Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Thursday, July 1, 2010

Fasha Dan Jejai baru Declare bercinta semasa Jejai melawatnya dengan Helikopter

Share







Sensasi:hehe..terasa lawak pula..nampaknya hati Fasha telah cair apabila Jejai dtg melawat Fasha dengan menaiki Heli...Kalau derang baru je kapel,so selama nie kira teman tapi mesra la kot... :P If its true love..then go for it gurl...jangan nanti de kontroversi lain...patutla skrg Fasha brani tweet mcm2 tentang lovernya....Semoga cepat2 la kahwin dpt baby comel2 dan tamatkan segala tohmahan dan gossip negative ttg Fasha... I still heart Fasha ~ wpun gambar di bawah nie agak annoying..tehehe...sape yg dipeluk si Marsha tue?


SELEPAS menafikan mempunyai hubungan intim, aktres Fasha Sandha akhirnya tidak dapat menyembunyikan bahawa hatinya telah terpaut kepada Rizal Ashram Ramli.

Mereka berdua dengan rasminya mengesahkan untuk menjadi pasangan kekasih di Pulau Lang Tengah, Terengganu pada 18 Mei lalu ketika Rizal atau lebih dikenali sebagai Jejai membuat kejutan dengan tiba menaiki helikopter semasa pelakon itu menjalani penggambaran drama bersiri Duyong Aridinata terbitan Zeel Production.

“Kesungguhan dia selama ini membuatkan pintu hati saya terbuka untuk menerimanya sebagai seorang kekasih. Saya memang benar-benar tersentuh hati kerana tidak pernah ada mana-mana lelaki yang berbuat sebegitu kepada saya. Kalau tidak kerana dia datang dengan helikopter pun saya akan terima dia,” katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran drama tersebut di Ampang hari ini.

Menurut Fasha, dia mengenali anak bekas Menteri Besar Perak sejak tujuh tahun lalu dan mula rapat selepas lelaki itu berpisah dengan pelakon Nora Danish pada 12 Ogos 2008.

Dia turut menolak dakwaan dia adalah perampas dan menjadi pemusnah terhadap rumah tangga pelakon itu.

Sebaliknya katanya, dia dan Jejai sebelum ini hanya sekadar berkawan biasa tanpa ada apa-apa perasaan.

Sebelum ini gosip hubungan mereka semakin kuat apabila dia dikatakan membuat pengakuan dilamar oleh Jejai pada 3 Januari lalu. Pengakuan tersebut dibuat menerusi laman sosial MySpace miliknya.

Namun, keluarga Fasha dikatakan menentang hasrat tersebut kerana bimbang keluarga Jejai tidak akan merestui hubungan mereka.

Bagaimanapun apabila bercakap soal kahwin, dia dan Jejai masih belum merancang untuk kearah itu. Apa yang penting, keluarga kedua-dua pihak telah mengetahui hubungan intim mereka.

Baru-baru ini, Fasha dihambat dengan kontroversi apabila timbul tuduhan aktres Tiz Zaqyah mengganggu kekasihnya itu. Namun tidak lama selepas itu, Tiz menafikan dakwaan tersebut.

Malah dia juga dilaporkan turut mengaitkan nama Tiz menjalin hubungan dengan aktor Fizz Fairuz sehingga menyebabkan hubungan pelakon itu dengan kekasihynya Almy Nadia terganggu.

Bagaimanapun, dia enggan mengulas isu berkenaan kerana menganggap perkara itu sudah berlalu.

“Saya tiada komen apa-apa tentang perkara itu,” jawabnya ringkas sebelum meminta izin untuk berlalu pergi.

1 comment:

Anonymous said...

I never know "Jejai, Fasha and Nora" before. But when I saw Fasha and Nora..wow! both of them are cute and beautiful. Thing that make me wonder "Jejai" look is probably "UGLY" in my definition. Lot more "PREETY GUYS" out there and "Jejai" is much down the list lah. Not worth it if the value is love..but if for money, go for it, girls..Anak Menteri Besau tuh

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-