Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Sunday, July 18, 2010

Hans Isaac akan melompat-lompat jika bertunang

Share








Sensasi:Sangat kontroversi tajuk kita pada kali ini...kata Hans kalau dah bertunang dah lama saya melompat-lompat.....umur pun dah 39 Hans ,tapi masih bujang akibat perpisahan dan kegagalan hubungan2 lama Hans..

Antara hubungan Hans yang dikatakan agak fofular...adalah hubungannya dengan Elaine Daly,dan Erra Fazira dimana Hans dikatakan bertumbuk dengan Engku Emran apabila mendapati Erra Curang... O.o

Lepas itu,kononnya Hans nak mendekati Fasha,tp tak jadi jugak...

Skrg Hans kata sedang rapat dengan model Brazil,alaaa,model antarabangsa yang sentiasa "on the go" memang la susah....boleh ke percaya dgn golongan sosial yg sering bertukar2 pasangan itu? tp kalau cinta sejati takda yang mustahil..

jom baca kisah Hans yg dikatakan telahpun bertunang



“Tak. Saya belum bertunang. Entah siapalah yang kata saya dah bertunang. Kalau dah bertunang, dah lama saya berlompat-lompat,” ujar Hans ketika ditemui pada sidang media teater ‘Cuci The Musical 2’ di Istana Budaya.

“Kawan-kawan ada beritahu saya, banyak cerita saya keluar kat Internet. Saya bukan jenis yang selalu nak tunggu depan Internet. Saya tak kisah apa mereka nak tulis.”

Tambah Hans lagi, dia tidak ambil pusing dengan gosip-gosip yang keluar di Internet dan hanya meneruskan kehidupannya seperti biasa.

Pada majlis itu juga, Hans turut menolak tanggapan kononnya dia lari dari pihak media dari bersoal tentang isu ini.

“Dalam dua minggu ini, macam-macam soalan diajukan. Saya bukan lari dari media tapi kalau boleh saya tak nakkan perhatian. Saya tak nak jadi artis yang mengarut, yang bercakap perkara yang bukan-bukan selain karier.

“Kalau boleh saya tak nak perkecilkan hati rakyat Malaysia dengan cerita yang bukan-bukan. Jika ada sesuatu yang nak dikongsikan, baru saya akan kongsi.”

Rapat dengan model antarabangsa

Pernah dilabelkan sebagai ‘playboy’, Hans sebelum ini dikaitkan dengan beberapa selebriti, antaranya Fasha Sandha, Yasmin Hani, Marsha, Erra Fazira dan aktres Filipina, Bea Alonzo.

Walaupun pernah mengalami episod hitam dalam percintaannya, ia tidak pernah mematahkan semangat Hans untuk mencari teman hidup. Terbaru, Hans telah membuat satu pengakuan yang dia kini sedang rapat dengan seorang model dari Brazil.

“Kami dah kenal empat tahun dan saya akui kami kini sedang berkawan rapat. Dia seorang model dan selalu menjelajah ke banyak tempat. Kami berkenalan ketika dia berada di Malaysia.”

Hans turut mengakui dia jarang dapat berjumpa dengan model tersebut ekoran kerjaya teman barunya itu memerlukan dia sering menjelajah ke merata tempat.

“Kami selalu berhubung melalui telefon. Bila dia ada di sini, kami akan keluar bersama-sama,” ujarnya yang enggan mendedahkan identiti teman barunya itu.

Apabila ditanya adakah Hans akan membawa perhubungan barunya itu ke tahap yang lebih serius, Hans menjawab, “Buat masa sekarang tak. Perhubungan kami sebagai kawan lebih penting. Saya tak nak harapkan apa-apa.

“Kami cuma kawan je. Bila jarak jauh macam ni susahlah untuk bercinta. Takut nanti rindu, susah pula. Lagipun saya pernah bercinta dengan seseorang dari Jakarta, memang susah.

“Saya rela berkawan dulu dari bercinta. Saya tak nak nanti gaduh lah, lebih baik saya kenal dia dulu,” ujar Hans mengakhiri perbualan.

Menyentuh mengenai kariernya, Hans kini sibuk dengan teater ‘Cuci The Musical 2’ yang akan dipentaskan di Istana Budaya pada 27 Julai ini. Dalam teater ini, Hans bertindak selaku penerbit eksekutif selain memegang watak sebagai Khai, seorang pencuci tingkap.

1 comment:

Anonymous said...

kena jemput semua orang makan ..sebab ramai peminat... hehe..
http://www.cakapbanyak.com/portal/2010/07/persediaan-bergelar-suami/

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-