Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Saturday, July 10, 2010

Maria Tunku Sabri Saman Datuk Wan Johani, RM5.5Juta kerana tidak mengahwininya

Share









Sensasi
:Woww zaman skrg nak paksa org kahwin perlu buat satu surat perjanjian sahaja..heee... :P

Maria Tunku Sabri pernah membuat perjanjian Dengan Datuk Johani ,dimana Datuk Johani perlu dan harus mengahwininya..dan apabila skrg Datuk Johani mengingkari Perjanjian tersebut Maria Menuntut RM5.5 juta sebagai ganti rugi..

Datuk Johani pulak ckp,Perjanjian utk berkahwin dgn Maria Tunku Sabri dibuat semasa Maria masih lagi dlm perkahwinan (still bini org) so perjanjian itu tidak sah dihukum Syarak...30 Julai ini baru dpt keputusan mahkamah siapa yang menang..

hmmm...okey skrg nie kapel2 yang tanak pasangan curang dan tak berkahwin lehla wat perjanjian camnie..dpt saman juta2...





KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 30 Julai untuk keputusan isu perundangan tanpa perbicaraan berhubung tuntutan saman personaliti TV3 Maria Tunku Sabri terhadap seorang ahli perniagaan Datuk Wan Johani Wan Hussin.

Wan Johani, 57, didakwa mengingkari penyelesaian perjanjian pembayaran pampasan RM5.5 juta kerana tidak berkahwin dengan Maria.

Pesuruhjaya Kehakiman Datin Zabariah Mohd Yusof menetapkan tarikh itu di dalam kamar dengan kehadiran peguam Karpal Singh yang mewakli Maria, 40, dan peguam Jangjit Singh dan Akhbardin Abdul Kader, yang mewakili Wan Johani.

Akhbardin memberitahu pemberita bahawa isu undang-undang yang dibangkitkan oleh pihaknya sebelum ini termasuklah kesahihan perjanjian yang dibuat oleh Maria iaitu seorang perempuan Islam yang telah berkahwin.

"Keputusan itu juga berkaitan dengan dakwaan defendan bahawa perjanjian tersebut tidak sah dan melanggar undang-undang mengikut Seksyen 14 (1) Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 yang jelas menyatakan bahawa seorang perempuan Islam tidak boleh berkahwin lagi selagi perkahwinan itu wujud," katanya.

Pada 24 Jun lepas, Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan Maria untuk mengemukakan semula saman terhadap Wan Johani kerana didakwa melanggar perjanjian.

Pada 2004, Maria pengacara program 'Jalan-Jalan Cari Makan', memohon agar dikuatkuasakan perjanjian melibatkan janji oleh Wan Johani untukmembayarnya RM5.5 juta kerana beliau (Maria) tidak mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap ahli perniagaan itu kerana enggan mengahwininya seperti yang dijanjikan.

Dalam pembelaannya, Wan Johani, menafikan wujud sebarang kontrak, dan sebagai alternatifnya, berkata perjanjian itu tidak sah dan mempunyai unsur ugutan dan pujukan. -

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-