Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Sunday, July 18, 2010

Pertembungan Hujan & Bunkface mantap! walaupun peminat hanya 300 yang hadir

Share














Kehebatan dua band popular, Hujan dan Bunkface telah terbukti melalui Konsert Hujan vs Bunkface yang telah diadakan pada 10 dan 11 Julai 2010 di KL Live bersempena KL Festival 2010. Mempunyai barisan peminat masing-masing, konsert berdurasi hampir dua jam itu menyaksikan persembahan yang cukup bertenaga dan mantap. Malah para penonton yang hadir cukup terhibur dilihat menyanyi bersama-sama dan menari saat kedua-dua band ini bermain.

Persembahan mereka diadakan secara berselang-seli di mana kedua-dua band ini menyampaikan 18 buah lagu yang telah mengangkat mereka sehingga dikenali dalam industri hiburan tempatan. Hujan menggegarkan pentas antaranya dengan "Pagi Yang Gelap", "Empayarmu", "Mencari Konklusi" dan "Bila Aku Sudah Tiada", manakal Bunkface pula mempersembahkan lagu seperti "Silly Lily", "Prom Queen", "Situasi" dan juga sebuah lagu baru berjudul "Dunia". Noh (Hujan) dan Sam (Bunkface) cukup bijak berkomunikasi dengan penonton dan kelihatan 'sporting' melayan mereka. Malah aksi 'pole' yang dibuat secara spontan oleh Noh dan Sam membuat KL Live riuh sebentar.

Vokal Noh (atas) dan Sam terbukti hebat pada malam Konsert Hujan vs Bunkface

Walaupun Konsert Hujan vs Bunkface pada malam pertama dilihat kurang mendapat sambutan mungkin disebabkan Piala Dunia 2010 yang sedang berlangsung, namun pujian wajar diberikan kepada Hujan dan Bunkface kerana berjaya memberi persembahan yang cukup mantap. Malah menurut Noh dan Sam ketika ditemui selepas konsert tamat, mereka berasa cukup puas.

"Kami rasa puas sangat dengan persembahan malam ini. Walaupun dewan kelihatan tidak penuh, kami tetap akan memberikan yang terbaik."

Persembahan tetap mantap walaupun kurang dapat sambutan

Mengulas tentang kurangnya 'pertembungan' antara mereka, kedua-dua vokalis ini menganggap definisi "VS" itu sebagai perkataan sahaja.

"Tidak ada sebarang perlawanan antara kami. Persaingan itu tetap ada tetapi ia untuk menjadikan kita lebih baik."

DJ Uno, Altimet, Mohd Jayzuan dan juga ahli kumpulan Pesawat dan Bittersweet adalah antara mereka yang turut hadir pada konsert tersebut. Kepada Hujan dan Bunkface, tahniah sensasi ucapkan atas persembahan yang cukup mantap!

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-