Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Sunday, July 18, 2010

My-sensasi : Pengenalan dunia blogging,faedah memiliki blog dan kerjaya dalam berblogging

Share








Pengenalan Dunia Blogging …

Apa itu Blog?apa itu blogging?Blog adalah seperti website tetapi dimiliki oleh persendirian dan dikendalikan secara peribadi.Blogging pula adalah aktiviti semasa mengendalikan blog.
Suatu ketika dahulu blog adalah tempat untuk dijadikan diary,atau catatan harian,tempat menyimpan gambar-gambar peribadi,tempat berinteraksi dengan rakan-rakan,tempat meluahkan perasaan.

Dunia blogging semakin dikenali,semakin mendapat tempat dihati pembaca dan pengguna internet,oleh itu,blog kini sudah menjadi satu yang universal,boleh dijadikan tempat menulis catatan harian,dan boleh juga dijadikan satu tempat untuk mengumpul maklumat,berkongsi ilmu,menceritakan pengalaman,bahkan dijadikan laman komersial seperti blog hiburan..
Rata-rata blogger bagi blog hiburan,bukanlah terdiri dikalangan wartawan,pun begitu sumber-sumber boleh didapati melalui banyak cara.yang penting cara olahan,pemilihan tajuk dan kebijaksanaan dalam memanipulasikan sumber yang ada.

Bagi sesetengah laman web komersial,dan surat khabar online,golongan ini dikenali sebagai portal dan bukannya blog.maaflah kalau apa yang sensasi katakana nie bukannya betul 100% semua ini adalah melalui fahaman dan pengetahuan sensasi sepanjang 3 tahun berkecimpung dlm dunia blogging..

Faedah berblogging…


Banyak faedah yang boleh didapati melalui blogging,antaranya mendapat lebih ramai kawan baru melalui blog,menjana pendapatan sampingan,menjadi seorang yang dikenali,apa yang ingin disampaikan dapat disampaikan secara lebih efektif kepada pembaca mengenai pendapat peribadi,minat dan sebagainya..

Ya blogging juga memberikan kepuasan kepada para blogger yang merasakan dirinya Berjaya mencapai tahap yang disukainya…semua org sukakan pencapaian…dan blog adalah salah satu cara mencabar diri sendiri ke satu tahap yang lebih tinggi…

Apa yang menariknya memiliki blog??


Bagi sensasi blog ibarat harta,semakin lama blog semakin tinggi nilai nya.bagaimana nilai blog boleh tinggi ini adalah terpulang kepada blogger itu sendiri untuk mencorakkan blog yang dimilikinya..

Ya blog ibarat anak,yang pada mulanya bertatih,kita sebagai pemilik,ibarat ibu bapa,yang mendidik ,melatih mencorakkan blog itu ,semakin baik blog semakin tinggi nilainya..tahukah anda dunia blogging di Malaysia menjanjikan pulangan yang lumayan kalau anda berjaya..

Apakah definisi Berjaya bagi sebuah blog?

Berjaya dlm dunia blogging didefinisikan secara berbeza oleh individu2 yang berbeza,ada yang berblogging kerana mahukan popularity,ada yang kerana suka mendapat ramai kawan,ada yang rasa samseng di dunia blog(padahal di dunia nyata mcm nerd saja),kira dunia blog nie mmg alam Maya…untuk menyamar atau mengubah siapa kita sebenarnya itu terpulang pada blogger sendiri.

Bagi sensasi sebuah blog Berjaya apabila dikenali,memiliki pengunjung setia berpuluh ribu setiap hari,mampu menjana pendapatan yang lumayan.Itu adalah dari persepsi sensasi.

Jadi untuk menjayakan sebuiah blog,apa yang harus anda miliki?

Minat,kesungguhan,buangkan rasa malu,buangkan rasa iri hati,berusaha,jangan malas,kreatif,rajin…jangan terlalu bergantung dgn apa yang kita baca di internet,cuba untuk berusaha dgn cara sendiri yang lebih sukar tetapi efektif.

Selain drpd yang dinyatakan diatas,seorang yang dikenali,memiliki gaya hidup yangmenarik,bijak menulis,penuh dgn jenaka dan sempoi juga antara punca seorang blogger itu disenangi dan ingin dikunjungi lagi.

Adakah berbaloi untuk menjadi seorang fulltime blogger?

Ya ,bagi yang sudah memiliki kereta,rumah,dan merasakan duit blogging bulanan dapat menampung segala kos bulanan,pinjaman loan kereta rumahm disamping dapat menyimpan duit simpanan ,dan ada lebihan duit utk bercuti,bagi kat parent,sememangnya blogging mampu menjadi kerjaya idaman…masakan tidak,blogging seumpama andalah boss kepada kerjaya sendiri,anda tentukan bila anda hendak menulis,bila anda hendak berehat..

Blogging umpama kerjaya tetapi hobi…boleh buat hobi dlm masa yang sama member duit dan pulangan.

Tp kalau income blogging setakat seribu dua je sebulan sensasi nasihatkan jangan berangan nak jadi fulltime blogger…

At least RM4k-20k per month,memang berbaloi untuk jadi fulltime blogger…(sensasi bercakap thru fact bukan rekaan) RM20k bukan lagi mustahil untuk dicapai dlm sebulan…no no,its not a scam..this is truth..talking thru experience here..

Untuk menjadi mantap dlm dunia blogging mungkin akan memakan masa betahun untuk menapak menjadi seorang “earner” dlm dunia blogging.

Tapi mimpi tak selalunya indah,adakalanya duit blogging mencanak naik,adakalanya merudum ..pendek kata pendapatan melalui blog bukanlah sesuatu yang tetap…jadi apakah cara untuk back-up plan???

Back up plan dlm dunia blogging,ialah memiliki lebih drpd satu blog yang mantap(memiliki readers beribu),memiliki lebih drpd satu sumber pendapatan blog,jangan hanya terhad kepada satu company..kalau company tue melingkup mcm mana?

Ini adalah antara scenario dalam dunia blogging yang sebenarnya..

Sensasi akan terus menulis tentang pengalaman,dan kisah2 benar dunia blogging untuk tatapan pembaca dan para blogger di luar sana next time..

P/S:tak perlu terikut-ikut dengan org lain,binalah identity blog sendiri tak perlu percaya ckp2 org,tetapi berusaha dan yakin blog anda boleh Berjaya…ya sensasi masih menggunakan domain blogspot,tapi pencapaian blog sensasi amat memberangsangkan,..

Sensasi akan story lagi next time… Majulah Dunia blogging untuk semua,…


No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-