganggap dirinya dilahirkan sebagai seorang pelakon.

"Mana mungkin saya lari daripada bidang lakonan. Dan saya bukannya mata duitan apabila berlakon. Saya berlakon kerana minat mendalam saya dalam bidang lakonan," katanya.

Sekiranya mendapat watak yang bagus serta tawaran berlakon yang menarik, Que berkata, dia pastinya akan menimbang sama ada akan membintanginya atau pun tidak.

Mengenai bisnesnya, pemegang trofi Pelakon Filem Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 dan 2009 ini menjelaskan ia masih dalam perancangan.

Katanya, dia tidak dapat mengulas lanjut kerana takut perancangan bisnesnya tidak menjadi.

Buat masa ini, Que menikmati saat-saat bahagia kehidupan rumah tangganya dengan Linda yang juga guru tari popular.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Tengku Ratu Haidar, sembilan bulan dan Qalif Khan, 10 tahun yang merupakan anda Linda hasil perkahwinan terdahulu.

"Pada 26 haribulan ini, Tengku Ratu akan genap berusia sembilan bulan. Anak kesayangan saya kini pandai merangkak dan tidak banyak kerenah," katanya.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-