Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Saturday, July 17, 2010

Maya Karin Sah Bercerai Talak Satu Dengan Muhammad Ali

Share








Sensasi: Akhirnya Perkara yang sudah dijangkakan telahpun berlaku..Maya Karin dan suaminya bercerai dengan talak satu atas persetujuan bersama... Tak sempat ada anak lagi,mungkin kurang "complicated" dalam kes cerai antara artis kali ini..Tak sempat jugak melihat wajah comel anak kacukan mereka..huhu..Jodoh dah pun berakhir.. Sampai sekarang punca perceraian antara mereka menjadi satu isu yang misteri..Yang digembar gemburkan dulu pun kononnya Maya Karin ada kekasih VIP lain... Ada pulak yang menyatakan yang Maya karin makin intim dengan pelakon lelaki Remy Ishak.. Tapi sensasi rasa mesti ada sebab lain.. Semoga selepas ini mereka masing2 dapat mencari kebahagiaan .. Derang dah bercinta 7 tahun..kahwin 2 tahun..total together = 9 years..huhuhu..



Di dalam satu kiriman SMS yang dihantar oleh pihak pengurusan Maya Karin Roelcke, Satu Entertainment, bagi pihak Maya dan bekas suaminya, Mohamed Ali @ Steven David Shorthose, para media dimaklumkan bahawa pada hari ini, mereka secara persetujuan bersama telah mendapatkan perceraian dari Mahkamah Syariah.

"Keputusan kami untuk berpisah dibuat atas persetujuan bersama, dan telah dilakukan setelah melalui banyak pertimbangan dan dibuat dengan perasan kesal yang mendalam.

"Kami percaya dengan ini akan menutup segala pertanyaan tentang isu ini dan kami amat menghargai jika privasi kami dalam perkara ini dapat dihormati tanpa sebarang lagi spekulasi di dalam media."

Gosip tentang pergolakan rumah tangga Maya dan Steven mula diperkatakan pada pertengahan bulan Februari tahun ini. Meskipun pada awalnya dia menafikan khabar angin tersebut, namun Maya akhirnya tampil di depan media untuk mengakui perkahwinan yang berusia kurang dari dua tahun itu - mereka telah berkahwin pada 14 Ogos 2008 di Itali - sedang berdepan dengan masalah.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-