Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Sunday, July 18, 2010

Filem Animasi "Despicable Me" sangat menghiburkan dan ulasan filem

Share







Sensasi:Filem nie memang best dan kelakar,lebih menghiburkan apabila menontonnya bersama org tersayang..

Yang kelakarnya cerita ini,Gru bercita-cita menjadi seorang penjahat terhebat dunia..

Jadi saksikanlah Filem ini dipawagam yea...






Sorotan Thani Hasbullah

Tajuk filem: Despicable Me
Pengarah: Pierre Coffin, Chris Renaud
Pelakon: Steve Carell, Jason Segel, Russell Brand, Will Arnett, Kristen Wiig, Danny McBride, Miranda Cosgrove, Jack McBrayer, Mindy Kaling, Jemaine Clement dan Julie Andrews
Klasifikasi: U
Mula Tayangan: 8 JULAI 2010

Sekali Imbas

Mengisahkan seorang lelaki, Gru bercita-cita untuk menjejakkan kaki ke bulan, sejak dari kecil. Dia yang hidup bersendirian seorang yang berperangai jahat, tetapi dalam diam-diam turut mempunyai sifat kebapaan yang penuh dengan kasih sayang.

Ulasan Penuh

Ternyata jalan cerita dan watak yang ditampilkan dalam filem animasi Dispicable Me sungguh lucu, berkesan dan menghiburkan. Itulah yang dapat dikatakan selepas menonton filem berkenaan, sepanjang 99 minit.

Seperti kebanyakan animasi Hollywood lain, watak-watak yang diketengahkan begitu hidup terutama pada rekaan watak dan gaya lontaran bahasa setiap pelakon.

Dalam Despicable Me , kisahnya menceritakan tentang seorang pemuda iaitu Gru lakonan Steve Carell yang bercita-cita untuk mengembara ke bulan, sejak dari kecil. Dalam pada itu, dia juga berhasrat untuk mengecilkan bulan dengan menggunakan alat canggih dan membawanya ke bumi. Bagi tujuan itu dia turut membina kapal angkasa.

Bagaimanapun, dia sering mendapat halangan daripada musuhnya Vector (Jason Segel) yang turut mengimpikan perkara yang sama.

Gru yang hidup bersendirian seorang yang bengis, jahat dan suka menganiaya orang ramai. Bagaimapun dia tidak lah sejahat yang disangka-sangkakan seperti pada awal ceritanya. Pendek kata, dia hanya berlagak jahat. Sungguh lucu.

Ternyata, Despicable Me tidaklah semata-mata memfokuskan kepada bagaimana Gru berusaha keras untuk melunaskan cita-citanya. Dalam dirinya sebenarnya ada sifat kebapaan dan perasaan kasih sayang. Ia terbukti apabila dia dalam diam telah menyanyangi 3 anak yatim comel yang muncul dalam hidupnya. Mereka ialah Margo, Edith dan Agnes.

Memahami kehendak bapanya yang bercita-cita tinggi, mereka saling berganding bahu sehinggalah Gru akhirnya berjaya sampai ke bulan.

Sepanjang jalan ceritanya, penonton turut tidak kering gusi menyaksikan bagaimana, Gru melayan karenah 3 anak yatim tersebut. Percayalah filem ini memang menghiburkan dan sesuai untuk ditonton oleh semua lapisan masyarakat. Despicable Me turut lebih berkesan apabila ia turut ditayangkan dalam bentuk 3D.

2 comments:

Safiyya said...

sy suka watak agnes and her unicorn!!! comel sangat!

PEJUANG KESENIAN EXTREME said...

Best ke..nanti la nak tengok...
aritu dah tengok Toys story 3..
nanti tengo cite ni lak..

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-