Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Thursday, July 1, 2010

Pelakon Juhara Ayob trauma terlanggar Perempuan Myanmar sampai mati

Share







Sensasi: huhuhu...memang akan rasa trauma la kalau mayat mangsa siap terpelanting depan cermin kereta bersemburan darah..oh no...Macam mana hal ini berlaku,atau salah siapa tak tahulah...Juhara ckp dia tak sedar bila masa dia langgar,tau2 perempuan Myanmar tue dah ada atas kereta dia.dan kereta toyota Wish yang dipandunya kemek teruk di depan..fuh,mesti kuat rempuhannyer...

Tp kalau tempat kemalangan itu di jalan raya(buka kat tmpt pejalan kaki) atau bukan di lintasan pejalan kaki,mungkin Juhara terlepas dari hukuman...kene la tunggu berita selanjutnya nanti..


"Saya tidak tahu sama ada boleh bawa kereta lagi atau tidak," ujar dramatis, Juhara Ayob (gambar) yang masih trauma akibat terbabit dalam satu kemalangan maut kira-kira pukul 12.15 tengah hari semalam di Jalan Kuching dekat Pasar Borong Selayang.

Dia yang masih terkejut dengan tragedi itu sedang dalam perjalanan dari rumahnya di Selayang Baru ke Akademi Seni Kebangsaan (ASWARA) di ibu kota.

"Saya dalam perjalanan ke ASWARA kerana ada kelas pukul 1 petang, saya tak sedar bagaimana kehadiran mangsa kerana tiba-tiba sahaja saya sudah melanggarnya.

"Saya masih terkejut dan takut untuk memandu. Bukan sebab kereta saya hancur tetapi kerana mangsa tersebut meninggal dunia di tempat kejadian," jelasnya dalam nada sedih di sini semalam.

Juhara telah membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Bandar kira-kira pukul 6 petang tadi.

Bagaimanapun, dia yang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Wish berwarna kelabu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mangsa seorang wanita dipercayai warga Myanmar sedang berjalan kaki telah mengalami kecederaan dalaman dan meninggal dunia di tempat kejadian.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-