Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Tuesday, July 20, 2010

Memey sudah putus cinta dengan Norman tapi....

Share







Sensasi:biasalah sedangkan lidah lagi tergigit,putus dan return (berbaik semula) adalah lumrah pasangan bercinta....(uwekkkk muntah hijau skjp bila isu ini ada kaitan dgn pasangan Norman-Memey)...

Minggu lepas ,hiburan tanah air gempar apabila dikatakan Memey beralih arah dan menyuruh Abby kembali berbaik dan kembali kepada Norman...tapi opcoz Abby tak mahu..Abby dah ada jejaka muda yang lebih hensem dan perkasa kekdahnyer... :P

Tp pagi ini,Memey pula bercerita soal kahwin dengan abg norman kesayangannya itew...so,katanya majlis mereka akan berlangsung lepas Raya nanti...

P/S:
kenapa Norman mcm makin tak hensem ,kepala kecik badan besar skrg nie?mesti usaha keras nak jaga badan sebab dpt awek muda kans




Lebih seminggu lalu, Sensasi telah mendapat perkhabaran kononnya Memey sudah beralih kasih daripada Norman Hakim.

Namun begitu, apabila terbaca temuramah bekas isteri Norman, Abby Abadi di dalam Harian Metro beberapa hari kemudian - 'SMS Memey kejutkan Abby' - kenyataannya seakan mengiyakan gosip mengenai terputusnya cinta Memey dan Norman.

Dedah Abby, dia telah menerima SMS daripada Memey yang mengharapkan agar dia berbaik semula dengan Norman. Komen Abby seterusnya membawa kepada 1,001 persoalan.

“Saya tak tahulah apa yang berlaku pada hubungan mereka sekarang kerana selama ini daripada cara mereka bercerita pada media, nampak macam pasangan kekasih yang bahagia.

“Pun begitu, saya juga tidak terkejut andai kata mereka sudah berpisah tetapi jangan memandai hendak mencampuri urusan hidup saya. Atau mungkin Memey mengirim SMS itu semata-mata untuk menarik perhatian saya."


Bagaimanapun, jika anda sempat membelek sisipan B*Pop hari ini, ruangan Teropong, gosip yang telah disampaikan mengenai Memey dan Norman itu ternyata jauh sekali tersasar.

Dari mulut tuan empunya diri, Memey berkongsi bahawa perhubungannya dengan Norman "baik-baik saja" malah tarikh perkahwinan sudah ditetapkan pada 24 Julai. Persiapan termasuk pakaian pun sudah disiapkan. Tetapi apakan daya, jadual kerja masing-masing tidak mengizinkan. Kerana itu, perancangan mereka untuk bernikah pada tarikh tersebut terpaksa ditangguhkan, kemungkinannya selepas Hari Raya Puasa nanti.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-