Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Wednesday, July 21, 2010

Memey mahu Norman kembali kepada Abby sebab suka-suka

Share









Sensasi:Baru-baru ini sensasi ada menyiarkan cerita yang Memey menghantar SMS kepada Abby menyuruh Abby kembali kepada Norman,tetapi kemudiannya Memey sudah berbaik dengan Norman dan membuat kenyataan bahawa mereka bakal berkahwin selepas Raya Puasa..

Tapi terbaru Memey cakap tanggapan orang ramai bahawa dia telah putus cinta dengan Norman adalah salah,Memey saja je suka-suka nak suruh Abby kembali kepada Norman demi kebahagiaan mereka dan anak-anak..itu yang paling penting bagi Memey...

ahahaha...tetiba rasa nak tergelak disitu...mungkin Memey bertanggapan kita adalah budak sekolah tadika.tapi takpe mungkin ada dikalangan pembaca setia sensasi yang percaya Memey memang mementingkan kebahagiaan anak-anak Norman...

But why?adakah Memey sudah muak menjadi bakal ibu tiri kepada anak-anak Norman?adakah Memey sudah muak dengan Norman?atau Norman selalu membandingkan Memey dengan Abby sampai Memey merajuk hati nak suruh Abby berbaik dengan Norman??

cuba baca kenyataan ini

"Kalau Norman mahu berbaik semula dengan Abby, saya terima dengan hati terbuka dan kalau Norman mahu memilih wanita lain juga saya menerimanya dengan hati terbuka."


mcm da tak keysah je abang norman kesayangan Memey pegi kat org lain..ish..ish ish..



Memey mohon Maaf berikutan gossip Menghantar SMS kepada Abby

"Saya tidak ada niat untuk mengganggu kehidupan peribadi Abby dan saya menghantar SMS itu kepadanya bukan untuk mengatur kehidupannya seperti yang diperkatakan. Saya cuma tidak mahu menjadi seorang yang dikatakan terlalu mementingkan diri sendiri.

"Jika SMS tersebut mengganggu kehidupan Abby, saya mohon maaf dan tidak mahu isu ini diperbesarkan kerana ia menyentuh banyak perkara sebenarnya. Pada saya isu ini terlalu kecil untuk diperkatakan," ulas pelakon yang semakin dikenali ramai, Memey Suhaiza Suhaimi ketika dihubungi petang tadi.

Gadis yang ramah disapa Memey itu berkata demikian ketika diminta komennya mengenai SMS yang dilayangkannya kepada Abby baru-baru ini. Tambah hangat apabila Abby mendakwa SMS tersebut seakan cuba mengatur kehidupannya dan dia tidak suka dengan tindakan Memey itu.

Memey walaubagaimanapun menyatakan, dia langsung tidak menyangka SMS tersebut akan menjadi isu besar sehingga melibatkan perhubungan cintanya dengan bekas suami Abby itu, Norman Hakim turut diperkatakan.

Katanya dia sedikit tertekan apabila orang ramai mula bertanya tentang status perhubungannya dengan Norman walaupun telah banyak kali memberikan penjelasan kepada pihak media. Namun dia sedar sebagai seorang selebriti, dia perlu selalu bersedia dengan situasi sebegitu.

"Saya memang tidak sangka Abby akan memberitahu perkara ini kepada pihak media kerana saya beranggapan ianya hanya satu perkara kecil. Saya benar-benar terkejut apabila membacanya di akhbar. Saya cuma hanya mahu dia dan Norman berbaik semula demi anak-anak. Itu sahaja.

"Sekarang hubungan saya dengan Norman tetap baik dan peristiwa tersebut memberikan banyak pengajaran kepada saya. Ini kerana benda yang saya anggap kecil, mungkin dianggap besar oleh orang lain. Apatah lagi sebagai 'public figure', semua benda yang saya lakukan akan menjadi perhatian.

"Namun saya bersyukur kerana keluarga dan teman-teman rapat percaya kepada diri saya dan tahu mengapa saya mengambil tindakan tersebut," katanya yang juga merupakan anak saudara kepada pelakon serta penerbit muda, Darling Ngasri.

Tidak benar sudah putus dengan Norman
Ditanya mengenai isu 'berbaik' yang dimaksudkannya, Memey yang petah berkata-kata memberitahu, dia tidak kisah apa sahaja keputusan yang mahu diambil oleh Norman dan Abby asalkan ianya membawa kebaikan kepada mereka serta anak-anak.

"Saya akui hubungan saya dengan Norman memang baik. Namun seperti yang kita semua tahu, kita hanya mampu merancang dan Tuhan yang menentukan segaanya. Kalau Norman mahu berbaik semula dengan Abby, saya terima dengan hati terbuka dan kalau Norman mahu memilih wanita lain juga saya menerimanya dengan hati terbuka.

"Tetapi kalau orang beranggapan dengan kenyataan saya ini, hubungan kami berdua telah putus atau ada masalah, itu memang satu kesilapan. Saya berkata demikian kerana sebagai manusia biasa, saya hanya mampu merancang," katanya yang sebelum ini pernah berlakon di dalam drama 'Rahsia Sebuah Pengorbanan', 'Kalau Kasih Masih Ada', 'Jaringan', 'Karipap Istimewa' dan 'Pontianak Air Jernih'.

Diminta penjelasannya mengenai penangguhan majlis perkahwinannya dengan Norman, Memey mengakui kesibukan kerja di antara mereka berdua menjadi penyebab utama majlis tersebut terpaksa ditunda. Katanya spekulasi yang mengatakan dia terpaksa menangguhkan perkahwinan kerana hubungan cinta yang terjalin di antara dirinya dengan Norman sudah musnah langsung tidak benar. Malah menganggap spekulasi tersebut disebarkan oleh pihak yang tidak mengenali serta mengetahui mengenai hubungan mereka berdua.

"Bila isu ini keluar, Norman banyak memberikan nasihat kepada saya supaya bersabar. Ujar Norman, kalau nak hantar sebarang SMS atau lakukan apa sahaja, perlu banyak berfikir sebab orang lain mungkin berfikir benda yang tidak sama seperti kita fikirkan," ujar Memey yang selesa memanggil Norman dengan panggilan 'abang'.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-