Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Monday, July 12, 2010

Noni AF5,yang dikatakan sebagai org ketiga dlm rumahtangga Anne-Wafi ,mengaku minum arak

Share










BINTANG Akademi Fantasia 5 (AF5), Nonny Nadirah Zainuddin atau Noni, 21, mengaku mabuk, biar 'betik'! Tenang! Sebelum Zubir bercerita panjang lebar mengenai Noni yang digosipkan sebagai orang ketiga sehingga berlakunya perceraian antara aktres popular, Nasriah Ngasri atau Anne, 26 dengan Abdul Wafi Hassan atau Wafi dengan talak tiga.

Menerusi ruangan Cerita Artis Kita (CAK), Metro Ahad terbitan 4 Julai lalu, ada artikel menyebut bintang realiti pergi ke kelab ditemani bekas suami aktres popular. Difahamkan, bintang realiti yang dimaksudkan itu ialah Noni dilihat bersama Wafi iaitu bekas suami Anne Ngasri berhibur di sebuah pusat hiburan!

“Memang saya mengenali Wafi tapi hubungan kami sekadar kawan biasa. Kami juga pernah keluar bersama ke sebuah kelab, namun dengan disertai beberapa teman lain dan ia berlaku selepas dia bercerai. Jadi, tuduhan saya menjadi punca perceraian Wafi amat keterlaluan, mengarut dan tidak masuk akal," katanya kepada Harian Metro terbitan 6 Julai lalu.

Namun, yang menarik perhatian Zubir ialah laporan CAK turut menyebut, Noni dikatakan mabuk ketika ditemui bersama Wafi di kelab berkenaan. Noni juga dikatakan mengajak temannya ke kelab lain untuk berpesta arak! Justeru, Zubir sempat menghubungi Noni untuk bertanyakan kesahihan perkara berkenaan.

“Sumpah, saya tak minum langsung ketika ditemui bersama Wafi tempoh hari. Saya tak minum lagi,” kata Noni.

Justeru, adakah sebelum ini Noni pernah minum arak?

“Itu kisah lama Abang Zubir, ketika saya bekerja di kelab sebelum menyertai AF5, memang saya pernah ‘terbabas’ (minum arak), ketika itu usia saya masih terlalu mentah. Tapi sekarang saya sudah insaf, tidak akan mengulangi kesilapan masa silam,” kata Noni yang akhirnya berterus terang.

Zubir kagum dengan keberanian Noni berterus-terang mengenai kejahilan masa lampaunya. Bukan seperti sesetengah artis itu, minum arak mahal berbotol-botol sehingga nafas turut berbau arak, tapi apabila wartawan tanya, pernah minum arak ke, selamba saja memberi jawapan, sepanjang hidupnya setitik arak pun dia tak pernah telan, Hipokrit tahap dewa!

Selagi kita bernama manusia, kita tidak akan terlepas daripada melakukan kesilapan, begitu juga Noni. Zubir harap dirinya sedia diberi kemaafan.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-